Tuesday, October 11, 2011

petang yang sayu

Bismillahirrahmanirrahim..



Candy Corn Flowers by ~ emerald753


sesekali melihat mereka yang lain tertawa..
timbul dihati
cemburu!

salahkah aku merasa cemburu ini..
merasa cemburu melihat mereka bergembira
menikmati senja dikaki pantai bersama
mengutip sesiput berbaris membina istana pasir bersama

sungguh penat merasa begini..
bertahun lama menanti diri dijemput berlari..
berlari bersama si kuda gagah menawan hati
menyiarkan kembali seri di hati

sedih lagi melihat wajah tua itu
meniti hari-hari hujungnya itu
semoga masih ada pelangi yang berbaki
untuk ku hadiahkan kepadanya satu masa nanti


aku masih cemburu
dan tidak tahu bila cemburu ini akan berhenti
barangkali inilah namanya diuji
diuji menjadi hamba Ilahi..

berikanlah besi azimat bersarang di hati, wahai tuhan ku ya Rabbi ~




p/s: kome! nanti mimi balas jejak ye...soweeee!T____T lambat!huhu...ter BiZi..


25 comments:

  1. cemburu memang ada...tapi beratlah ke arah positif...semoga membawa kebaikan di dalam diri

    ReplyDelete
  2. Sabar ok. Itu jer Kak Wina mampu ucapkan. Tak sama orang menanggung dengan orang yang membaca rintihan.

    -wina1979-

    ReplyDelete
  3. masanya akan tiba...
    Jum kita berdoa sama-sama..
    InsyaAllah.. :)

    ReplyDelete
  4. Kalau cmburukan kjayaan maka kejarla ia

    ReplyDelete
  5. erm.. cemburu itu tidak salah..... hasad dengki yg tak boleh.... erm, cemburu utk majukan diri xsalah
















    pssstttt... nk kuda ke? akak kor JLJD... lambang kor kami kuda, kt sini bnyak kuda2 'lelaki' nak ke?

    kekekekeke

    ReplyDelete
  6. sy jua diserang cemburu skg....
    cemburu kerana mereka semua dapt bintang tinggi..tp saya..:((

    ReplyDelete
  7. susah nk buang rasa cemburu :)

    ReplyDelete
  8. sifat cemburu tu mmg sentiasa ada..tapi biarlah ke arah kebaikan...:)

    ReplyDelete
  9. cemburu kejayaan org lain. kita guna rasa cemburu tu untuk majukan diri kita dan capai macam orang yg berjaya gak tu. kan bagus tu? hehe.

    MOHD NASER.com

    ReplyDelete
  10. cemburu tandanya sayang dan cinta akan sesuatu objek..tapi jangan terlalu cemburu kerna it can be the worse cemburu..hehehe. cemburu untuk menggapai benda yg baik, it's okay, it's alright :)

    ReplyDelete
  11. Mudah-mudahan bertemu dengan apa yang diingini..

    ReplyDelete
  12. cemburu tu perlu...utk kita berusaha lagi....;d

    ReplyDelete
  13. busy apa tu dek?
    busy megajar tutorial ke?hihihi

    ReplyDelete
  14. cemburu, apa yang boleh dikatakan tentang cemburu
    ada yang positif dan negetif
    cemburu melihat kejayaan orang, cemburu dengan kebahagian orang,
    kita juga mampu mencarinya
    tanpa memusnahkan orang lain

    ReplyDelete
  15. salam mimi...wah bizi ker...moga ada fikiran yg positif yer wahai mimi dear...:)

    ReplyDelete
  16. hai mimi cik lily....sale je dapat idea untuk bersajak ye...=]

    ReplyDelete
  17. cemburu itu mganggu ku
    lg terganggu lepas baca entry mu
    kenapa lily ku ko begitu
    sesuatu mganggu fikiran mu?
    katakan kan pada ku
    'kak long' mu
    sapa lagi kalau bukan aku, jue

    ReplyDelete
  18. emm.. cemburu... mestla ada.. hee... jgn sdey2 na... =)

    ReplyDelete
  19. cemburu melihat kebahagisn org laen..seperti diriku..huhuhu..meh la kita bersabar..huhu

    ReplyDelete