Monday, November 23, 2015

Hanyir

Bismillahirrahmanirrahim..

Alkisah...

Nak bagi tau...

Kenapa masih ada bau hanyir ikan atau ayam (sebab ari ni makan lauk ayam, ikan langsung tak dak dalam peti tapi ada bau hanyir macam bekas ikan) walaupun dah cuci 1 dapur..?

Stressssnyaaa :(

Ni menjadi masalah orang yang OCD macam saya.. Dah penat sental sinki...lantai..dinding tepi sinki kot la tercalit kesan darah ayam tu ke..tapi masih ada bau hanyir tu.. abis semua.mende di dapor dihidu-hidu untuk cari kesan bau hanyir tu di mana..

Emmm

Tidolah macam ni..esok sambung sental lagi kalau masih bau..

Emmm..tapi haih...

Sunday, November 22, 2015

Kembali

Bismillahirrahmanirrahim...

Melihatkan post yang terakhir tanggal 26 Februari 2015, waktu itu saya masih lagi solo. Haha..

Aduhai..

Begitu lama tidak menjejakkan tapak kaki sendiri ke ruang sendiri yang sebegitu meriahnya suatu ketika dahulu (dahulu sangat..padahal baru 2 3 taon ni je ha berblog, haha).

Dan sekarang, kehidupan saya pun dah bertambah daripada 1 menjadi 2 dan mungkin menjadi 3 dan 4..haha..inshaAllah :)

Alhamdulillah, tanggal 7 mei 2015 yang lalu, dengan izin-Nya,  saya sudah pun selamat diijabkabulkan dengan seorang lelaki yang biasa-biasa sahaja orangnya 😊

Majlis pun biasa-biasa. Haha..sungguh pantas masa berlalu, tidak menyedari kini sebumbung dengan lelaki yang bernama suami sudah 6 bulan yang semakin menjangkau ke setahun..

Alhamdulillah. Semoga Dia, berkat doa mak ayah, sahabat-sahabat, memanjangkan lagi usia perkahwinan ini sehingga ke syurga..inshaAllah 😊

Macam tak pecaya pon ada..hihi..

Thursday, February 26, 2015

kecukupan dari-Nya

Bismillahirrahmanirrahim..





Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..



Cukup. Cukup dengan segala yang kita punyai sekarang. Ya, saya dengar kata hati anda semua kerana saya juga begitu. :p

Aku tak dapat pakai mini cooper lagi..

Ala, enpon cikai macam ni je ke..

Ala, teringin jugak nak ada rumah atas tanah, asik tak pijak tanah je..


Begitu banyak keinginan yang tersusun rapi mengikut tahap keistimewaannya di hati. Semua manusia pasti mengimpikan sesuatu yang dicita-citakan bertahun lama nya sehingga mampu mengecapinya.

Adalah tidak salah mempunya iltizam dan cita-cita yang mendorong ke arah kebaikan diri mahupun sejagat.

Yang tidak sihat nya, SEKIRANYA, motivasi atau iltizam sudah berubah tiga ratos enam puloh darjah nya kepada yang NAFSU.

Mungkin belum tiba masanya kita untuk ke arah itu. Kita merancang tetapi ada yang telah mempersiap siagakan rencana perjalanan kehidupan kita. Dia yang pasti mengatur molek dan baik benar agar kita mampu serasi dan benar-benar belajar mengenai kehidupan..

Bagi saya,


Saya menggunakan My Vi, akan tetapi, saya selalu merasakan saya sedang menaiki Mini Cooper, kereta idaman, berbumbungkan Dam haji. hihi.

Tetapi saya bahagia..

Kerana apa?

Kerana bagi saya, bukan nilai atau rupa itu yang menjadi taruhan, namun erti memiliki sebuah kenderaan sendiri dengan  titik peluh sendiri, dengan izin Tuhan lebih menjadikan My Vi itu merupakan sebuah hadiah yang sangat berharga untuk diri ini. Alhamdulillah. 


Mudah-mudah, kita mampu sentiasa berasa cukup.


Dengan kecukupan ini, inshaAllah, He will give us more and more.



Salam sayang,
Penulis kerana lily