Friday, December 9, 2011

lessOn 132

Bismillahirrahmanirrahim.




Selamat tengah hariiii!
heeeee... pagi2 tadi dah berkejaran menghalau kambing dari meninggalkan tahi mereka di depan rumah opah..aiyooo..kacau waktu tido aihh..heeee..

Dok embeeeeekkkk embeekkkkkk je.Maka acara selepas subuh digantikan dengan ektibiti menghalau kambing ye. =]

hari ni macam terajin berbelog walau tenet kemut2 kan, so lesson hari ini?



Kadang-kadang tanpa disedari, segala yang kita lakukan sedikit sebanyak mencurik ketenangan dan kedamaian hati orang lain, dan tidak semenanye hati mereka mereka itu akan terusik lalu luka dan sakit. Ini nama lain bagi mengecilkan hati orang lain atau membuat orang lain terluka...


Mungkin kita sudah beranggapan, kita dah berikan yang terbaik 105% dalam kita bersahabat, dalam kita berkasih sayang. Tapi, kita masih tidak akan lari dari cabaran untuk menjaga dan memelihara perasaan orang di sekeliling kita selagi kita masih hidup ini.


Mungkin apa yang kita boleh buat, dengan lebih berhati-hati, lebih mengutamakan FIKIR dahulu sebelum buat. Satu kelemahan diri, diri mimi sendiri, BUAT dulu baru FIKIR. Kalau tidak melibatkan hal orang lain, mungkin boleh lagi dimaafkan tapi kalau sudah terlajak berbahasa, macam mana nak padam balik? gune liquid? guna pemadam?




Manusia itu memang tiada yang sempurna. Sebanyak mana sekalipun kebaikan dan kesempurnaan yang didambakan, mesti tercalit sedikit kekurangan dimana-mana. Sekalipun tidak terlihat dimata kasar orang lain, di mata Dia, sedikitpun tidak akan berjaya disorok, di padam.


Apa yang perlu dilakukan?


Setiap hari, berazam, berdoa dan berusaha menjadi yang terbaik. Walau tidak mampu memuaskan hati semua yang disekeliling, cukup dengan tidak menimbulkan sebarang kehuru haraan yang lebih memburukkan keadaan. 


Mungkin hari ini kita tidak berjaya berada disisi sahabat di kala dia kesusahan, tapi Doa yang dikirim dari jauh untuk sahabat akan akan menjadikan kamu dekat dengan dia walau kamu jauh.


Mungkin plan A tidak berjaya, namun masih ada plan B yang mendokong menjayakan plan A.InsyaAllah, percaya dengan rahsia "kebaikan", pasti ada hikmah yang akan terbongkar. 


Salam jumaat semua! :)



Thursday, December 8, 2011

8 disember 2010

Bismillahirrahmanirrahim..








setahun yang berlalu
sekelip pantas kunang-kunang yang mewarnai malam di..
kerana dingin bayu itu
kami tidak pernah berganjak dari langkah yang terus ke depan,
walau mungkin ada sengketa,
matlamat utama masih dihadapan,
itulah indahnya bercinta dengan ikatan yang ikhlas dari hati,
bercinta dan menyemai kasih dalam bersahabat,
tidak pernah akan terhenti di sini..
sentiasa terus malar segar tumbuh merawati keuzuran umur ini..
insyaAllah..


p.s:

Dah setahun sesame berkerja keras dengan classmate SEP 2007/2011 UTM ke Seoul Korea, tapi kemanisan nya masih terasa, aduhai, rindunya la dengan mereka.. T__T

...........

8 disember 2010 ini juga
menjadikan 11 tahun yang lalu,
kembali mewarnai hidup tanpa diduga sekalipun..
terima kasih kamu!

rahsia Tuhan itu amat indah!
yakinlah! :)



meNu waJib

Bismillahirrahmanirrahim.. 





Apakah menu utama selama sebulan berada di kampung tercinta? 

Nasi putih+ ikan goreng+ sambal tempoyak + ulam kacang botol atau ulam2 yang patot



heeee, 3 menu di atas mesti wajib ada. Yang lain2 tak de pon tak pe sepanjang sebulan mimi berada di kampung ini. Kebetulan, wilayah sekitar Perak ni, tengah hebat berbuah duyannya. Maka, sebelum kami balik ari tu lagi, opah dah siapkan tempoyak dan simpan dalam peti.

Dan hasilnya?

Dari setupperware eskem beso tu dah tinggasl suku tempoyak je,hehe. Nak tinggal untuk sapa pun tak tawlah. Opah tak makan tempoyak, makcik lagi2 la tak makan. Yang gemo tempoyak hanya mimi, adik(baru belajo makan) dan omak la.hehe.

Nak bawa balik ke KK usung naik kapal, macam dah tak bape nak berani. Belum sempat beg discan, pakcik polis tu dah get ready,

"ada bawa durian ke cek?"

errrrrr, saya sedia maklum tak pandai menipu, maka tok sah la bawak kan. ISi la perut sepuas2 nya dengan tempoyak kat kampung ni. Mengulang ke tandas pon sangat kerap ye. hehe.

Sapa minat tempoyak jugak?



dibebel,

02.12.2011,Jumaat, 4.07pm.