Monday, July 8, 2013

# Nota 50 ~ senin lagi

Bismillahirrahmanirrahim. .

Tiap kali mahu menaip
Bermula dengan ' # '
Tetapi '$'
Tertera
Apa aku mulai suka $ ka?
Nauzubillah

Jauhi..
Kita perlu '$'
Tetapi '$' bukan pembukanya
Luhur hati itu
Perlu disulam
Dianyam
Bertapa terus membatu dalam hati

Tuhan
Bantu aku..

Nota jejari:
As sebenonye keypad ni dedekat sangat antara '#' dengan '$'. Haha. Jari ku gemok dan gebu melampau :p

Sunday, July 7, 2013

# Nota 49 ~ redha

Bismillahirrahmanirrahim

Sekiannya aku hidup
Aku rasa
Aku masih nanar
Dan culas dalam tindak tanduk aku

Kenapa aku
Tidak menjadi seperti
Yang dahulunya
Manusia itu hamba

Maka tidak lagi
Aku sujud
Aku mahu terus dalam erti redha

Redha
Ungkap semudahnya gugur dedaun kuning
Geraknya pasti itu belum

Kenapa
-kerna buta dek mata
-kerna tuli dek telinga

Mana iman?
Senyum

Cari kembali sehingga jumpa
Pasti redha itu kembali menemani

InshaAllah..

# Nota 48 ~ se akhirnya

Bismillahirrahmanirrahim....

Seakhirnya,
Esok
Lusa
Dia datang lagi...
Moga aku
Berkesempatan
Kerana
Ini yang aku tunggu
Aku ingin dia
Dan dia

Insha Allah
Moga kesempatan itu Dia kurnia
Buat kesemua..