Monday, April 30, 2012

compare meng compare

Bismilahirrahmanirrahim..


Ase macam ajen plak cek mimi menghupdate belog sejak dua menjak ni kan,walau pengunjungnye dah mkin susut..hahahaha, amboiiiiihhh..gelak ye..


Chillah kan? Kikiki..menulis dan menaip dengan riang hati, lalalalal~~~~ :-)


Ok,sebelom membebel tak bermatlamat,masa mimi mandi tadi,  ade idea plak kuar muncul toink3 dalam pale ni kan...heeee. Nak bercakap mengenai wanita @ perempuan. Tapi tak delah kata laki tak boleh bace..haha.  Laki yang harus baca nihhhh..heeeeee..


Mimi ada baca kat mana entah, dia kata ye,bukan mimi kata, mimi nak ulas balik je. Dia cakap, lelaki tidak suka teman wanitanya bercakap mengenai lelaki lain di hadapannya,  tambah2 apabila dirinya dicompare pulak kan dengan lelaki itu..heeee..lagi dabel triple die tak suke. Dia mahu dirinya menjadi keutamaan bagi temann wanitanya..


Tapiii..


Tapiikan..mimi nak argue pulak..hahaha..perempuan suke ke dirinya di compare or seangkatan dengan nya oleh teman lelakinya?kikiki.. Dalam erti kata lain, sile letak keadaan perempuan di tempat lelaki dalam statement di atas.hehe.


Hakikatnya,bukan soal percintaan je, dari segala aspek,mana-mana manusia pong asenye tidak suke diri mereka di bandingkan dengan orang lain. Seolah-olah dirinya tiada kebaikan,tiada kebagusan, seolah-olah juga masyarakat tidak mampu menerima dirinya seada yang mungkin. Betoi dak?


Perbandingan?


Okeh, lets talk about pro and consnye oke?


Pro:

1)menjadikan perbandingan itu sebagai CABARAN untuk dirinya menjadi seorang yang lebih terbaik daripada sekarang.

2) menjadikan perbandingan itu juga suatu bentuk MUHASABAH DIRI antara dia dengan manusia mahupun dengan Tuhan.

3) membuka minda kita yang hakikatnya kita takkan pernah sempurna sepeti baginda Rasullullah S.A.W.



Dan lain-lain..banyak lagi,kang kome jemu pulak bacenye..heee


Cons:

1) stress dalaman yang amat dasyat, tambah yang berkaitan personaliti diri,imej diri, seolah merasakan diri sangat hodoh..huuu

2) self esteem yang semakin merundum jatuh menciom bumi..huuuu

3) pembaziran masa dengan bertekak segala bagai tapi tak de objektif.



Dan lain-lain..heee..sekali lagi kang kome jemu pulak bace..


Sooooo,sooo and sooo..

Persoalannya, berapa ramai manusia yang mahu berfikir PRO lebihhhhh, lebihhhh dan lebihhhhh dari CONS?

Hati,emosi,perasaan dan akal lebih cenderung mahu untuk membelek negatip daripada positip. Kerana kesan negatip lebih melukai,lebih membuat hati,emosi dan perasaan lebih disaster daripada yang positip kan. :-)



Makaaaa dan maka, apa tugas kita bile berhadapan dngan situasi bilamana diri kita dicompare oleh orang lain? Tak kesah la,  oleh bos sendiri ke, oleh adik beradik ke, oleh mak ayah ke, oleh kawan2 ke, oleh bf/gf ke kan.. Naknbuat cebggane nihhhhh..


1)Buat bodoh

Ye..tapi sampai bile hati dan emosi larat menanggung perasaan buat bodoh ini. Huuuiiiihhh..kita bukan robot. Kita dicipta dengan penuh kasih dan sayang,.



2) Berterus terang

Ni the easiest way. Tapi tak semua manusia mampu nak buat. Terus terang,mimi bukan orang yang jenis mampu terus terang.hehehe.



Tapi once kita dah berterus terang dengan si pengkompare tu, tak delah sikap buruk sangka akan berlaku kan. Sekurangnya dia tahu kita tidak suke begitu dan manelah taw, die gurau2 je tapi mungkin kita yang tak paham ke kan?


Bagus sebenanye terus terang ni tapi mimi sendiri masih takot nak buat,huuu..apolah..haha.. Jangan tirukkkk saya ye..nuuuu..


3)Cara lain? Nak tak nak, ko kene tetap POSITIPnkan diri ko abis2, betoi dak?


Kita bersedih sakit hati segala bagai pong tak dapat duet sejuta lemon pong. Hati merana lagi ade kan. So mungkin taktik buat bodoh tu main peranan gak,hehe. Then, pe lagi, search la tenet ke buku ke.. Macam mana nak ubah diri kita supaya kita boleh jadi lagi hebaaaakkkk dari orang yang dicomparekan dengan kita tu.


Kalau dia kurus kita gemok, ha search je, macam mana nak jadi kurus. Then buat la, tapi amik yang elok2 jelah.hehehe,. Jangan main tibai je sume,hehe. Baru die tahu, kita pong bole jadi lebih baik kan..


Tapiiii..tapiii..


Please do care about the "nawaitu". Adakah kita buat semata-mata untuk balas dendam,  sebab diri kita selalu dibanding2 kan..?


Dek kerana nawaitu tak betoi tu,akhirnya tidak juga selesai masalah itu. Sebab itu,tiap kali buat entri,mimi selalu tekankan isu niat ni. Niat yang betoi sangat2 la penting. Nampak macam bende remeh. Tapi once kita lost dari track asal kita, dan kita kembali kepada niat yang asal2 yang baik itu, insyaAllah, dipermudahkan segalanya :-)


Huiiiiihhhhhhh..harap adela sudi membaca idea ini,yang dicerna sewaktu mandi dalam toilet tadi.sekian..heeee.. :-)

Published with Blogger-droid v2.0.4

Sunday, April 29, 2012

pau comei

Bismillahirrahmanirrahimm..


Betapa diri ini ibarat pau comei..

Gebu..

Bulat yang tidak berapa nak bulat..

Berperisa..

Disukai oleh sesetengah manusia.

Pelbagai perisa dan rupa..

Dan akhirnya ke dalam perot..

Mahupun ke lombong pengumpulan bahan kumuh..

(Ohh..maafkan saya kurang sedikir kesopanan)...

Tapi itulah perjalanan seketoi pau comei..

Indah..

Tapi begitu perit takdirnya..

Walaupuh begitu..

Masih kekal menjadi pau..

Walau dimamah usia..

Itulah pau comei..


P.s: aku tak taw pasaipa la entri sejak akhir ni pelik2 je..pasal pau..pasal kaler..hahaha..

          Tapi, selagi pau itu membantu kita memuhasabah diri, apa salahnye kan? :-)


Published with Blogger-droid v2.0.4

Saturday, April 28, 2012

termination kit

Bismillahirrahmanirrahim..


Beberapa hari yang lalu, mendapat tugasan dari bos mengenai perlu menganalisis termination setiap power cable?

Apakah itu?

Jeng jeng..niiiii nak cite ni sikit2..hee..


Dalam setiap janakuasa elektrik, setiap cable yang mengalirkan aliran elektrik dari suatu tempat ke tempat lain, perlu diterminate. Makna kata lain, perlu "dimatikan" supaya, manusia2 yang  dok megang kable tu, atau sesiapa la yang nak buat check setiap bulan, akan selamat dari terkena renjatan kuasa letrik yang beso. Ce bayangkan, kene short sikit2 pong dah meremang bulu roma segala bagai, ni kan pula, aliran elektrik yang agak beso, lebih kurang dari 33kV dikendalikan oleh manusia kan?


Makanya,berbalik kepada apa yang mimi nak cite, setiap kabel perlu diterminate. Maka lain rating ain cara terminatenye..


Contohnye:


33000V : gune Sudkable termination (bahan penebat nye lebih kuat, so manusia selamat nak pegang kabel ni, cara nak pasang dekat bangunan pong lebih teliti)


11000V: guna Raychem termination (masih selamat dipegang oleh manusia kerana mengikut spesikasi kable)


Jadi, orang tnb yang dapat wat lawatan pong selamat la nak masuk setiap bilik janakuasa ni,nak cek transformer dan adik beradik yang sedang dalam keadaan ber elektrik ini


Tengok, lain kable, lain cara kan?  Kalau sama, kompem2 la dah ramai manusia kene masuk wad khas sebab terkena renjatan letrik setiap hari...heee..Subhanallah :-)


Allah mengurniakan akal yang sangat bijak bagi manusia berfikir mengenai kendalian setiap perkara dalam kehidupan seharian.


Begitu jugalah kehidupan. Lain perkara, lain caranya. Walau kita rasa kita dah pernah berhadapan dengan perkara itu sebelum ini, tapii..... Tapiii harusss diingat..pasti ada yang kurang dan tambahnya di mana-mana. Di situlah terbitnya cabaran baru. Cabaran yang kita pernah hadapi sebelum ini, digunakan, dijadikan pedoman untuk membantu diri kita memandu diri kita mengendalikan cabaran seterusnya..  :-)


Ingat, lain "kabel" lain "termination" nya <3 <3


Published with Blogger-droid v2.0.4