Friday, February 10, 2012

5# kata aamaLina

Bismillahirrahmanirrahim..



#1 Ya, manusia hebat, tetapi kehebatan manusia itu penyebab utama menjadikan manusia itu begitu taksub dengan dirinya.


#2 Keyakinan itu membawa jiwa manusia itu meragut segala kelemahan jiwanya yang pernah rapuh sebelum ini.


#3 Rendahnya hati manusia itu mampu menyentuh setiap hati yang mendekatinya.




Walau setinggi mana kaki menapak, di laluan cakerawala yang teratas sekalipun,jangan pernah lupa merenung jauh yang di bawah juga. Tiada yang tertinggi jika tiada tapak yang sedang menyokong dengan utuhnya di bawahnya ini. 
Mudah-mudahan, mereka ini, sentiasa dilindungi-Nya..



berkongsi rasa dan hak

Bismillahirrahmanirrahim..




Tahukah anda manusia di dunia ini sedikit sebanyak berat sebelah?

kekekee.. Macam nak menyampaikan hasrat dan suara hati dari golongan minoriti je,heeeee...

Perasan atau tidak, segala pekara yang dijalani dalam kehidupan seharian, sebenarnye untuk golongan Majoriti..dan golongan minoriti di anak tirikan..heeee..

Kejamnye ayat.. Tak delah kejam beno kalo nak dibandingkan dengan realitinye kan.hehehe.

Tapi kalau ikot logik akal, kita mestilah akan utamakan suara majoriti lebih dari suara minoriti gak kan? Tapi macam mana dengan nasib minoriti ni? Deme tak layak ke untuk dapat dan rasa seperti mana golongan majoriti rasa?

Huwaaaa..ade gaya boleh jadi Menteri tak mimi?heeee.. (suke berangan!yes! That's me!!..hahahaa)



Tak de ape, saje nak cerita pasal golongan kidal, atau lebih dikatakan golongan minoriti dalam dunia ni..

Golongan majoriti = kadal = kanan dari lahir

Golongan minoriti = kidal = kiri dari lahir



Mimi ramai jugaklah kengkawan yang begitu istimewanya mereka daripada golongan kidal ni. Istimewa kan deme? Siap ada "Hari Kidal Sedunia" kot untuk deme. Orang kadal tak de pon.. =.= ..haha. Okeh, tak yah nak tacin sangat la.. :p

Mimi tak tawu nak cakap, betapa teruja nye mimi bile melihat orang kidal ni buat kerja. Menulis, memasak, potong2 sayur, main2 alat permainan, main2 alat muzik..huwaaaaa.. Ase macam nak tengokkkkkkk je sampai deme abis buat kerja.hahaha.

Tapi sebenanye golongan minoriti @ kidal ni, terpaksa berdepan, atau terpaksa membiasakan diri mereka dengan kehidupan seharian yang sangat penuh disajikan untuk golongan majoriti.

Alat muzik:
Gitar, violin dan seangkatan dengan nya. Mereka tepaksa berdepan dengan not lagu yang lain untuk memainkan irama yang sama, macam orang2 kadal yang lain mainkan alat muzik tu.

So, deme kene adjust sendiri, dan biasakan diri lah. Dan tak ramai musician yang kidal, macam Man kidal. Boleh kira, bapa ramai je musician yang kidal.



Pemotong kulit kentang moden:
Ha, alat pemotong kulit kentang yang ala2 moden, untuk ganti pisau tu dicipta memang untuk memudahkan orang2 right handed untuk kupas kulit kentang, tapi macam mana dengan nasib orang kiri? deme kene potong lawan arah, dan biasakan diri untuk gune alat tu.


Huwaa..cabaran kot. Kita yang right handed ni memang la nampak macam mudah jek deme yang kidal ni buat keje. Tapi deme sendiri nak tak nak kene biasakan diri untuk buat keje yang sama dengan orang kadal buat keje. Hehe. So, sangat kagum melihat mereka!


Mungkin, nak kene tunggu orang2 kidal inilah menyuarakan hak suara minoriti deme sendiri untuk sama diketengahkan seperti mana hak orang2 kadal di utamakan. Nak tunggu suara majoriti buat untuk suara minoriti ni, tak tawulah nak cakap, bile kan.

Mungkin nampak macam remeh kan, tapi sekecil2 pekara kekadang mempengaruhi sehingga ke beso2 suara.


Ni baru kes kidal, cenggana kes2 lain? Kekadang, suara dan cadangan daripada golongan minoriti ada betolnya dan perlu untuk difikirkan dan mungkin jugak perlu diutamakan. Sebab tak semestinya semua cadangan dan pemikiran golongan majoriti ni betol 100% kan?


So, bagi mimi, kita perlu dengar dan beri perhatian kepada semua cadangan dari semua orang, tak kesah lah majoriti atau minoriti. Kerana itu hak suara masing2. Pemikiran semua tidak sama. Tak salah rasanya berkongsi pemikiran kan? Tak ke lebih menguntungkan semua pihak, sama2 berjaya, sama2 berkongsi rasa kejayaan kan? ;)


Mimi ase, mimi memang nak masuk persatuan keamanan dunia lah.heheh.. peace! =.<



Thursday, February 9, 2012

anda gerammm?

Bismillahirrahmanirrahim..





Anda marah? 

Anda geram? 

Ingin tumbuk orang tapi tak tahu macam mana caranya? 

Ingin melempiaskan kegeraman tahap cipan? 

Grrrrrrr!!! 



Mimi ada penyelesaiannye.!!hehehee.. Mari baca ini entri untuk mengatasi masalah anda itu..kikiki..


Bahan-bahan yang diperlukan:

Lesung batu bersama anaknya..
Beberapa ketol bawang (apa2 jenama pon boleh, atau ap2 jenis bawang pon boleh)


Optional:

Cili api,
Cili beso,
Cili benggala,
Cili terpedas di dunia..



Dan..



Jangan lupe, garam secukupnye ye!


Ngeee..ade berani untuk mencuba nya? opkosla berani kan ;)

Lagi geram, lagi marah, lagiiiiiiii tambah kuantiti bawang tu ye. Dan tumbuk semua itu sekuat hati anda. Dengan itu, segala usaha nak tumbuk orang, nak marah orang, nak geram kat orang dapat di leraikan dengan cara yang baik.hehehe. Baik ke?

Baiklah jugak. Nanti nak masak pape, dah siap dah bahan nak tumis, baik lah tu kan? Tak yah nak bazir masa nak tumbuk2 lagi, dan siap sedia dah..heeee.. Lepas je tumbuk sume tu, boh dalam peti ais.. Tahan lama.kiki..

Tambah elok lagi, bile saat tengah tumbuk tu, mata tu ase cammmm, ber air2, hidung pon nak join berair sekali. Tak yah lap. Biarkan die mengalir. Hehe. Geli ke? Tak delah.. Air dari badan sendiri, buat pe nak geli kan. Cume jagelah, jangan la sampai pi tadah masuk dalam lesung batu, udahlah, kang jadi air mata duyung pulak boh dalam masakan.hehe.


Bile kite tumbuk bawang, geram kita dah pecah.

Bila segala air kuar dari badan melalui hidung dan mata, segala bentuk geram dan marah akan tereskpresi dan lerai dan akhirnya berlalu pergi..

Mudah kan?

Mudah je kan. Apa tujuan mimi buat entri ni?hehe. Tujuan nya, sebenanye ada banyak cara nak lepaskan marah dan geram. Jangan hanya tahu nak lepaskan geram kat manusia lain. Kerana dek kesalahan orang lain, kita pi lepas marah kat orang lain. Tak fair la kan? Orang lain tu, manusia macam kite jugak. Pon ada hati dan perasaan sama macam kita.

Kalau orang lain buat kat kite cam tu, kita pon marah jugak kan. So, jangan berani2 nak buat macam tu kat orang lain.hehe. Ni ugutan yang seriusss niiiii!!!hehe (takott tak? Takottlahhh pelissss ..hee)

So, kalau marah sangat sekalipun, cube pi lepas marah tu dengan membuat sesuatu yang mendatangkan kepuasan tapi bermakna. Contohnye macam tumbuk bawang tulah. Dapat jugak masak, dapat jugak makan, kenyang gak perot kan. Daripada dok marah orang lain, dapat pe? Seposen pon tak dapat kot =.=



Pikir sebelom bertindak. Jangan bertindak baru pikir. So, segala bentuk emosi dan perasaaan dapat dikawal. Barulah orang-orang lain senang nak berkawan dengan kita kan. Tak mendatangkan ketakotan dalam diri mereka nak jadi kawan kita. Cubalah ok!

Setiap hari, berazam dan beringat, cuba sedaya upaya mengawal emosi, akal dan perasaan daripada bertindak melakukan perkara2 yang mendatangkan kerugian ke atas diri sendiri dan orang lain. ;)



Peace! =.<