Bismillahirrahmanirrahim..
sudah lama tidak mengarut panjang di malam hari kan? Maka, hari ni, memilih mengarut sedikit sebelom kaki , tangan dan tubuh mula menganjak ke katil yang indah lagi mempesonakan.
Hari ini, emm, yakni malam ini, merupakan, antara malam-malam bahagia saya, kerana menemui suatu perasaan yang jarang-jarang ditemui, perasaan itu hanya akan hadir apabila didatangi suatu anjakan dari insan lain :)
Alhamdulillah.
Berpeluang merasai perasaan itu. Benarlah kata orang, mungkin apabila kita berbuat baik dengan insan lain, kita juga akan dibalas dengan kebaikan. Kebaikan yang bagaimana? Cuba kita telek apa yang berlaku dalam kehidupan seharian.
Hope by ~ antontang
Tamsilnya:
Hari ini, misi mencari kerja masih lagi diteruskan, walaupun bakal menghadiri beberapa temujanji pekerjaan dalam waktu yang terdekat. Walaubagaimanapun, ada beberapa keping hati, sedikit sebanyak telah berkongsi jalan mempermudahkan misi mencari kerja ini.
Ada sahabat2 di Universiti dahulu, seolah memberi semangat dari jauh, supaya terus berusaha, sehingga ia berkata ,
"ingat, pintu rezeki terbentang luas.."
Betapa hati ini lega mendengar sedikit penyumbang kata semangat. Walau hanya beberapa patah perkataan sahaja, tetapi mampu merungkaikan segenap kegelisahan dalam meneruskan misi ini.
Alhamdulillah sekali lagi.
Begitu Tuhan itu selalu menghadirkan kita dengan "angle" dalam pelbagai rupa dan bentuk, semata-mata untuk mempermudahkan perjalanan kita sehari-harian di muka bumi-Nya ini..
Teruskan langkah. Teruskan perjuangan yang masih belum selesai. Teruskan usaha. Teruskan berbuat kebaikan sehingga ke saat yang terakhir. Kerana hanya kebaikan itu mengandungi 1001 rahsia Tuhann untuk hamba-Nya. InsyaAllah :))
Selamat malam semua!
p.s: emmm, ayat dalam cerpen ke macam ni?hahaha :p

gud luck cik ime..saye sntiasa sokong & doakn yg trbaek utk kmu..all da best syg..^____^
ReplyDeleteall te best sis.. ! :) rezeki ada dimana2. :)
ReplyDeleterezeki Allah ada kat mana2. dan Allah dah tentukan yang terbaik untuk kita kan :)
ReplyDeleterezeki Allah di mana mana,cuma kite kena usaha mencarinya.hwaiting ! :D
ReplyDelete"ingat, pintu rezeki terbentang luas.."
ReplyDeletejadi bersemangat baca ayat ni. thankss :)
kita digalakkan untuk sentiasa berbuat baik!
ReplyDeletekalau dia tak balas dengan baik,
Tuhan ada untuk mengadili kita :D
InsyaAllah...selagi ada usaha pasti berjaya
ReplyDeletekalau kita ingat kat Allah.. Allah akan permudah urusan kita.. rezeki dunia hanya Allah yg tahu
ReplyDeleteskong atok
ReplyDeletepasti ade rezki mne2 opah
kl tggu kdtangan opah tu
betul tu. rezeki ada di mana mana. tinggal kita lagi berusaha ak mencarinya. takkan dtg begolek punya.
ReplyDeletemimi.fighting!!!!!!
rezeki itu terbentang luas!
ReplyDeleteberusahalah! semoga berjaya :)
suka baca entry nie..hehe..adiela pon tengah dilanda beberapa kerisauan jugak..and paling besa,adiela nak sambung blaja..tp rezeki belum ada lagi..hoho..anyway,gudluck ye,smoga cepat dapat kerja! :D
ReplyDeleteinsya Allah.. teruskan berusaha yaa
ReplyDeleteKekadang bila kita berbuat baik itu sendiri dah bagi ketenangan kat kita....
ReplyDeleteassalamualaikum mimi...yer betul tu mimi rezeki ada dimana2 saja hanya kita saja yg mampu bersabar atau tidak...
ReplyDeleteInsyaAllah pasti akan ada rezeki dr Allah untuk hamba2nya di muka bumi ini...:)
gdluck dgn intebiu2 nt mimie ^_^
ReplyDeleteall the best akak :> rezeki tu ada, cuma kita kena byk usaha byk mintaa byk doa.
ReplyDelete*ada gaya angel tak? hihi.
betol 2..perjuangan masih lagi panjang..n sesungguhnya Allah itu maha pemurah...pintu rezeki akan sentiasa terbukak luas bagi mereka yg sentiasa berusaha mencarinya..inshaAllah ^^
ReplyDeleteni mcm ayat dalam buku motivasi...
ReplyDeletesaya suka...
hehee..
per2 gudluck tau,,
insyallah yang terbaik menanti...:)
ReplyDeletedh dpt keje ke mimi?
ReplyDeleteika baru nak mula cari keje..wink2 good luck 4 u n' myself too ^_^
ReplyDeletegudluck cik aimie :)
ReplyDeletesemoga cepat dpt keje..
insyaAllah ada rezeki nti..
usaha & doa byk2 ye ^^
like dis!!!
ReplyDeleteteruskan..:)
Btul tu beb. Rezeki ada d mn2. Satu tutup, satu lg dtg. Cuma cpat atau lmbt sj penentunya
ReplyDeleteDan aku phm perasaan bila Tuhan hadir dlm cara yg kita hanya akn prsn kemudiannya