Monday, November 7, 2011

lessOn 114 ~ aidil adha kembaLi ke sini

Bismillahirrahmanirrahim..




Alhamdulillah,eheeeeemmmmmm, aihh, suara masih sengau2 dek tonsil, mata hanya mampu menengok jek rendang, huuu, maka tangan laju jek nak menaip, jengah2 belog tika eidul adha ni, sakit2 pon kene ceria2 kan? =.<

Pepagi lagi dah bangkit, semangat raya gamaknye, hehe. Sakit pon tetibe jadi koat. kiki. Sangat la superb! Terima kasih tuhan! =]

Raya2 pon ada lessOn ke? haruss la, special punye, eidul adha 2011 punye edition:



Bila baca keterangan makna ayat ni kan, terdetik di hati, bila agaknya aku nak pergi haji.. teringin sangat nak menjadi tetamu Allah di bumi yang suci tu kan. Melangkah ke bumi tu mesti tiada yang lain dimahukan, semata-mata mencari identiti siapa diri ini, mengenal pencipta, mengenal sejauh mana hati ni dah dilabuhkan kerana Dia..

Sesiapa pun, umat Islam, mampu atau tidak mampu, perlu ada cita-cita untuk menunaikan ibadah haji ni kan. Tiada lagi yang lebih bermakna, melainkan mengharapkan diri ini disucikan  dari segala titik noda dan dosa, apabila menunaikan ibadah haji ni kan.

haji mabrur, haji yang yang diinginkan semua umat Islam. Haji mabrur adalah haji yang diterima oleh Allah s.w.t yang dikurnikan ganjaran syurga kelak. so, macam mana nak peroleh haji yang mabrur ni? mimi share sikit na :

1) haji yang tidak bercampur aduk dengan dosa dan riak
2) sumber yang halal, meneliti kembali, sejauh mana hasil mata pencarian selama ini.
3) mempelajari sebenar2 ilmu haji.
4) memperbanyakkan taat, sedekah, berkata2 yang baik, berbudi pekeri, bersikap berlapang dada, menjadi pemaaf, memandang tinggi dunia akhirat.

"sesungguhnya Allah itu baik, tidak akan menerima kecuali yang baik." ~Hadis riwayat muslim~

mungkin bagi yang belum berjaya sampai ke bumi Mekah itu, cam mimi ni, boleh berusaha mempersiapkan diri dari sekarang kan. Mana tahu, tahun depan, tahun2 depan, kita sampai ke sana kan,InsyaAllah =]





21 comments:

  1. ya Allah, ku berharap dapat menunaikan haji pada usia yang muda ini :)

    ReplyDelete
  2. akak pun ada keinginan tu, InsyaAllah...suatu hari moga Allah makbulkan, Amin

    ReplyDelete
  3. insyaallah:) ,,thankz mimi untuk lesson ni

    ReplyDelete
  4. moga semua para jemaah haji mendapat haji yang mabrur!

    ReplyDelete
  5. kita kumpul duit banyak-banyak
    sikit demi sedikit
    lama-lama jadi banyak
    pastu bolehlah kita pergi haji
    hehehe :D, insyaallah

    ReplyDelete
  6. semoga tekak cepat baik! ;)

    slamat hari raya..

    ReplyDelete
  7. insyaallah, kumpul duit dari muda..nanti dah bersedia boleh menunaikan haji :)

    ReplyDelete
  8. lesson yang sangat menarik. di samping enjoy hari raya, perlu juga menghayati pengajaran yang ada :)

    ReplyDelete
  9. akak, selamat hari raye aidiladha. yang penting, jom same2 hayati erti korban sebenar. :)

    ReplyDelete
  10. dah daftar tabung haji belum?
    hehheheh..

    :)

    ReplyDelete
  11. insyaallah, ada niat nak menunaikan haji.. cuma menunggu masa.. =)

    ReplyDelete
  12. kuatnyer smangat kamu nk update...rehat ye mimi...


    salam aidiladha...smOga kita sama2 mendapat haji mabrur nanti..amin

    ReplyDelete
  13. inshAllah.. moga kita dapat jejakkan kaki ke sana.. ^^,

    ReplyDelete
  14. insyaAllah pengorbanan kali ini akan berlipat ganda pahalanya di akhir kelak.. =) bertabah ye..

    *ak ni bce dr new post ke older post, makin lme makin terasa kerinduan kt ang.. huhu..

    ReplyDelete