Friday, April 26, 2013

# Nota 32 ~ "Horror" Friday

Bismillahirrahmanirrahim..



Bermusim bunga,
Sejuk mencengkam,
Aduh..
Aku hadam,
Agar aku bisa menjejaki,
cakaran maya yang menghempap tubuh..

Jumaat ini,

Ayuh~ abadikan...


=)




two little snowdrops in green and white by Visiting Fahrrad



Salam jumaat kalian!

Setelah sekian lama jari ini tidak menaip bait-bait kata untuk Jumaat. Ya, Penghulu segala hari, hari Kiamat juga pada hari Jumaat. Hari yang mengundang doa-doa manusia ini dimakbulkan. Hari yang disunatkan melaksanakan segala yang menokok nambahkan amalan yang tertaip di bahu kiri dan kanan ini ~

Fuhhhhh~


Bukan mudah nak tunggu jumaat datang setiap minggu, kan? haha. Dari hari Isnin, melalui hari-hari yang layu, sayu, mayu, luyu, tuyu, sehinggalah berjumpa Selasa. Ohh, hari kedua, sedikit gagah berbanding semalam. Melihat kiri dan kanan, mulakan semangat.

Sehingga bertemu Rabu pula. Aihh, baru Rabu ka? Aduhai, okay, okay. Rilek la.. Cool bebeh. Okeh, sehingga la bertemu Khamis. Fuhhh, semangat dah setinggi dada sehingga ke lutut. Sangat bertenaga..

Esok? aihh..esok apa, hari nilah. Jumaat! Yay! Jumaat datang tiba, makanya esok dan lusa cuti! Yay, dabel yay! (hokay, terpaksa separa Yay, sebab esok saya kerja hokay!wuwuwu)

Fuhhhhhh~


Sukarnya menemui Jumaat.. Tapi..

Sedarkah, dengan hadirnya Jumaat..
Apakah yang kita sudah isi selama 4 hari yang lalu?
Adakah berfaedah?
Adakah sangat2 "mengelat"? (toink! bagaikan menghempuk dahi sendiri =.=)
Adakah siap siaga yang perlu di siap siaga kan?
Apa kemajuan yang dicapai dari Isnin ---- Jumaat? Cukup?
Apa yang berjaya dikurangkan dari Isnin ---- Jumaat? Berjaya dak?
Iman? Ha, macam mana keadaan 4 hari yang lalu?
Andai hari Jumaat ini hari "terakahir", so how?



Fuhhhh ~


Jumaat..


Macam-macam ada ~


Sehingga berjumpa lagi! =.<

1 comment:

Muhammad Naim Abdullah said...

Lama tak bermadah kan. hehe

terbaik!

http://pemudattbc.blogspot.com/2013/04/tika-hari-ini.html