Saturday, November 12, 2011

mengalah

Bismillahirrahmanirrahim..





selalu mengalah
kenapa?
sebab ada yang lebih memerlukan di sana


selalu mengalah
kenapa?
sebab aku lagi tua


selalu mengalah
kenapa?
sebab aku lagi matang


selalu mengalah
kenapa?
sebab benci bising


selalu mengalah 
kenapa?
suka biarkan diri di pijak-pijak


selalu mengalah
kenapa?
ada yang lebih besar dari diri sendiri


selalu mengalah 
kenapa?
suka menjadi pendiam dari segalanya


selalu mengalah
kenapa?
tak mampu menjadi ahli sihir membaca hati orang lain


selalu mengalah
kenapa?
sebab mahu menjaga emosi sendiri



terlalu banyak sebab kenapa kadang-kadang manusia itu memilih untuk hidup jadi "mengalah". Ada yang cuba mencapai erti positif, tapi ada juga yang menanggung kesan negatif kerana mengalah itu.

Kadang-kadang, manusia boleh menjadi pendendam gara-gara mengalah yang terlalu lama. Memakan isi jiwa dan hati sikit-sikit, dari sehari ke sehari tanpa disedari oleh diri sendiri. Sampai satu level, booommmmmmmm! abis segala yang "mengalah" sebelum ini.

Kadang-kadang, manusia itu sifatnya nakal! Nakal bermain dengan erti "mengalah". Di mulut kata "aku angkat bendera putih" tetapi di hati hitam kelam legam kerana mengalah. Tetapi dia akur, dia begitu kerana dia sayang orang sekelilingnya, kosong hidup tanpa mereka.

Jiwa yang mengaluh, seluruh tubuh menanggung.Mengalah demi sayang itu sangat ajaib!




17 comments:

  1. mengapa aku yg selalu mngalah wooo... ade kn lagu tuh, ikut situasi kot mngalah ni...hurmmm

    ReplyDelete
  2. betul tu mengalah kena bertempat..kalau org tu dah melampau kita jangan mengalah..pastikan kita bagi sebijik kat dia,..tp dengan kata2 berhemah..

    ReplyDelete
  3. shahz selalu mengalah dlm byk bnde supaya diterima orang sekeliling...
    ok ke cmtu?

    ReplyDelete
  4. selalu mengalah sbb xnk mulakan pergadohan..huhu

    ReplyDelete
  5. mengalah sebab ala, dgn adik-adik je kot.

    selalu mengalah sebab malas nak bertengkar. kang dah gaduh susah.

    P/s: sgt2 tak suka panggil kite, shasha. sekian

    ReplyDelete
  6. apa y kak ngh paham ialah

    sume alasan mengalah ni sume pasal opah kan hehe

    ReplyDelete
  7. membezakan kita dengan orang yang tinggi egonya...namun ia bergantung pada situasi untuk kita mengalah...ndak boleh selalu je...rugi nanti

    ReplyDelete
  8. mengalah ni kadang2 perlu ikut keadaan...

    ReplyDelete
  9. kalau mengalah yg terbaik..mengalah lah selagi mampu..huuuu..:)

    ReplyDelete
  10. aiyookk tua tua ...kih3...jgn la mengalah k :)

    ReplyDelete
  11. mengalah ni sebenarnya adalah pemenang... =)

    ReplyDelete
  12. mengalah mengikut keadaan...;-)

    tak salah mengalah untuk redhakan keadaan kan..;)

    ReplyDelete
  13. mengalah saja... itu lebih baik dari panjangkan cerita

    ReplyDelete
  14. kdg2 MENGALAH tu bukan bererti KALAH =)




    luv,
    cik ana

    ReplyDelete
  15. assalamualaikum mimi...mengalah tu tidak bererti akan sentiasa kalah...kita semua pemenang tiada pengalah ....:)

    ReplyDelete