Tuesday, February 2, 2016

Part 4

Bismillahirrahmanirrahim.



Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih..

Huwaaaaa..i'm survive until now. Cukup-cukup 2 minggu bertabah menjalani kehidupan di ward yang agak krikkk krikkk ni..

Berbaki lagi 8 hari untuk menemui si comel inshaAllah ;)

Tak baik kata "bosannnnyaaaaaa......" tapi hakikatnya begitulah..

Ibu-ibu yang datang keluar dan masuk. Alhamdulillah, terpampar wajah gembira menerima seorang ahli baru yang comel :)

So far, keadaan saya baik-baik sahaja, tiada bleeding, no contraction, no abdominal pain, alhamdulillah..

Moga czer nanti berjalan dengan baik..inshaAllah :)

Melihatkan pelbagai gelagat manusia di sekitar ward ni membuatkan diri ni sentiasa cepat-cepat mahu menelek balik diri ni.

Ada yang seakan lepaskan marah kepada si comel yang merengek kehausan susu.. berdoa dalam hati semoga aku nanti tabah dan sabar menempuhi alam baru yakni alam menjadi ibu :)

Melihatkan si ibu risau kan keadaan anak yang masih kuning dan tidak turun-turun.. membuatkan diri ni berdoa semoga aku dapat menahan emosi kerisauan dan sentiasa bersangka baik, mudah-mudahan so comel cepat sembuh..

Sungguhla orang berkata, hanya dengan melihat pada alam, kita mampu peroleh ilmu dan pengalaman..

Semoga Tuhan lindungi kita, berkati hidup kita serta limpahi kasih dan sayang Nya dengan sarat sekali ke dalam kehidupan kita..

Aminn.. ya rabb..

Saturday, January 30, 2016

Part 3

Bismillahirrahmanirrahim..

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagu Maha Penyayang..

Sudah berapa kali tangan ni asyik nak menaip je tapi mengenangkan kena taip through phone, malasnya la aih..hihi..

Tapi...tapi..

Memandangkan malam yang ke 11 ni agak sunyi lagi bosan nya tak terkata dah, pujuk la jugak jari jemari buat senaman di keypad phone yang agak comel ni..hihi..

Pejam celik dan terus pejam celik, sudah 11 hari menjadi warga hospital selayang di unit O & G ni. Makanya dengan rasmi masih berbaki 10 hari menuju hari keramat sayangku si comel melihat dunia ;)

InshaAllah..

Jujurnya la kan..

Sepanjang berada di sini, banyak jugak hikmah dan ilmu yang dipelajari..alhamdulillah..terasa mungkin ini sedikit sebanyak nikmat yang mungkin Allah ingin kita cari dan hargainya.. mudah-mudahan begitulah kan? :)

Setiap hari melihat ibu-ibu menahan kesakitan untuk melahirkan zuriat sudah cukup membuatkan diri ini bertanya kembali kepada diri sendiri

Aku ni dah cukup bersedia ke nak jadi ibu?

Apa yang dah aku sumbangkan untuk ibu ayah aku yang bersusah payah nya lahirkan aku, terutama ibu yang menanggung kesakitan luar biasa tu?

Dah cukup ke amal ibadat ku kalau-kalau umur aku mungkin tak panjang apabila aku melahirkan zuriat aku..

Apa aku dah mohon maaf ke kat semua orang sebelum aku berjuang ni..

Macam-macam segala bentuk soalan keluar masuk dalam kepala macam keadaan neuron yang laju bergerak tu.. subhanallah..

Mungkin dulu terlalu fokuskan kerja sehingga agak lalai dalam memikirkan soal yang lain..haih..sedih rasa :(

Moga masih ada kesempatan untuk diri ni kembali ke yang hakiki nya..

Benarlah orang kata..

Kalau tak mau hidup terpesong, ingatlah pada mati..

Okay, nanti sambung lagi nah :)

Wednesday, January 27, 2016

Part 2

Bismillahirrahmanirrahim..


Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..


Bertemu lagi kita di sesi temu bual. Haha..Aduhai, jemu sungguh menanti hari untuk dipertemukan dengan sicomel jantung hati ni :)

InshaAllah..

Masuk hari ni, dah hari ke 8 menjadi warga pesakit di hospital ini. Tak tau nangis ke nak apa. Haha..

Bulatkan dalam hati agar sentiasa positif dengan segala yang berlaku. Hakikatnya, setiap ibu pasti mahu kehamilannya sentiasa berada dalam keadaan bail dan dapat melahirkan anak secara normal.

Kita yang merancang, tuhan yang menentukannya kan?

Semoga si kecil yang di dalam jugak kuat dan tolong emaknya menjadi penyabar dan tabah menanti kehadiran  ke dunia ni lebih kurang 14 hari lagi.

Perasaan?

Haruslah bercampur aduk segalanya kan.

Happy? Mestilah happy, tak lama lagi nak jumpa si comel ni. Tak sabar nak bawu anak syurga :)

Nebes? Ini lagilah opkos. Hihi. Cahaya mata yang pertama. Dan yang lagi nebesnya sebab si comel nak keluar dari tingkap pulak. Banyak akai sungguh.

Sudah kata keluar dari tingkap, banyaklah penjagaan rapi yang harus dilakukan..Bersedialah ye cik aimie amalina. Hihi

Sedih? Sedih dengan keadaa  begini berjauhan dengan insan tersayang. Tambahan pula si suami ke hulu hilir menjenguk isteri di hospital. Huhu. Sungguh terharu dan tiada apa yang mampu mengganti pengorbanan masa si suami. Terima kasih sayang atas segalanya..

Kalau mahu dihitung, terlalu banyak yang mahu dibicarakan. Mudah-mudahan kuat untuk kami sekeluarga melalui detik-detik ini.

Melihatkan ramai lagi insan yang masih belum dikurniakan zuriat, melalui kesusahan yang lebih susah dari ini, seharusnya perlu teramat-amat bersyukur dengan apa yang diduga ini.

Tuhan duga sedikit sahaja, mungkin dengan dugaan ini buat kita lebih dekat, banyakkan bertaubat dan sentiasa menghargai detik waktu yang ada.

InshaAllah. Janji Allah tidak pernah sia-sia.

Makanan tengah hari dah sampai. Hihi. Jom makan dulu? :)

Tuesday, January 26, 2016

Part 1

Bismillahirrahmanirrahim..

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Pemurah..

Rasanya disebabkan terlalu banyak masa yang dilapangkan inilah yang membolehkan menulis di blog semula. Tapi nak tengok tahap ke istiqomahan nya ni tak taula kan :p

Sedikit sebanyak nak berkongsi serba  sedikit yang sedang berlaku ketika ini..

Alhamdulillah, penantian semakin menuju ke pengakhiran. Tetapi diselangi dengan sedikit dugaan.

Pada awalnya terasa amat down sgt keadaan diri tetapi melihatkan sokongan dan dorongan daripada masyarakat sekeliling terutamanya suami, alhamdulillah..sekarang ni bertambah positif nya..

Dipendekkan cerita, kini saya telah hamil 9 bulan, alhamdulillah.. walaubagaimanpun..haaaaa

Ni yang nebes ni kan nak cerita ni kan..

Heeeee..kemungkinan besarnya saya akan deliver baby secara ceaserean (pembedahan)

Sebab?

Heee.. sebabnya kedudukan plasenta (kalau kita panggil uri lah) berada berhampiran laluan untuk baby keluar apabila sudah tiba masa dia nak melihat dunia ini. Heee..

Adik special sangat ni.. dia takmo keluar secara biasa..nak jugak luar.biasa..hihi..

Keadaan ini dinamakan sebagai plasenta previa (PP). Berdasarkan penjelasan doktor dan pembacaan sendiri, PP ni ada banyak tahap, dan saya menghampiri tahap 3 , yakni

Tahap 1 - bole dikatakan low laying, mendekati pintu rahim

Tahap 2 - mendekati pintu rahim tetapi masih ada ruang untuk baby keluar

Tahap 3 - partially menutupi ruang pintu keluar

Tahap 4 - completely menutupi ruang

Pada usia kehamilan 28 minggu, doc mengesan masih di tahap 1 ke 2, maka dia advise untuk banyak berehat dan inshaAllah ada kemungkinan kedudukan akan naik semula menjauhi pintu keluar.

Walaubagaimanapun, apabila scan kali ke 3 pada usia kehamilan 35 minggu, doktor mengesahkan kedudukan plasenta di tahap ke 3, makanya bermulalah episod baru. Bermastautin di wad hospital sehingga tarikh bersalin.

Huhuhu..

Ketika itu kesedihan hati hanya Dia yang mengetahui. Rasa amat berat kerana akan menyusahkan insan yang tersayang di sekeliling apabila kena masuk ward. Hurmm..

Tetapi mengenangkan si kecil ni..tabahkan hati, kuatkan hati supaya keadaan lebih selamat dan terkawal.

Apa yang doktor concern, kandungan dah semakin sarat, contraction akan berlaku bila-bila masa, dan pendarahan yang banyak akan berlaku. Ketika itu masa yang diperuntukkan hanya kurang 20 minit sahaja untul selamatkan si ibu dan anak.

Mendengarkan keadaan ini, akur dengan segalanya. Belajar untuk redha dan berserah dengan apa jua jalan yang ditakdirkan untuk kita..

Makanya ward dah jadi rumah saya sekarang.. heeeee ..

Semakin hari semakin positif. Staf hospital semua banyak memberikan sokongan dan galakan. Alhamdulillah..

Hari ni dah masuk hari ke 7. Heee.. lagi 2 minggu ye adik, awak nak keluar dah. Hihihi

InshaAllah..

Nanti kita sambung lagi ye? :)

Di saat 438am

Bismillahirrahmanirrahim..


Dengan nama Allah, yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..


'...Adik, bangun ya, nak cek kejap..'

'...Ok...'

Seusai rutin yang dijalani untuk beberapa minggu ni, terasa nak belek handphone kejap..

Bukak whatssapp..

Kiriman dari kekasih yang dirindui :)

Sebak dan tersenyum
Macam biasalah, budak cengeng ni apapun nak jual ayaq mata orang utagha cakap :p

Terubat rindu..bertahanlah wahai diriku..penantian itu akan berakhir juga..kuat dan terus kuat..

Okay, dah boleh sambung tido sebab ayaq mata habih juai dah. Hihi.

Salam senin noh :)

Monday, January 25, 2016

Pembuka tirai 2016

Bismillahirrahmanirrahim..



Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih..

Sekejap ada, sekejap hilang, banyak sangat ke kerja cik aimie ni..haha :)

Begitu pantas masa berlalu sehinggakan tidak sabar menanti kedatangan si comel jantung hati :)

InshaAllah.

Terlalu banyak perkara yang berlaku sehingga hanya mampu direkod dalam memori dan ingatan sahaja (mudah-mudahan tuhan pinjamkan ingatan ini lebih lama buat saya dan kawan-kawan semua..hihi..tak sempat nak coret dalam apa jua bentuk medium pon..hihi )

Banyak dugaan,
Banyak halangan,
Banyak kesedihan,
Banyak keperitan,
Banyak kesengsaraan,

Tetapi..

Janji Allah itu pasti kan? Kekal yakin, usaha dan tawakal, sangat-sangat perlu ketika melalui saat-saat genting ini.

Di saat jatuh tersungkur seakan tidak mampu untul bangun lagi, cepat-cepat genggam dan gapai apa jua sokongan di sisi.

Alhamdulillah.. Tuhan hadiahkan kekasih hati yang hatinya teguh dan amat kuat sabarnya sehinggakan menggadai kehendak sendiri (sampai sekarang air mata masih lagi mengalir apabila teringatkan pengorbanan si suami ini)

Subhanallah. MasyaAllah.

Semoga Tuhan terus lindung dan berkati kekasih ku ini, untuk terus menjadi pembimbing kami menuju akhirat kelak.

Dan sekarang, tahun 2016 ini, sekali lagi diduga..dan alhamdulillah, dia masih seperti dulu , tidak putus memberi semangat dan dorongan (teramat positif sehinggakan terasa lucu pon ada. Hihi)

Nah..

Sekali tulis berjela pula :p

Mungkin sambung nanti. Boleh? :)