Saturday, September 17, 2011

sungguh hati itu unik

Bismillahirrahmanirrahim..


sudah banyak ku temui
semua bercakap mengenai hati
hati
hati
hati
dan hati


hati itu
bukan luarannya yang mahu dikisahkan
tapi isi kepada hati itu
diciptakan bukan halimunan
bukan mampu dilihat oleh orang lain
hanya kamu dan Dia 
yang saling berbicara
yang saling merintih

kekadang hati itu sentap
tetapi hati itu menahan dari robohnya kubu hati itu
kekadang hati itu diherdik
tetapi hati itu sentiasa mengepung kota hatinya agar tegar kukuh
kekadang hati itu ditawan
tetapi hati itu kekal dengan kawanan yang lain


sungguh hati itu hanya mampu merasa
sungguh hati itu hanya jujur dengan seluruh isinya..

tuhan
terima kasih atas hati ini...










9 comments: