Saturday, February 25, 2017

Let's start again

Bismillahirrahmanirrahim w.b.t



Selepas entah ke berapa ribuan kali menaip dan padam, menaip dan padam, akhirnya seorang mama nekad untuk menulis kembali. (inshaAllah, moga ada kekuatan untuk istiqomah untuk itu, hihi)

Salam perkenalan kembali kawan sekalian ;)


Bermula coretan di blog ini seawal 2012 (kalau tidak salah la).Sangat super active, dan akhirnya semakin layu dan hampir lenyap. Ya, hampir ya, hampir sahaja. Mujur terdetik di hati untuk kembali mencoret sepatah dua kata sebagai suatu pemangkin untuk dijadikan kembali hobi yang sudah lama menghilang itu (pun tak tau hilang pi mana haih -.- )


Sekarang, cik aimie amalina, sudah pun menjadi Puan kepada Mohammad Naim dan menjadi mama kepada seorang Nur Iman Annisa'.

Alhamdulillah. 

Tarik nafas jap.. huuuuuuuuuu...


Penat tau. Haha.. Penat, suka, menangis, meraung, kecewa, dan dah macam rojak pasemboq penang dah segala bentuk perasaan untuk sampai ke tahap ini.

Tapii....


Tapi, alhamdulillah, Allah S.W.T masih memberi sedikit peluang dan kudrat untuk terus berjalan di dunia ini di samping insan-insan, sahabat-sahabat yang tercinta (cewaaahh tapi like seriously, i'm really mean it ;)  )

InshaAllah, lepas ni, teratak usang kerana lily saya ini, akan saya cuba meriahkan lagi dengan pengalaman isi hidup ini untuk diabadikan menjadi tatapan si iman chan bila besar nanti.

InshaAllah :)




P/s : Rindu pulak zaman nikah, share sikit la :)

Tuesday, February 2, 2016

Part 4

Bismillahirrahmanirrahim.



Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih..

Huwaaaaa..i'm survive until now. Cukup-cukup 2 minggu bertabah menjalani kehidupan di ward yang agak krikkk krikkk ni..

Berbaki lagi 8 hari untuk menemui si comel inshaAllah ;)

Tak baik kata "bosannnnyaaaaaa......" tapi hakikatnya begitulah..

Ibu-ibu yang datang keluar dan masuk. Alhamdulillah, terpampar wajah gembira menerima seorang ahli baru yang comel :)

So far, keadaan saya baik-baik sahaja, tiada bleeding, no contraction, no abdominal pain, alhamdulillah..

Moga czer nanti berjalan dengan baik..inshaAllah :)

Melihatkan pelbagai gelagat manusia di sekitar ward ni membuatkan diri ni sentiasa cepat-cepat mahu menelek balik diri ni.

Ada yang seakan lepaskan marah kepada si comel yang merengek kehausan susu.. berdoa dalam hati semoga aku nanti tabah dan sabar menempuhi alam baru yakni alam menjadi ibu :)

Melihatkan si ibu risau kan keadaan anak yang masih kuning dan tidak turun-turun.. membuatkan diri ni berdoa semoga aku dapat menahan emosi kerisauan dan sentiasa bersangka baik, mudah-mudahan so comel cepat sembuh..

Sungguhla orang berkata, hanya dengan melihat pada alam, kita mampu peroleh ilmu dan pengalaman..

Semoga Tuhan lindungi kita, berkati hidup kita serta limpahi kasih dan sayang Nya dengan sarat sekali ke dalam kehidupan kita..

Aminn.. ya rabb..

Saturday, January 30, 2016

Part 3

Bismillahirrahmanirrahim..

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagu Maha Penyayang..

Sudah berapa kali tangan ni asyik nak menaip je tapi mengenangkan kena taip through phone, malasnya la aih..hihi..

Tapi...tapi..

Memandangkan malam yang ke 11 ni agak sunyi lagi bosan nya tak terkata dah, pujuk la jugak jari jemari buat senaman di keypad phone yang agak comel ni..hihi..

Pejam celik dan terus pejam celik, sudah 11 hari menjadi warga hospital selayang di unit O & G ni. Makanya dengan rasmi masih berbaki 10 hari menuju hari keramat sayangku si comel melihat dunia ;)

InshaAllah..

Jujurnya la kan..

Sepanjang berada di sini, banyak jugak hikmah dan ilmu yang dipelajari..alhamdulillah..terasa mungkin ini sedikit sebanyak nikmat yang mungkin Allah ingin kita cari dan hargainya.. mudah-mudahan begitulah kan? :)

Setiap hari melihat ibu-ibu menahan kesakitan untuk melahirkan zuriat sudah cukup membuatkan diri ini bertanya kembali kepada diri sendiri

Aku ni dah cukup bersedia ke nak jadi ibu?

Apa yang dah aku sumbangkan untuk ibu ayah aku yang bersusah payah nya lahirkan aku, terutama ibu yang menanggung kesakitan luar biasa tu?

Dah cukup ke amal ibadat ku kalau-kalau umur aku mungkin tak panjang apabila aku melahirkan zuriat aku..

Apa aku dah mohon maaf ke kat semua orang sebelum aku berjuang ni..

Macam-macam segala bentuk soalan keluar masuk dalam kepala macam keadaan neuron yang laju bergerak tu.. subhanallah..

Mungkin dulu terlalu fokuskan kerja sehingga agak lalai dalam memikirkan soal yang lain..haih..sedih rasa :(

Moga masih ada kesempatan untuk diri ni kembali ke yang hakiki nya..

Benarlah orang kata..

Kalau tak mau hidup terpesong, ingatlah pada mati..

Okay, nanti sambung lagi nah :)