Tuesday, July 31, 2012

Day 11 of RamaDhan

Bismillahirrahmanirrahim..



Salam Ramadhan yang ke-11 ;)

11 hari dah kita berposa kan. Terasa posa kali ni kejap je.. Ke mimi je yang rasa macam tu?keke. Adakah kerana dek petama kalinya berposa sebagai seorang pekerja? Ralit buat keje sampai tak sedo yang sedang posa? Ohh, ayat itu sungguh tidak boleh dipercayai ye..heee :p


Fight For Your Life by ~ darkcalypso


Berposa = Menahan diri

Menahan diri dari apa? Bukan sahaja kelaparan atau kehausan, malah menahan diri, atau dengan lebih dekatnye, menahan nafsu ini dari segalanya. Menahan nafsu amarah, menahan nafsu  makan yang melonjak2, menahan nafsu yang bukan-bukan, menahan nafsu dari pembaziran.

Pendek cite, menahan nafsu dari segalanya la kan?
Saitan diikat, tapi nafsu itu lebih dasat dari saitan. Tiada saitan tidak bermakna diri sudah merdeka. Perlu dihengat, dugaan lebih mencabar.

Lagi 10 minit nak berbuka, gedebookkkkkkk file bertimbun, bos dengan TETIBE je bagi kerja, errrrkkk! ase macam nakkkk _ _ _ _.. Tak tawu nak describe perasaan time tu macam mana. Dia lope ke aku ni posa.huuu.. Tapi nak buat macam mana, dia bukan Muslim, maka mampu menangis dalam jiwa T___T

Hengat dalam hati, kuatkan diri, istigfar, inilah indahnya Bulan Ramadhan. Jika tiada bulan ini, tidak mungkin akan merasai perasaan sebegini..

Dan seandainya bulan Ramadhan ini tiada, tidak mungkin mimi akan berpeluang untuk menaruh prasangka baik terhadap Tuhan. Mesti Tuhan mahu aku belajar sesuatu di saat ini. Cuba dan cuba untuk terus senyum dan redhakan hati dengan ujian yang berlaku..

Sungguh posa itu membawa maksud, sebenar2 maksud, untuk "Menahan Diri "..

Menahan diri daripada amarah ..
Menahan diri daripada berkata2 yang bukan2..
Menahan diri daripada bertindak tidak rasional..
Menahan diri daripada berprasangka buruk terhadap Pencipta..
Menahan diri dari segalanya..


Selamat bersahur semua! =.<



Monday, July 30, 2012

Day 10 of RamaDhan

Bismillahirrahmanirrahim..



Opocot!
eiissshhh, bagi salam la..heee.. 

Salam semua!
Dah kenyang peyot?garu2 peyot? Terawih pakat pi  buat tak? Ke Terawih atas katil?heeeee.. Semoga kita masih beristiqomah untuk mengimarah terawih yang hanya tinggal 19 malam sahaja lagi..InsyaAllah ;)


Noonday Sun by ~ Einsilbig

“Dan tiadalah mereka disuruh melainkan supaya menyembah Allah serta mengikhlaskan agama kepadanya.”

[Surah Al-Bayyinah :5]


Hakikatnya hati manusia ini tidak mampu menipu Pencipta mereka, bah kan juga hati mereka sendiri. Sejauh mana pon mereka berselindung di balik kepulan awanan tebal sekalipun, masih ada kabus2 jaring yang masih menampakkan keoriginalan diri mereka itu..

Begitu jugalah dengan "Ikhlas" itu. Nilai ikhlas itu tidak mampu diukur dengan mata kasar apatah lagi dengan mana-mana alat penimbang tara di dunia ini. Hanya hati yang benar-benar rapat dan rebah kepada Pencipta mereka yang mampu merasai keindahan keikhlasan hati itu..

Sejauh mana kita ikhlas? Ikhlas dalam beribadah?Ikhlas dalam belajar?Ikhlas dalam bekerja?Ikhlas dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai anak?Suami?Isteri?Sahabat?

Ternyata segala hal yang berlaku setiap detik itu, tidak terhitung dalam benak fikiran kita, apa kita ikhlas mahupun tidak. Payah kan? Ya, susah. Tidak mudah untuk merasai sesuatu yang indah, tetapi tidak susah juga untuk mendekatinya.

Sama ada mahu atau tidak. Bisikan kata2 nista hati selalu membutakan keikhlasan yang mulai mahu berbunga menghiasa kamar hati. Perlunya Tuan kepada hati ini kuat, kuat dan kuat berada di tunjang yang betul, bagi memiliki nilai keikhlasan itu.. InsyaAllah..

Emm, sejak beberapa hari ini, hati mulai resah, tidak ceria, tidak semanis dahulu, apabila tiba waktu bekerja. Emm.. sedang cuba kuatkan hati. Kalau dulu, ini yang aku mohon, ini yang aku doakan hari2, agar beroleh pekerjaan. Tapi tak tawulah kenapa hati ni tidak senang..huuu ;(


"wahai hati ku..
Jangan dikau menjadi hati yang tidak tahu bersyukur..
Jangan hitamkan diri mu hanya kerana perkara yang enteng..
Lapangkan diri mu..
Ingat kembali..
Bagaimana ayah mu yang tidak henti2
Memerah keringat, bekerja..
Sebelum kamu lahir..hingga kini..
Tidak pernah mengeluh walau sedikit pun..
Kau bekerja kerana apa..
bimbingla Tuan mu ini kepada yang benar..
Lagi ikhlas..
Agar mendapat redha-Nya..
Jadikan Ramadhan ini,
Pengikat kasih sayang antara kamu dan Tuhanmu..
Supaya sentiasa tidak jauh dari mensyukuri nikmat-Nya..
Amin... "


Sunday, July 29, 2012

Day 9 of RamaDhan

Bismillahirrahmanirrahim..



Salam ramadhan ke 9 sudah ;)


Impressions of October by ~ kkart

weee, berpuasa pada hujung minggu, mula la macam-macam nak buat untuk juadah berbuka puasa kan, ye dak? Bagi mimilah macam tulah. Sebab masa weekday sangat tak sempat nak masak pape, dah balik pong pukoi 630 petang, maka gunakan masa weekend sepenuhnya untuk masak sendiri ;))

So hari ni masak nasi ayam je dengan buat cucur sikit. Saje nak jamu bebudak dekat rumah ni,heeeee. Di samping melatih diri menjadi wanita mithali..ecewahhhh...heeee..

Tapi di kala kesedapan makan nasi ayam di sini, masih ade yang hanya berbuka minum air sahaja T___T

Tetiba ase macam sedih sangat. Asa macam, tak adil. Aku posa, dia pon posa, tapi dia hanya dapat berbuka yang macam tu je. Asa macam bersalah bila tak dapat membantu mereka yang senasib begitu.

Menekadkan dalam diri, tiap kali bangun pagi, ucapkan rasa Alhamdulillah dengan sebenar-benar maksud syukur yang tidak terhingga, yang membawa hati ditahap paling rendah, di mana rasa bersyukur sangat masih mampu menikmati segala nikmat dari-Nya..

Nikmati kesenangan dikala yang lain menangisi kedukaan,
Nikmati kesihatan dikala yang lain bertabah merawat kesakitan,
Nikmati kasih dan sayang dikala yang lain sedang melwan kehilangan..'

Pendek kata, segala yang ada di sisi hidup kita, merupakan titisan-titisan kasih sayang dan perhatian dari Tuhan untuk kita. Alhamdulillah..Alhamdulillah.. ;)

Selamt bersahur nanti ;))