Bismillahirrahmanirrahim..
Berapa ramai rakyat Malaysia yang suka susu? Susu macam dalam gambor nilah.. Okeh, nak khususkan susu yang kaler putih ni ye, tamo susu coklat ke, susu seteroberi ke, susu honeydew ke, susu pisang ke, tamooooo.. Nak susu yang benar-benar susu ..
Rata-rata, setelah mendapat testimonial dari rakan terdekat, memang ramai yang tak boleh blah dengan susu kaler putih suci murni.. Kalau yang minum susu pon, mesti nak bergula la, bermadu la, ber perisa la baru boleh telan...
Kalo ada yang minum susu berperisa ini, boleh la jugak dikatakan suke susu.. Tapi macam mane yang langsung tak boleh minum susu ni.. Contoh terdekat, my beloved cikmi.. bau susu pun die tak boleh, die syok-syok buat kuih raya masa raya kelmarin, alih-alih dia sendiri tak boleh makan, sebab bau mentega, die kate "bau lembu! tak mo! " hehe..
Yela.. tekak manusia, lain-lain, kalo dah sama, tu dah namenye unnormal la kan.. Susu ni bagus kan!(orang yang tak suke susu, sile hangguk lebih sikit..heee)..
1)Membantu pertumbuhan gigi sihat, so, kalo ada peragot, boleh gigit tangan dia kuat-kuat.. auuummm.. dah jadi macam rimau... =]
2)boleh mencegah kanser.. Penyakit yang semakin dasat mengulor dalam badan manusia sekarang ni..Tak yah keluar ongkos bebanyak, minum susu, sikit-sikit, dah bole prevent kanser kan?
3)Mencegah obesiti...uppss! ye, saya gemok, tapi bukan salah susu taw.. Saya montel lagi comel dari kecik lagi.. heee.. Tapi insyaAllah belom sampai tahap obes yang melampo la.. Pilih susu rendah lemak, pun dah okeh.. tak de rase lekit-lekit nyela kat anak tekak tu =]
Banyak lagi kelebihan minum susu nih. Kang cakap lebih kang, macam tak macho pulak sebab bukan doktor sebenar.. Bercakap dari pengalaman sahaja.. Jom, ketuk-ketuk tin,nak bancuh susu omega++..!