Monday, March 31, 2014

# nota 2014 (24) ~ takkan sama

Bismillahirrahmanirrahim. .

Sedangkan keluarnya anak adam itu dari rahim yang tidak sama,
Inikan pula takdir yang membawanya terus dewasa,

Hidup ini tidak akan pernah sama,
Walau kita berkongsi nama yang serupa..

Thursday, March 27, 2014

# nota 2014 (23) ~ Al- Hadid [22-23]

Bismillahirrahmanirrahim..




" Tidak ada sesuatu kesusahan (atau bala bencana) yang ditimpakan di bumi dan tidak juga yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia ada di dalam Kitab (pengetahuan kami) sebelum Kami menjadikannya ; sesungguhnya mengadakan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah..

" (Kamu diberitahu tentang itu) supaya kamu tidak bersedih hati akan apa yang luput daripada kamu dan tidak pula bergembira (secara sombong dan bangga) dengan apa yang diberikan kepada kamu dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang sombong, takbur lagi membangga diri.."

 - Al-Hadid, [ 22-23]


Terlalu banyak perkara yang sedang singgah menghinggapi ruang legar mata ini. Terlalu banyak juga yang perlu diselanggara sejak kebelakangan ini.

Pahit, manis, tawar, masin segalanya bercampur aduk aneka rasa agaknya. Ya, agaknya. Ikutlah tiap lidah yang merasa, hati yang terkena.

Biarpun sungguh begitu, kudrat manusia itu hanya segumpal darah yang perlu dinyahtoksin setiap hari.

Adakalanya segar, bersihlah isi seluruh badan.

Adakalanya masih ber baki sisa yang hitam, yang kelam, lemah lagi pitam tubuh bagai merasa nya.

Mungkin apabila tahap ke dewasaan sudah tiba pada tahap yang tertinggi, keadaan sesuatu musibah dipandang dengan penuh kematangan sekali. Tetapi itu mungkin sekali. Tiba kali kedua, tidak lagi. Segalanya merubah jiwa dan raga sehingga mampu mati.



------------------------------------------------------------------------------------------------------------

sayang,
Sungguh aku tidak berada dalam diri mu, doa dan kata akan sentiasa singgah dalam tiap gerakku..yang 5 kali itu..inshaAllah..


Moga aku akan terus ingat ini,
tidak akan siakan pengorbanan ini..
Iya..

Itu pengorbanan, 
apabila kita menyerahkan harta yang paling kita harapkan , 
mampu kita milik hingga akhirnya, 
namun, 
hadirnya sehingga ..... 
aku tidak mampu ungkap itu..

Aku tahu, 
itu perngorbanan yang terbesar yang akan engkau lakukan.. 

Aku harap engkau sedang redha sayang, 
Ya, 
apabila kita redha, 
biar umpama hati itu luluh hancur berderai, 
tidak mampu bercantum kembali, 
namun Dia tahu. 
Dia lebih tahu sakitnya itu, 
sesaknya itu, 
punah nya rasa itu..

Inilah katanya kasihnya Dia,
Mahu kita tidak jauh dengan Dia setelah kita gembira,
Mahu kita tidak leka walau kita sudah tidak papa,
Sayangnya Dia dengan kita..

Biarlah hanya Dia tahu. 
Semoga Dia menempatkan engkau dalam kalangan mereka yang terpilih ..

Mungkin zahirnya yang hitam belaka hendaknya. 
Namun harapkanlah yang indah-indah sahaja ya sayang?

Yang indah-indah disebalik dukanya ini..

Yang putih-putih belaka,

Gegarnya dunia kerana hebatnya orang ini menanggung gelap dunia meraka untuk pelangi dunia mereka yang lain. 
Subhanallah, 
kuasa apakah yang Tuhan sedang serapkan pada tubuh orang-orang seperti engkau ini?

Sayang,

Aku ada. 
Aku sentiasa ada. 
Aku sentiasa ada. 
Aku kaku melihat ini kerana aku tidak mampu berbuat apa. 
Aku sedih. 
Aku umpama patung bernyawa. 
Aku bisu .

Tip tap tip tap tip tap....

Bunyi itu sahaja menemani malam ku semalam, dan mungkin hari ini juga, dan mungkin esok, lusa..mungkin..


Sayang,
Jangan sedih ya?
Ya, aku tahu hati engkau mulai nangis. Mulai belajar menangis.
Semoga kata-kata Tuhan di atas itu, sedikit mampu menyapu luka di hati mu ya sayang?
Ya, tidak mengapa walau sedikit,
Sedikit-sedikit, 
Selamanya terbinalah singgahsana bertakhta di hati,
inshaAllah sayang,
Kita bina sama-sama apa yang kita inginkan ya sayang?





Monday, March 17, 2014

# nota 2014 (22) ~ baik

Bismillahirrahmanirrahim. .

" Agama itu sangat mudah dan sesiapa pun yang membebankan diri dengan agama secara berlebihan maka dia tidak akan sanggup menanggungnya. Jadi engkau tidak perlu berlebihan tetapi cubalah mendekati kesempurnaan. Dan terimalah khabar baik bahawa engkau akan diberi ganjaran. Dan mohonlah pertolongan (daripada Allah) dengan melakukan solat pada pagi hari, siang dan penghujung malam. "

----------------------

Oleh kerana itu, tidak pernah sedikit pun kita ini dipaksa untuk kearah yang lebih baik.

Kita berhak menentukan yang baik untuk diri kita.

Dan yang baik, yang suci, yang jujur itu hanya bole dihadam dengan rasa ikhlas dan ihsan yang Dia seringkali dorong buat kita hamba-Nya..

Semoga kita selalu dikalangan orang-orang yang sentiasa ingin menjadi baik dan ada orang disisi kita yang selalu memperbaiki diri kita menjadi orang yang lebih baik..

InshaAllah

Hadam ini untuk malam ini :)