Tuesday, June 11, 2013

# Nota 47 ~ Soretan Sore

Bismillahirrahmanirrahim..






Di suatu petang,
Terdengar aku derapan,
Derapan apa itu,

---Jangan tegur orang sana bilang

Mungkin ilusi dan imaginasi aku sendiri,
Yang pasti,
Aku mahu aku berjalan di jalan itu yang satu,
Aku tidak mahu,
Aku diganggu,
Oleh jalan yang dua, tiga atau apa-apa sahaja.


Aku terdengar lagi

---- ish, jangan tegur!


Aku tidak mahu sesiapa pun mengawal aku,
Aku tahu aku perlu kawal diri aku,
Sebelum aku dikawal yang lain,

Jangankan yang lalu,
Yang masa kini juga belum tentu,


--jangan dikenang yang lalu


Aku bukan mengenang yang lalu,
Yang lalu itu aku,
Yang sekarang juga aku,
Pijaknya langit ini oleh aku,
Yang lalu dan yang masa itu,

Maka,
Aku masih yang sama,
Nanar dan samar mencari jalan.



Kita semua manusia yang sama yang ingin mencari tujuan dan arah tuju sendiri. Tuhan itu sendiri meminta kita sendiri yang mencari diri sendiri. Jangan pernah ada ruang yang gelap yang mempengaruhi arah tuju ini walau sekecil kuman itu.

Tapi kita kan manusia?

Siapa kita yang menidakkan lemahnya nafsu, bergegar nya iman, bila mana kita di duga rencaman jiwa dan raga. Maka,perlunya sokongan, untaian, rantaian yang penuh dengan mutiara kasih dan sayang yang berpandukan Dia yang satu.

Saya juga seorang yang sangat terhuyung hayang. Adakalanya baiknya seakan tidak mempercayai, adakah ini aku yang berbuat baik ini. Adakalanya jahat, seakan, mahu mengeluarkan segala nanah, kudis yang merasuki diri ini.

Sungguh pilu.

Aku mohon, aku menjadi yang biasa-biasa sahaja. Aku mahu menjadi seorang yang di tengah-tengah, yang mampu mendidik diri menjadi sesumpah, yang boleh bertukar warna, mengikut keadaan dan waktu.

Sesumpah yang baik. Baik sahaja.

Ohhh~ panjang hari ini aku sudahi dengan muhasabah diri aku yang kelam..





# Nota 46 ~ mai secawan

Bismillahirrahmanirrahim..






Dek secawan kopi,
Bermula setiap pagi.

Dek secawan kopi,
Jangan lupa mandi.

Dek secawan kopi,
Betulkan niat ikhlas kan hati.

Dek secawan kopi,
Tingkatkan prestasi majukan diri.

Dek secawan kopi,
Selagi belum mati jangan pernah lupa diri.


coffee by ~ armony20



# Ohh, saya amat la, amaaat sangat. Ha, sudah la amat, sangat lagi. Ish2 penggunaan bahasa yang salah ye adik-adik sekalian. Saya amat menggemari kopi.Ok. NI baru betul. haha. Maka setiap pagi saya mulakan kerja-kerja di opis dengan secawan kopi. 


#Kopi saya boleh digantikan dengan nescafe or indocafe.  Tapi saya lebih prefer indocafe dek ringan sikit berbanding nescafe. haha. Tapi kalau minum kopi opah lagi baguihhh sebab pure kopi, tanpa campuran yang pelik ;)


# Kopi ssetahu saya la kan, anti oksidan. awww~ good kan? Sudah ciptaan Dia tidak pernah merugikan semuanya berpekdah-pekdah belaka. Use it wisely!


# Selamat pagi kalian di luar sana ;)

Monday, June 10, 2013

# Nota 45 ~ tarikh keramat

Bismillahirrahmanirrahim..






Hari 1 Syabaan,
Moh la kita berpuasa,
Hidup bukan letakkanya diserban,
Hidup letakkannya dijiwa ada Dia.


Hari ini hari sejarah,
Bukan sejarah tetapi keramat,
Orang bilang ada hikmah,
Inilah dunia manusia sejagat.





# hari ini hari yang emmm, tak tahu nak definisikan sebagai hari apa. Sebab semua nya salah sendiri. Mungkin memang not RM 155.00 bukan milik ku..huhu. redha. Itukan hak milik Dia?

# senyum. Jangan mudah melatah apabila terjejas dek satu dakwat hitam. Kerana yang lain masih putih. Apalah sangat dengan 1 titis  hitam itu kan ?