Bismillahirrahmanirrahim..
tak de watermark..huuu..sebab kat laptop kompeni
Disebabkan semua orang dah keluar, dan tinggal cek mimi sowang je terkedek2 dalam opis, maka, digunakan sesi untuk mengshot gune kamera bukan dddsssslllrrrr, hehehe.
ohhh, apakah itu?
itulah plan2 drawing yang sedang ditelaah oleh cek mimi dikala assist bos2 beso kat atas dalam membuat projek, pembinaan Sub station di KLIA..ngeeeee... :)
Kadang2 apa yang kita nak, apa yang kite belajar, takkan sama dengan apa yang akan kita lalui untuk kehidupan. Misalannya;
Mimi ni belajar sekolah amik mekanikal. Sampai U, tukar, pi Elektronik perubatan. Dan tetibe keje, pi masuk pulak Elektrik Kuasa. gagaga.. Dan memang banyaaaaakkkkk sangat mende baru akan dipelajari dalam setiap hari.
So, bile pikir2 balik, nilah sebenarnye kehidupan kan. KIta akan terus melalui nye samaada kita mahu atau tidak. JIka mahu, kita akan strive sekuat yang mungkin, dalam kita dok menangis, dalam kita dok putus asa, dalam kita kecewa..
JIka tidak mahu pulak, kita akan membiarkan orang lain yang membuat keputusan untuk kita. SO, nak tak nak, kita akan ikot kehendak mereka yang telah memilih bagi pihak kita..
Jadi, jadi dan jadi..heeee. walau apepon datang, kekalkan tahap kepositifan di tahap yang paling tinggi dalam diri. Datang la macam2 mana pon, U can DO IT!! Sebab ape? Sebab TUhan dan ceritakan dalam surah Al-Baqarah, ayat berapa, mimi pon dah lope, maafkan mimi ye,
Kita takkan dibebani sesuatu yang diluar kemampuan kita. So, Dia yang already know, dimana level kita, takkan sekali2 menghukum, membebankan hamba2nya dluar kemampuan mereka..so, kene yakin itu!
Jommm pi solattt zuhurr ;)

lia pun skrg tgh blaja elektronik perubatan. hehe.
ReplyDeletehappy working akak :))
kalau diberi beban tu, maksudnya DIA nak kita blaja something new la kan :D
ReplyDeletetakpe kak mimi, pelbagai ilmu dapat. kerja molek2 :)
ReplyDeleteassalamualaikum mimi...bersyukurlah dengan apa yg dikurniakan pada kita kan dan lakukn sesuatu itu dgn sabar moga akan sentiasa berjaya...:)
ReplyDeleteBeruntung dan bersyukur dapat kerja. Saya masih bingung fikir soal kerja. Tak tahu nak buat keputusan yang tepat.
ReplyDeletewahhhh dah dapat keje ye....alhamdulillah...
ReplyDeleteDulu kakak pernah kerja bergelumang dgn drawing macam mimi tapi dah lama kakak tinggalkan sykt developer tu. Sekarang sesekali saja kakak pegang drawing. Mimi punya line sama dgn hubby kakak...
ReplyDeletedari meki, ke elek, pastu tetiba masuk elek kuasa. amboi... hebat akak ni. hehhe
ReplyDeletekak ngh pon cmtu
ReplyDeletekeje harusla jd cikgu
tp cikgu ape tatau
Yes. everything. He knows the best sis.;)
ReplyDeleteoppaaaaaahhh
ReplyDeleteserius coooolll keja opah ni.hehehe
suka sangat
nmpk kertas
pastu nmpk air neskepe
eh neskepe ke tu.
all d best opahhhh
apa yang terjadi dalam hidup kita ni telah ditetapkan, jadi cuma kita je yang perlu corakkan ia supaya menjadi satu kehidupan yang sempurna...
ReplyDelete