Thursday, December 8, 2011

lessOn 131

Bismillahirrahmanirrahim..




Selamat pagi!
Lameeenyeee kali ni membiarkan ia berdebu2 seribu juta kali tanpa di buang seinci pon debunye ye. Terasa hari ini baru boleh nak melogin dan menaip dengan keadaan tenet yang terkemut2 ye,huhu.

Macam mana ari ni? jiwa dan fizikal ada sihat kah? Nak bace lessOn tak?




Walaupun, lesson hari ini agak terlewat keluarnye di belog ye, heee, tapi mimi saje nak penuhi Kerana Lily ni dengan lessOn2 yang mungkin kekadang diri mimi sendiri lupo. Samping ingat diri sendiri, bole ingat2kan kawan-kawa  mimi kan?

Hari ini dah 12 Muharam kan? So bermakna 2 hari yang lepas adalah hari yang bermakna juga dalam sejarah kalendar Islam kan. Asenya ramai yang dah tawu kan. Tak pelah. Mimi nak cakap jugak. hehe.

Apa yang berlaku pada 10 Muharam?
1) diciptakan Nabi Adam dan dimasukkan Nabi Adam dalam syurga.(Imam Al-Ghazali, kitabnya, Mukasyafatul Qulub)
2)Diciptakan arasy,kursi,langit,matahari,bulan,bintang.
3)Dilahirkan Nabi Ibrahim,diselamatkan Nabi Ibrahim daripada api Namrud.
4) selamatnya Nabi Musa dan pengikutnya.
5) Lemasnya Firaun.
6) Dilahirkan Nabi Isa dan mendaratnya Nabi Nuh di atas bukit Judy.
7) Nabi Sulaiman diberi kerajaan Besar.
8) Dikeluarkan Nabi Yunus dari perut ikan nun.
9) Nabi Ya'akub dapat melihat kembali daripada buta.
10)  Dikeluarkan Nabi Yusuf dari telaga buta.
11) Disembuhkan Nabi Ayub daripapada penyakit dan hujan pertama yang membasahi bumi.

Dan peristiwa yang hangat untuk kita ingati pada 10 Muharam, adalah terbunuhnya cucu Nabi Muhammad S.A.W, Saidina Hussain di Karbala.

Maka, apabila berlakunya peristiwa sedemikian, umat Islam disunatkan untuk berpuasa bagi memperingati peristiwa yang berlaku disebalik 10 Muharam itu. Terdapat banyak hadis yang mengutarakan cara berpuasa untuk berpuasa pada Hari Asyura, bagi membezakan agama Islam dengan amalan agama lain.

Diriwayatkan daripada Mu'awiyah Abu Sufyan, aku mendengar Rasulullah S.A.w bersabda,
"Ini adalah hari Asyura dan tidak diwajibkan ke atas kamu berpuasa sedangkan aku berpuasa. Maka sesiapa yang hendak berpuasa maka berpuasalah dan sesiapa mahu (tidak berpuasa) maka berbukalah dia (boleh tidak berpuasa)." (Hadis riwayat Bukhari)

Terdapat banya Hikmat disebalik puasa sunat pada 9,10 Muharam ini. MUngkin ini dinampak sebagai suatu yang "kecil" kerana sifatnya yang sunat. Walaubagaimanapun, hadirnya dalam setiap kali kalendar Islam itu amat dinantikan.

Rasulullah S.A.W. berkata, " Semoga dapat dihapuskan dosa di tahun yang lalu," apabila ditanya kepada baginda hikmah berpuasa pada 10 Muharam ini. Subhanallah :)

Ternyata Allah itu Maha pengampun. Begitu banyak ruang medan diberikan kepada kita untuk memperolehi pengampunan ke atas dosa kita yang lalu, cuma hanya diri kita sahaja yang mahu atau tidak menggunakan kebaikan ini untuk diiri kita sendiri.

Semoga masih ada kesempatan dan peluang kita menemui 10 Muharam ini lagi. InsyaAllah :)




Monday, December 5, 2011

Abai soal halal dan haram

Bismillahirrahmanirrahim.. 



Masa di kampung ni, banyak sangat otak ni berpikir yang pelik-pelik, sampai ada suara yang berkata-kata,

" akak ni, tahulah bakal engineer, kenapa satu hari ni, banyak tol soalan akak, soalan yang pelik-pelik pulak tu, grrr," marah tia, adik mimi.

Hehehe, engineer memang banyak soal ke? Wallahua'lam, tengah berusaha mintak keje jadi engineer la ni..hehe=p

Tapi tak de kene mengena dengan ape mimi nak cite ni.hehe. Nak bercerita tentang pandangan atau pemikiran segelintir lah, segelintir bangsa saya sendiri, sebab terjadi depan mata sendiri jugak.

NI lepas tengok cite sempena Maal Hijrah, kat Tibi 3, yang tajuknya, "Setitis Hidayah". Sape tengok?

" kalau nak berjaya dalam hidup, tak payah pikir soal halal haram. BUkan boleh sampai ke mana pon!!"

Ni antara dialog dalam skrip cite tulah, lebih kurang la. pergh! kalau tak tengok muke orang yang cakap ni pon, dah dapat rasa, belagak giler orang ni. hehe. Dia tu tuhan ke ape?

Sama jugaklah terjadi kat mimi. Eh, bukan mimi, opah dan makcik mimi. Rumah yang kat kampung ni, ambil masa lama jugak nak siapkan, lebih daripada limit masa yang dijanjikan.

"ohhh, nanti saya sambung balik, ni tak sihat ni.." walhal, sedaaaap je goyang kaki, baca suratkabo, borak-borak kat kedai, gelak-gelak. Tak sihat ye, memang tak sihat bebenau la. Kantoi dengan makcik mimi, terus tukar kontraktor lain, kontraktor yang lain.

Akhirnye,rumah dapat disiapkan kurang dari limit masa. Alhamdulillah, masih teguh sampai sekarang. Bila dah jadi macam ni, dah macam lebih kurang macam dalam cite drama tu.

Jangan soalkan halal dan haram dalam buat keje?

Anak dah kene himpap dengan rumah buatan sendiri yang dibuat cincai2 sebab "jangan soalkan halal dan haram", baru terasa langit tu tinggi sampai ke mana.

Duit yang kita dapat, hasil daripada pekerjaan kita adalah "amanah" daripada Tuhan , untuk kita sempurnakan kesejahteraan manusia, kekurangan, keperluan manusia lain.

Soal "halal dan haram" tu bukan lagi soal paling hujung. Soal yang paling mutlak , wajib di beri anak tangga yang pertama sekali. Dengan mengingati soal "halal dan haram" inilah menjanjikan, segala amal pekerjaan itu ada berkat daripada Tuhan ke tidak.

Bila sudah hilang berkat tu, jangan ditanya bila terjadi macam-macam bencana. Duit sentiasa tak cukup, tak senang hati, dengki mendengki tok sah kire lah kan. Sebab natijahnya semua daripada diri sendiri, yang suka memperlekehkan "soal halal dan haram".

Mungkin kesan takkan kita nampak sehari dua, esok lusa. Lambat laun, mesti terbongkar kekuasaan Allah itu.

Soal halal dan haram, jangan lah dilekehkan. Kerja biar sempurna, supaya hidup sentiasa bermakna.Wallahua'lam.. 

malam2 bebel je kan..heee.Selamat malam kome!



dibebel pada,

12.14am, 291111, selasa.




kamPung's LiFe

Bismillahirrahmanirrahim. 



Mesti ada yang sudah menggapai awan biru, dan ada yang masih disisi Laptop, mencapai pautan maya, ehemm3, macam mimi la, sedang mula baru untuk mengarut diwordpad macam biase lah kan. :)

Lagi seminggu lebih mimi akan berada di Perak Tanah tumpah tempat lahir ku, sabtu depan dah fly2 away back to kota kinabalu lah. huhu. Ase sayu pulak. Meninggalkan dua orang yang sudah dianggap seperti "omak" (opah dan makcik).

Walaupun, Gerik ni, tak de ape2 pun, internet tu toksah cite la kan, pengguna streammyx oklah kot, yang lain2 ni macam "tersangat okeh" je, dengan ketenangan damai jek di jalan raya, bizinya hanya sekali dalam setahun. Tahu tak masa bile? Masa 2,3 hari lagi nak Raya Aidilfitri. hehe.

GErik transform jadi KeyEL kot. hehehe. Kagum kejap. Begitu ramai orang kampung yang berhijrah ke bandar kan. Sekali balik, pergh, tak cukup laman rumah, nak isi size2 keta yang gedabok2 ha, tapi rumah opah maintain jek, sebab 2 orang je anak.hehe.

So, dengan kemudahan infrastruktur yang masih di tahap emmmm begitu jauh untuk menjadi Keyel kan, makanya mungkin yang merasa boring bila menetap di sini. hehe. Apa yang menaikkan Gerik ni pun, mungkin dengan keindahan Hutan Belum, the Royal of Belum Forest. Ada Raflesia taw. Tapi mimi sendiri tak penah tengok lagi la.hehe. So, tak boleh nak cakap kencang sangat, nanti orang tak pecaye, kan kan? :P

Walaubagaimanapun, dengan beradanya mimi di Gerik, kampung mak ni, membuatkan banyak juga perkara yang mimi pikirkan. Pemikiran manusia di dunia yang masih belum terbuka luas, berbeza dengan pemikiran manusia yang di dunia yang terlalu bebas di luar sana.

Macam-macam mana pun, tetap ada Pro dan Cons nya untuk kedua-dua keadaan. Baik yang di kampung, mahupun yang hidup serba lengkap di bandar kan. Mimi bertuah jugak merasa hidup di kedua-dua tempat ni, sebab dapat tahu ragam-ragam orang ni. :)

Ajen berjalan, luas pengalaman kan. hehe. Mak ayah dok lain, belajo kat lain, kampung kat lain. Anak askar pulak tu, aihhh. Memang merata riti penah merasa. Baik kehidupan yang susah, mahupun sederahan. Kaya setakat ni belum lagi lah. hehe.

Walaumacam manapun, tiada kampung, tiada petempatan awal, tiadalah kehidupan bandar yang maju lengkap serba serbi kan.


Paleolitik>>Mesolitik>>Neolitik>>Zaman Logam >> ........(lengkapkan, kome cinta sejarah kan, heeee)



Apabila berada di kampung, terlalu banyak bende yang akan ditinggalkan. Bukan setakat internet je, tapi macam2 lagi la. Apa bende nye? Hiduplah kat kampung dulu, dan alaminya, baru taw.hehe. Dan apa yang ditinggalkan itu, kadang2 membawa kesan apabila kita dah jadikan sebagai rutin, dah akhirnya sebagai amalan kehidupan seharian.

Dan kita akan terus tinggalkannya sehingga kita sudah keluar dari kampung itu. Apa lah tu kan? hehe. MImi harap kome dapat memahami apa yang kita "tinggalkan" itu ye. Hehe. InsyaAllah, masih ada yang tersembunyi, yang masih banyak kita belum rungkai bila berada di kampung, dan tugas kita, untuk kasi rungkai segala yang tersimpan itu. :)

Wooo,banyak nye bebel. hehe. Sampai sini sahaja. Selamat malam!


p.s:
yang dibebelkan,

12.37am,Jumaat,02/11/2011.