Friday, April 26, 2013

# Nota 32 ~ "Horror" Friday

Bismillahirrahmanirrahim..



Bermusim bunga,
Sejuk mencengkam,
Aduh..
Aku hadam,
Agar aku bisa menjejaki,
cakaran maya yang menghempap tubuh..

Jumaat ini,

Ayuh~ abadikan...


=)




two little snowdrops in green and white by Visiting Fahrrad



Salam jumaat kalian!

Setelah sekian lama jari ini tidak menaip bait-bait kata untuk Jumaat. Ya, Penghulu segala hari, hari Kiamat juga pada hari Jumaat. Hari yang mengundang doa-doa manusia ini dimakbulkan. Hari yang disunatkan melaksanakan segala yang menokok nambahkan amalan yang tertaip di bahu kiri dan kanan ini ~

Fuhhhhh~


Bukan mudah nak tunggu jumaat datang setiap minggu, kan? haha. Dari hari Isnin, melalui hari-hari yang layu, sayu, mayu, luyu, tuyu, sehinggalah berjumpa Selasa. Ohh, hari kedua, sedikit gagah berbanding semalam. Melihat kiri dan kanan, mulakan semangat.

Sehingga bertemu Rabu pula. Aihh, baru Rabu ka? Aduhai, okay, okay. Rilek la.. Cool bebeh. Okeh, sehingga la bertemu Khamis. Fuhhh, semangat dah setinggi dada sehingga ke lutut. Sangat bertenaga..

Esok? aihh..esok apa, hari nilah. Jumaat! Yay! Jumaat datang tiba, makanya esok dan lusa cuti! Yay, dabel yay! (hokay, terpaksa separa Yay, sebab esok saya kerja hokay!wuwuwu)

Fuhhhhhh~


Sukarnya menemui Jumaat.. Tapi..

Sedarkah, dengan hadirnya Jumaat..
Apakah yang kita sudah isi selama 4 hari yang lalu?
Adakah berfaedah?
Adakah sangat2 "mengelat"? (toink! bagaikan menghempuk dahi sendiri =.=)
Adakah siap siaga yang perlu di siap siaga kan?
Apa kemajuan yang dicapai dari Isnin ---- Jumaat? Cukup?
Apa yang berjaya dikurangkan dari Isnin ---- Jumaat? Berjaya dak?
Iman? Ha, macam mana keadaan 4 hari yang lalu?
Andai hari Jumaat ini hari "terakahir", so how?



Fuhhhh ~


Jumaat..


Macam-macam ada ~


Sehingga berjumpa lagi! =.<

Wednesday, April 24, 2013

#Nota 31 ~ Tangisan Bumi

Bismillahirrahmanirrahim...




rain by azuzephre



saya : Awak, tolong jangan sakit
aku : Iye, baiklah, awak tolonglah jaga diri saya..
saya : hokay! Please raise up your soul until infinity
aku : emmmmmmmm



=)



Kadangkala, kita sering bermonolog sendirian. Kadangkala ke masalah nya? Macam tak je. Haha. Macam selalu je bercakap dengan sendiri dek tiada orang di sisi kiri dan kanan, mahupun depan dan belakang.

Bermonolog membawa maksud, bercakap dengan diri sendiri, yakni, hanya diri sendiri yang mendengar akan kata-kata itu (hakikatnya Tuhan pong dengar hokay! )


Bermonolog ini boleh membawa kesan sampingan sehinggakan mampu mengubah keputusan di saat-saat akhir ~ wow!

Dasyat tak kesannya?


Maka kesimpulan disini, jangan lah bercakap yang bukan-bukan dengan diri sendiri hokay! Tak de faedah satu butir hama pong. Makanya, cakap yang indah-indah sahaja.

Indah purnama,
Indah jiwa,
Keji kata,
Merana jiwa ~


peace! =.<

# Nota 30

Bismillahirrahmanirrahim..




Adakalanya mungkin kita perlu sendiri itu..
Sendiri ke menyendiri? :p

Sendiri nilai,
Sendiri amati,
Apa bez keduanya itu..

Sendiri,
dan 
Menyendiri,

Paling
dan
Berpaling,


Aku harap aku tahu membezakannya itu..


=)





24 Tahun 6 Bulan 6 Hari ini..
Dewasanya ini..

Ecewahhhh ~


Tak payah nak bersajak sangat la mimi hoiii~
Asenye cek mimi perlu kembali berblogging la kan.. 
Kembali riang ria aktif seperti dahulu ~
Menyediakan ruang khas hanya untuk berblog 



"SILA JANGAN AMBIL WAKTU INI"

MUngkin =.=
Saya perlukan kawan-kawan ~ 
berkongsi segala ruang legar minda ini
Kalau tidak mungkin 4 hingga 5 jam
Mungkin perlu sejam sehari



Sejam? Amboiii ~ lamenyeeee...

Sejam itu singkat ~ 
sangat singkat untuk memperkasan perkara yang diminati, 
betol dak kawan2? :p

Saya harussss ~
Saya perluu ~~ 
Tolonggg saya ~