Bismillahirrahmanirrahim..
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Pemurah..
Rasanya disebabkan terlalu banyak masa yang dilapangkan inilah yang membolehkan menulis di blog semula. Tapi nak tengok tahap ke istiqomahan nya ni tak taula kan :p
Sedikit sebanyak nak berkongsi serba sedikit yang sedang berlaku ketika ini..
Alhamdulillah, penantian semakin menuju ke pengakhiran. Tetapi diselangi dengan sedikit dugaan.
Pada awalnya terasa amat down sgt keadaan diri tetapi melihatkan sokongan dan dorongan daripada masyarakat sekeliling terutamanya suami, alhamdulillah..sekarang ni bertambah positif nya..
Dipendekkan cerita, kini saya telah hamil 9 bulan, alhamdulillah.. walaubagaimanpun..haaaaa
Ni yang nebes ni kan nak cerita ni kan..
Heeeee..kemungkinan besarnya saya akan deliver baby secara ceaserean (pembedahan)
Sebab?
Heee.. sebabnya kedudukan plasenta (kalau kita panggil uri lah) berada berhampiran laluan untuk baby keluar apabila sudah tiba masa dia nak melihat dunia ini. Heee..
Adik special sangat ni.. dia takmo keluar secara biasa..nak jugak luar.biasa..hihi..
Keadaan ini dinamakan sebagai plasenta previa (PP). Berdasarkan penjelasan doktor dan pembacaan sendiri, PP ni ada banyak tahap, dan saya menghampiri tahap 3 , yakni
Tahap 1 - bole dikatakan low laying, mendekati pintu rahim
Tahap 2 - mendekati pintu rahim tetapi masih ada ruang untuk baby keluar
Tahap 3 - partially menutupi ruang pintu keluar
Tahap 4 - completely menutupi ruang
Pada usia kehamilan 28 minggu, doc mengesan masih di tahap 1 ke 2, maka dia advise untuk banyak berehat dan inshaAllah ada kemungkinan kedudukan akan naik semula menjauhi pintu keluar.
Walaubagaimanapun, apabila scan kali ke 3 pada usia kehamilan 35 minggu, doktor mengesahkan kedudukan plasenta di tahap ke 3, makanya bermulalah episod baru. Bermastautin di wad hospital sehingga tarikh bersalin.
Huhuhu..
Ketika itu kesedihan hati hanya Dia yang mengetahui. Rasa amat berat kerana akan menyusahkan insan yang tersayang di sekeliling apabila kena masuk ward. Hurmm..
Tetapi mengenangkan si kecil ni..tabahkan hati, kuatkan hati supaya keadaan lebih selamat dan terkawal.
Apa yang doktor concern, kandungan dah semakin sarat, contraction akan berlaku bila-bila masa, dan pendarahan yang banyak akan berlaku. Ketika itu masa yang diperuntukkan hanya kurang 20 minit sahaja untul selamatkan si ibu dan anak.
Mendengarkan keadaan ini, akur dengan segalanya. Belajar untuk redha dan berserah dengan apa jua jalan yang ditakdirkan untuk kita..
Makanya ward dah jadi rumah saya sekarang.. heeeee ..
Semakin hari semakin positif. Staf hospital semua banyak memberikan sokongan dan galakan. Alhamdulillah..
Hari ni dah masuk hari ke 7. Heee.. lagi 2 minggu ye adik, awak nak keluar dah. Hihihi
InshaAllah..
Nanti kita sambung lagi ye? :)