Tuesday, April 10, 2012

wordless Tuesday!

Bismillahirrahmanirrahim..





PSD 002 by ~   magicpsds



dah lame tak berwordless kan?
anyway, I'm happy for u my dear! =.<


no more MonDay blUessss

Bismillahirrahmanirrahim..




morning semua!
No MORE Tuesday bluesssss..(bak kata sarachan...hehe)

Datang opis awal, dengan berspare kan kunci gara2 balik lewat semalam, dapat la dok di bawah kedinginan ekong pepagi sambil sego je mata menaip kata-kata repekan dan tidak repekan di belog :p

Heeee..macam dah lame tak menaip belog pepagi kan? Agaklah kan. Hehe. Dah macam terlalu banyak rutin hidup yang berubah. Tapi mimi ada baca sebuah buku ni, lagi banyak kita melakukan perubahan dalam rutin hidup, lagi banyak yang kita explore tentang kehidupan? Betul tak?

Sebab kita tidak berada di fasa situuuuuuuu jek. KIta berpeluang merasa dan menikmati semua corak kehidupan ni ;)

Mungkin kita tak merasa apa yang dia rasa. Sebab dunia kita semua berbeza walau kita berpijak atas paksi bumi yang sama. 

Mimi..semalam housemate rumah sorang dah pindah. Dengar cite, housemate lagi sorang pong nak pindah jugak. Sebab kawan dia pindah, dia pon nak pindah. Kata nya dekat sikit dengan tempat keje.

Makanya, mimi will be alone? Huwaaaaaaaa.. Macam tak boleh nak caya jek dok rumah tu sorang2..huhu. Takot tu ade la jugak rasa takot.. BUkan takot ape, takot sakit ke ape, hmm3. See, ari2 kan berdepan dengan rutin hidup yang akan berubah sama ada kita nak atau tak.

Takkan nak paksa2 orang pulak kan tinggal dengan kita. Udahla kawan yang baru kenal, bukan yang 5,6 tahun kenal. huhu. Maka, tiada mengapalah.Hidup bujang memang beginilah rutinnya. Tetap ingin berfikir positif. Bersangka baik. Tuhan kan ada? Dia pasti tidak akan membiarkan hamba-Nya kesusahan.

Mungkin lepas ni gaji naik ke kan (hahhahahahaha, ni teradvance pikir positif ni..heheh). MUngkin nanti kot2 ada orang lain pulak masuk menyewa sama ke kan? Mungkin nanti mak nak dok dengan anak die ni kan semenanjung ni ke kan?hehe.

Papepun, mahu sentiasa menjaga emosi dan perasaan berada dalam keadaan baik. Tidak mahu stressssss2 kerana terlalu banyak lagi perkara yang lebih penting yang lebih perlu di ambil berat dan dititikberatkan kan?


Biapun getir sedang hebat mara di hadapan, masih ada "armada"  gagah, bersama ku untuk menawannya menyertai ku, bukan untuk memburu ku..


Monday, April 9, 2012

1# monday BlueSS mimiTo

Bismillahirrahmanirrahim..




Monday Bluesssssss..



MEmey bluessss sungguh la. Bos tak de. Tapi keje tetap ade. Nak rushing2 chase orang, dengan keadaan tak de mood, cenggane tu? Asik tengok jam je.hahahaha. Bile la angka nak menunjukkan pukoi 530 dan ke atas..hahaha.

Tapi sebenarnye, tanpa disedari, kekadang mood kita sendiri boleh mempengaruhi mood orang di sekeliling kita. See! Betapa pentingnya kita mengawal emosi dan perasaan kita.  Kalau orang disekeliling kita jenis yang tak kesah, aku tak pedulik, aku tak berperasaan, aku no hallah, itu lain cite la kan.

Tapi dalam tak kesah, tak kesah ni, mereka kesah sebenarnya. Kalau mereka tak kesah, mereka takkan terdetik, "asal dia ni, moody semacam jek, ahhhh, lantaklah, bukan hal aku, buat pe aku nak kesah.."

Bila ada word "lantak ko lah " nilah yang menyekat emosi orang-orang lain di sekeliling tadi menjadi seorang yang "tidak berperasaan"  buat sementara waktu. Tapi.. Ha, ada tapi lagi..hehehe.

Kalau dibiarkan mereka terus menyekat emosi mereka dengan sempadan "lantak ko lah" ni, macam memanjakan perasaan mereka. Seakan, kita pulak "train" emosi mereka ini supaya bertindak balas menjadi "lantak ko lah". Cuba datang kes, kita tergolek tengah jalan sorang-sorang, and the same time, mereka yang selalu berpegang prinsip "lantak ko lah" nampak pulak kita tergolek2, dan sekali lagi mereka menggunakan prinsip mereka iaitu, "lantak ko lah, nak tergolek ke ape, bukan hal aku.."

Seeee! Bahaya kan? Sebab tu kadang-kadang, banyak jugak perkara yang tidak diingini ni, lahir daripada kita sendiri tanpa kita sedari. Tengok macam hal2 kecik, emosi segala bagai ni, tak mustahil boleh pengaruh emosi orang lain, sekaligus, melatih emosi mereka bertindak sedemikian.

Maka, cuba dan cuba, kawal emosi dari mempengaruhi emosi orang lain. Cuba sedalam-dalamnya. Banyak cara sebenarnya. Berbicara dengan Tuhan? Ya, itulah perkara terbaik. Gunakan waktu solat itu sebaiknya.

Waktu solat itu, waktu yang perlu dinantikan2 oleh semua umat Islam. Kerana waktu itulah, waktu dimana kita bermuhasabah diri, meluahkan segala isi hati dan perasaan hanya kepada Tuhan. Rahsia kita, hanya antara kita dan DIa.Unik kan?

Senggang waktu itu, walau sekejap, tapi nikmatnya, subhanallah, beruntunglah bagi mereka-mereka yang mengambil peluang itu untuk sungguh-sungguh bersama-Nya tika itu..

Maka, monday bluesssss ke.. Tak bluessss ke, keep being positive human! Bila kita positif, secara tidak langsung, orang disekeliling kita pon positif. Kalau mereka tak positif jugak? Itu terpulang kepada mereka. Mereka berhak menentukan emosi mereka. Setidaknya, kita memberi influence yang baik untuk membantu mereka mencerna  emosi mereka.

Huwaaaa..naip belog sego je mata. Bila nak mengadap koje, terus kuyu.hahaha.. Aip2, keep positif mimi. Tak baik bagi orang lain nantok jugak..heeeee.. Selamat hari senin!