Saturday, January 21, 2012

3# kata aamaLina

Bismillahirrahmanirrahim..




walaupun banyak hati yang sedang mempersendakanmu, 

tetapi hati yang berada di dalam tubuh itulah yang selalu
melindungi mu,
menyayangi mu,
mencintai mu.. 
~ aamalina azman~



1# Terasa diri ini begitu kerdil, kecil, amat kecil berbanding orang lain,merasakan diri ni amat rendah, dan melihat betapa jauhnya diri ini dengan yang lain, hina nya aku. (walau hakikatnya tubuh badan ini sasa mengalahkan yang lain)


2# Kalau tidak hati sendiri, tidak berupaya mempercayai diri sendiri, maka lupakan dengan hati yang lain yang sedang mempersoalkan apa yang terjadi.


3# Hari-hari hidup semakin sempit. Sempit dengan segala asakan yang yang ada di hadapan, mahupun di belakang. Namun aku pasti asakan itu akan reda bersama Dia, Ilahi ku..


4# Oksigen. Terima kasih untuk menyajikan diri mu, buat peparu ku, dan peparu yang lain pada hari ini. Hari esok? Tunggu perintah dari tuhan mu itu..


5# Kenapa adegan kejar mengejar ini tidak pernah berhenti. Merasakan, aku mahu hidup dalam cube ku sendiri, tetapi aku tidak berdaya, kerana aku hanya berjalan, merempat di bumi Dia, dengan ehsan Dia..

Maafkan aku tuhan, dengan keluhan berat ini..

aku tahu, aku belum pernah layak untuk mendapat sebegini, apatah lagi untuk meminta sesuatu yang lebih mencakupi keperluan ku,

Namun, berikan aku kekuatan hati Tuhan..

Kekuatan Hati untuk aku terus bertahan sehingga aku pergi..

Ketabahan hati, untuk terus aku kebal bergelumang dengan segala titik takdir ku, Tuhan ku..

Aku amat memerlukannya saat ini..

25 comments:

  1. Opahhh kam to kak ngah meh

    rindu tak kat cucu:-(

    ReplyDelete
  2. saye doakan awak sentiasa diberikan kekuatan ye, aminn ;)

    ReplyDelete
  3. sgt berbunga kata2 awk..heee~ like it...smoga diberi kekuatan dan ketabahan..:)

    ReplyDelete
  4. kuatkan semangat untuk megharungi kehidupan ini

    ReplyDelete
  5. ketika hati2 yg kejAm sedang merendahkan dan menjatuhkan ketika,,
    hanya hati di dalam diri sudi membangkitkan diri ini...
    sentiasa terus menerus mempercaai..

    moga kau terus kuat..:)

    ReplyDelete
  6. hati kita memang DIA jadikan kuat.... kita yg buat dia lemah....

    ReplyDelete
  7. Tuhan tidak akan pernah menguji hambanya..
    Melainkan hanya yang terpilih..

    Tabahkan hati ok...

    :)

    ReplyDelete
  8. moge sis trus kuat yaa...mukmin itu selalu diuji..sbg tanda kasih n ingtanNYA...jd...senyumlah..DIA merencanakan yg tbaek tuk sis..inshaAllah :)

    ReplyDelete
  9. kesabaran itulah kekuatan yang paling kuat dalam diri mu...sabarlah

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah kita diberikan ujian sebab Dia hanya bagi kepada mereka yang betul-betul layak sahaja. Tabahkan hati, kuatkan iman :)

    ReplyDelete
  11. jagalah hati.. jangan kau kotori...
    err.. lupe da lirik lagu ni.. hahaha

    ReplyDelete
  12. rindu nak bc blog akak ^^ tp tu la, masa tadak -,-


    suka entry mcm ni . buat saya speechless, hee.

    ReplyDelete
  13. Tak kan dibebankan seseorang itu melainkan kemampuannya. Cheer up.

    ReplyDelete
  14. Nice entry! mendalam sgt maksudnyee :)

    ReplyDelete
  15. Luahan rasa ke ni? moga sentiasa tabah.... :-)

    ReplyDelete
  16. urm. allah sentiasa bersama kita sis :)

    ReplyDelete
  17. assalamualaikum mimi.. Allah sentiasa
    ada di mana2 dan selalulah mengingatinya...:)

    ReplyDelete
  18. Asslmlkm cik aimi! Jgn sedih2, ade prob ke? Jgn sedih2 k

    ReplyDelete
  19. banyakkan doa..moga dikurniakan ketabahan + kekuatan...awak kuat sis!! chaiyok2... :D

    ReplyDelete