Thursday, January 26, 2012

"seorang" itu..

Bismillahirrahmanirrahim.



Siapakah diri kita hakikatnya?

Seorang manusia, atau hanya memanggil atau menganggap diri ini manusia?

Manusia merupakan seorang, ohh, bukan se ekor.

Memang kerana istilah "seorang" itulah, "dia" disifatkan bukan seperti, "seekor", "sebuah", "sekeping", mahupun yang lain-lain.

Istimewa kah?

Istimewalah. Tiada yang mempunyai kata ganti "seorang" ini, melainkan hanya untuk manusia sahaja.

Apa yang istimewa sehingga diangkat martabatnya sedemikian rupa?

Sudah pasti jelas, tidak terhitung istimewanya.

Akal, fikiran, perasaan, emosi, iman, dan rohnya.

Kesemuanya mungkin, barangkali. Ah! Sudah mungkin, barangkali lagi ya. Mungkin, barangkali, manusia itu diistimewakan dari segi definasi itu.

Mereka, sekelompok tubuh, yang berjuang meneruskan hidup yang hakikat kejadiannya, sudah ada, cuma mereka sahaja yang tidak tahu, apa yang akan berlaku, esok, esok dan esok.

Bukankah makhluk lain juga begitu?

Ya, tetapi mereka tetap akan melakukan rutin yang sama, seawal mereka dilahirkan, sehingga mereka dimatikan oleh-Nya.

Manusia berbeza. Manusia itu selalu punya pilihan untuk teruskan esok, esok dan esok. Takdir sudah menjadi kehidupan. Cuma cara manusia itum sama ada mahu melalui takdir itu dengan mudah, mahupun sukar.Kalau hari ini, dia memilih untuk terus sendirian dalam kehidupan, akan tetapi jangan pula hairan dan pelik, dia yang mengetuai kelompok kehidupan nya.

Kehidupan. Kehidupan manusia jelas tidak dapat dijangka. Manusia itu akan terus berjalan, meniti, merangkak, meniarap, meneruskan sesuatu yang tidak diketahuinya yang dihadapan.

Ibarat kemalangan. Apabila disuruh berhati-hati, jangan pandu laju, jangan itu, jangan ini, tetapi inilah kelebihan manusia. Apa yang mereka kata?

"ahhh, kalau dah sampai ajal, di rumah pon boleh mati, tak yah nak tunggu kat jalan raya"
Maka kenapa tidak berdiri di tengah-tengah jalan? Definisinya tetap sama bukan? Sengaja memilih untuk menempah kematian sendiri.

Betul. Sesungguhnya, mati itu, ajal itu sudah tertulis,sudah dilakarkan sebaik mata ini melihat dunia, namun kita tuhan kah? Sudah benar cukup kah amal yang dipertaruhkan untuk menempah kematian terlebih awal?

Sekurangnya, tiada penyesalan yang terbit dalam hati manusia-manusia yang lain, dengan pemergian kita itu. Mereka melihat pemergian kita itu sebagai suatu takdir Ilahi, bukannya takdir ciptaan simati itu sendiri.

Itu cuma satu andaian dari mata ini.Begitulah. Sudah istimewanya manusia itu diberi untuk membuat pilihan. Namun, seringkali itu juga, mereka tetap memilih jalan yang memakan jiwa mereka itu sendiri.

Bijak. Sudah tercipta manusia itu dengan penuh kebijaksanaan. Kenapa tetap mahu menaikkan martabat kedunguan, dan menurunkan tahkta kebijaksaan itu, semata-mata untuk tuntuti ego sendiri?

Aku sendiri begitu. Aku harap tiada yang mengikuti jejak ini. Insaf.




p.s: huu..terharu dengan entri sebelom ni. Masih ramai yang jengah walau mimi tak jengah balik kamu semua.Maaf..maaf dan maaf taw. Intenet di sini sangat la...emmmm seloooo gedekgedekgedek.. Nak buka belog sendiri pon..ehmmm..

Mimi pasti kenang kome semua dalam doa mimi. Sayang semuaaaa! T___T


19 comments:

  1. Kalau org yg jahat selalu juga kita kata macam seekor binatang. Perangai itulah yg menyebabkan dia diubah...

    Kalau boleh mati kita tidak disebut keburukan tapi dikenang kebaikannya

    ReplyDelete
  2. manusia istimewa, tapi ramai yg tak sedar, lupa dgn tggungjwb yg kita pikul, lalai dgn godaan dunia.

    ReplyDelete
  3. itulah keistimewaan manusia..kadang2 di beri akan tak nak guna, menjawab ikut suka kan?

    ReplyDelete
  4. jadi gunakanlah keistimewaan itu dengan sebaiknya!

    ReplyDelete
  5. Bila manusia dah diberi keistimewaan, pandai2 lah pelihara....

    ReplyDelete
  6. Tenangkan diri dulu.. :D

    Jom baca+komentar
    http://pemudattbc.blogspot.com/2012/01/buat-kerja-demi-islam.html

    ReplyDelete
  7. assalamualaikum mimi...sentiasa mengenangkan mu dear...:)

    ReplyDelete
  8. walaupun ternet slow
    masih gigih jugak die update blog ye

    hehe

    ReplyDelete
  9. suka entri ni.. beri kesedaran tau !

    >> tak pe.. kak.. tak kisah.. :)

    ReplyDelete
  10. kak mimi, kita baru dapat jengok entri kak. huhu.
    btw,i love this entry. muhasabah diri.

    ReplyDelete
  11. opah kn ramai peminat

    awk da buat kami jatuh ati bukan dngn keramahan mengomen

    ttpi tersentuh dgn entry2

    wahhh gituuu

    ReplyDelete
  12. akal fikiran mampu membezakan baik buruk kan lily :)

    ReplyDelete
  13. macam bermonolog sikit entri nie...:)

    ReplyDelete
  14. Jangan sampai mata kita terbeliak, kerana mati dalam Suul Khatimah.. Gulp~

    ReplyDelete