Tuesday, December 20, 2011

11.39pm ~ paHit verSus MaNis

Bismillahirrahmanirrahim.. 





Will to live by ~  Kanvadeafe


Aku rindu,
aku sayu,
tetapi aku bisu,
secara mentalitinya aku bisu.


Kenapa manusia itu selalu bisu walau sering berkata?
Kerana manusia itu mahu berkata yang manis sahaja daripada yang pahitnya.
Kenapa aku juga tergolong dalam manusia sebegini?
Kerana aku hanya cintakan kemanisan lebih daripada kepahitan.


Tetapi, kau buta walau kau ada mata.
Kau tidak sedar, yang pahit itu akhirnya pasti manis.
Tiada yang manis kalau tidak meneguk yang pahit.

Kenapa dibenci yang pahit sedangkan itulah punca yang manis?
Kenapa???
Kenapa???


LIhat!
Sekali lagi kau bisu walau kau ada mulut,
kau ada suara untuk berbicara.
Lantas memilih untuk diam umpama bisu
yang tiada lagu tetapi melodi tercipta di kerajaan hati. 

Kau tahu,
ada yang sedang membaca isi hati mu, 
tetapi kau masih keras kerikil,
masih lagi buta hati dengan akar kehidupan dari Dia.
Walau kau diam membisu, di hati?

Sumpah seranah membenci, 
menghina dengan kepahitan yang sedang dijahit dalam lukisan kehidupan.
Apa kau ini manusia atau .. ?


Sudahlah..
Selagi hati kamu membenci apa yang sedang dijahit di baju kehidupan kau itu,
jangan pernah meng awankan yang tidak tercapai di akal.
Lihat siapa kau itu.
Dari mana asal usul mu itu.

Kenapa kau jadi begitu.
Kau akan sedar, 
betapa hina nya kau bersikap bengkok yang degil untuk kembali lurus.
Kembalilah hati..
Yang pahit itu tidak pahit selamanya.
Yang pahit itulah bunga cinta madu yang mencipta kemanisan hidup mu..



Nukilan,
aimieamalinaazman
1256am,
02.12.2011, Jumaat.


p.s: Huuu..sempat post ni je, mengulorrr sajeee la rini, ishhhhhh, soriii kome yang belom terjejak lagi ye, nanti mimi akan jejak secepat mungkin, sayang semua! selamat malam! =)



20 comments:

  1. mimitoooooo..betul la mimito menyepi, wanie pun menyepi gak la..hehe..sorry baru nak balas jejak :) happy blogging..

    nukilan terbaik la mimi :)

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum mimi...wah bestnya sajak tu ....teruskanlah segalanya dgn usaha yg gigih yer...:)

    ReplyDelete
  3. msh bmonolog kwn virtual aku sorg ni. Cantek beb pe ko tulis. Agak2 bole buat lagu x hoho

    ReplyDelete
  4. syahdu sungguh membacanya... hebat,.. (",)

    ReplyDelete
  5. ayat mimi sgt menarik..ske bace kalo mimi start mendeklamasi sajak :P

    ReplyDelete
  6. pahit itu membuatkan enko akan sedar betapa nikmatnya manis

    ReplyDelete
  7. Kenapa dibenci yang pahit sedangkan itulah punca yang manis? - LIKE!

    ReplyDelete
  8. suka! berbakat sungguh adik akak ni..

    ReplyDelete
  9. Hehe terer la geng cool blog ni buat puisi

    ReplyDelete
  10. wahh puitis sungguh...:)

    pss : mimi suka alto juga ek?heee...sm ngan ira la ni?tp dlm dilema la..org kata suzuki spare part mahal...haishh...huuu

    ReplyDelete
  11. woww..pandainye berpuitiss..kalau akuuu...tak retiiii hehehee

    ReplyDelete
  12. pndai nye die...
    mmm baru balik dr bcuti ni hehehhe

    ReplyDelete
  13. pahit dulu kemudian manis. itu mmg paling termanis sekali :)

    ReplyDelete