Sunday, May 26, 2013

# Nota 41 ~ kasih terucap

            Bismillahirrahmanirrahim..

Kasih
Sayang
Kasih mesti dengan sayang
Kasih tanpa sayang
Jadi hilang satu
Sayang tanpa kasih pula
Jadi hilang dua

Maka

Kasih mesti bersama sayang
Dia telah mendidik kita
Menjadi
Kasih dan sayang
Sesama kita
Tanpa ade benteng sempadan

Sempadan itu
Harus
Dibajai dengan
Bunga-bunga kasih
Dedaun sayang
Lenyap kesumat dendam
Yang merajai jiwa

Manusia itu
Sama ertinya
Dengan kasih dan sayang
Dan binatang
Tidak..

Saturday, May 25, 2013

# Nota 40 ~ Perkhabaran

Bismillahirrahmanirrahim..






Dunia ini tidak lah kejam mana,
Adakala kita mendongak,
Adakalanya juga kita didongak,

Seronok menjadi yang mana?


----

Aku rasa seronok apabila mendongak,
kurang dosa,
tambah pahala,
galas segala usaha dan rasa,


Tapi


Adakalanya mendongak bisa menepis yang didongak,

----


Mana-mana pun sama
Jangan pernah hukum.



=)



Jumaat lepas, menerima perkhabaran gembira.
2 khabar gembira,
Alhamdulillah.

~





Selamat berhujung minggu kalian =.<





Thursday, May 23, 2013

# Nota 39 ~ Anugerah & Bagaimana

Bismillahirrahmanirrahim,




Semalam aku bermimpi lagi,
Aku diheret dalam belantara,
Di mana aku?

Apa, ada manusia lagi seperti aku tika ini?
Jangan-jangan hanya aku..
Kiamat kah ini?
Pinta aku,
Rintih aku,
Berlalu dengan angin menyapa pipi

Tiada jawapan,
Tiada alasan,


Adakah
Aku diseksa kerana dosa ku,
Hina
Aku sungguh hina
Aku..
Aku...
Aku...

Rebah..





=)



Kadang-kadang, tiba suatu saat dan ketika, kita tidak pasti kita berada dalam keadaan yang bagaimana, di mana kita sendiri tidak tahu apa yang sedang berlaku, apa yang diri ini mahukan..

Dan akhirnya diri mampu termenung dan termenung mengheret kembali memori dan kiasan semalam yang tidak lagi mampu diubah.

Apakah itu?

Pencernaan?

Penghadaman?

Atau krisis dalam diri?


Acap kali menggangu hidup sehingga menimbulkan kebuntuan yang amat dalam. Seandainya diri ini sendiri tidak mampu mengubah, siapakan lagi yang mampu mengubah?

Masalah terbesar masyarakat homosapien ini adalah, mereka tidak tahu apa yang mereka tidak tahu. Arghhh, parah! Parah!


Kadang kala diri ini juga begitu. Ya, aku tidak tahu, saya lagi tidak tahu. Tapii.... bagaimana aku mahu tahu apa yang aku tidak tahu itu sedangkan aku sendiri berkali-kali menampar diri sendiri. Kesal.  Aku tidak tahu apa yang aku tidak tahu itu.. Siapakan lagi yang dapat membantu diri ketika ini? 

Siapa?


Cuba cerita. Cuba terjemah. Cuba singkap.


Ohhhh ~ rumit sekali isi catitan hari ini :p


Alkisahnya ~ seandainya diri ini ditimpa sebulat "ANUGERAH". ANUGERAH?

Ya, mungkin kita boleh cuba tukar masalah itu kepada ANUGERAH.Kenapa ANUGERAH? Apabila berkisarkan ANUGERAH, sedikit demi sedikit, ada segerombolan roh gumbira sedang bersarang di jiwa.

Yay! Aku ada istimewa,
Yay! Aku kuat,
Yay! Aku juga unik,

Nampak tak kesan di situ?


Jangan cuba peritkan neuron dengan menghentam bertubi-tubi mereka dengan jutaan soalan, kenapa, kenapa, kenapa dan kenapa..

Cuba sekali tukar kenapa kepada bagaimana.

Bagaimana kita harus selesaikannya?
Bagaimana aku mampu hadapi ini? Apa aku perlu orang lain untuk bantu aku?



Kenapa itu bikin gundah gulana,
Bagaimana itu keamanan surga jiwa tiada neraka.

Maka, pilihlah sayang~