Wednesday, November 2, 2011

rona hidup pintasan cahaya




Hidup ini suatu pintasan cahaya
di cakerawala-Nya
menghubungkan yang silam
menjadikan yang kini dan mendatang
cahaya kelam yang lalu
mampu menerangi menjadi pelita menghanyutkan panorama senja semalam..

lintasan kumpulan asap
mengingatkan kesan debu berinci-inci tika dulu
lintasan pelangi merona dikaki langit
membias kembali waktu singgang kecil itu
sungguh masa itu tidak lagi emas
masa itu nyawa..

sekali terbang
putus sudah riwayatnya antara dunia ini dan di sana..
pergilah masa yang berdebu..
pergi terbang membawa jasad mu yang lesu itu..
pergi nya supaya yang kini akan kembali..
meraih tubuh yang layu
layu dengan sajian ilmu Ilahi


15 comments:

  1. maka dengan itu ianya hanya menjadi sebuah peristiwa :'(

    ReplyDelete
  2. hamboi2..sasteranya dia.abg ni bdk sains ada blur ckit.xpe,abg fhm la jgk. :)

    ReplyDelete
  3. salam..

    semuanya pasti akan ke sana..hanya yg membawa bekal yg cukup akan rasa bahagia di sana..

    ReplyDelete
  4. deep..

    semua yang hidup akan berakhir

    ReplyDelete
  5. wah..betul tu. suka entry ni. nice.

    ReplyDelete
  6. berat kepala hotak aku nak terima ni

    ReplyDelete
  7. indah sangat :) memang ada darah seni sasterawan la awk ni :D

    ReplyDelete
  8. kureng memahami ayat puitis, tapi pasti, intipati yg nak d sampaikan berguna sbg pengajaran dan ingatan buat semua ;)

    ReplyDelete
  9. pintasan cahaya
    kekadang ia memberi
    khasiat kepada diri hamba
    yang dhaif seperti ku

    selalu abaikan cahaya
    yang sering hampiriku
    untuk memberi pentunjuk ku

    Aku terus aibkan cahaya
    demi mencari kekenyangan duniawi
    untuk memuaskan nafsu ku


    semakin lama semakin
    cahaya pintasan datang buat kali
    terakhir

    iaitu pintasan cahaya kematian. jeng2.

    cc: back ground music:http://www.youtube.com/watch?v=WFbsp7kecL0&feature=relmfu

    ReplyDelete
  10. fuhyooooooooo...dalam maksudmu...xphm sgt..huhu...semoga kamu semua dapat mengambil pengajaran :")

    ReplyDelete
  11. kembali meraih pada cinta yang Satu..
    Semoga ilmu akan tetap bersamamu..

    nicelah dek!.. ni mesti rajin baca puisi ni.. ehehehe..

    ReplyDelete