Tuesday, December 27, 2011

12.00am ~ Menunggu

Bismillahirrahmanirrahim..



Wait by ~   VampireVengeance 

Menunggu..
Menahan diri daripada sesuatu,
Mendesak jiwa tidak langkau membatasi sesuatu,
Seangkatan dengannya memberi maksud yang sebegitu.

Jiwa terlalu sakit,
kerana banyak menunggu,
Seakan mahu pecah kolam dada,
Bilakan saat menunggu itu berakhir?
Jawab wahai hati ku?

Penantian suatu penyeksaan,
Itu orang bilang bukan aku,
Tapi aku tidak pernah menafikan,
kerana bukan lagi terseksa,
Bahkan lara menduduki takhta mengalahkan seksa.

Tetapi,
Itu hanya akan terjadi jika menunggu tiada cinta,
Tiada cinta kerana-Nya..

Aku yakin..
Menunggu ini ada isinya,
walau dimata insan lain nampak hina..

Aku yakin..
DIa kan ada?
DIa tidak pernah mendukacitakan jentera-Nya..
Jentera-Nya itu yang selalu menduakan-Nya..

Biarlah..
Menunggu itu mengajar aku berkasih mesra dengan Sabar,
Aku cinta sabar,
Aku sayangkan sabar yang mula menumbuh pesatnya didada,
Aku kasihkan sabar yang mula menguasai pelusuk kota jiwa dan raga...

Menunggu..
Sabar..
Sabar..
Sabar..
Membawa aku kepada-Nya tiada hentinya..



p.s: Kita semua sedang menunggu. Menunggu apa? Selamat malam! :))





14 comments:

  1. msti awk suke lgu ni. btui doookkk? gihihihi

    ReplyDelete
  2. ku terus menunggu..

    tapi, tunggu apa ek?! heehe

    ReplyDelete
  3. menunggu utk bertemu dgn 'sesuatu' mungkin? =)

    ReplyDelete
  4. erm boleh tau aime tunggu apa yerk?... hehe

    ReplyDelete
  5. waiting outside the line , haha , tetiba teringat greyson chance , ngeh3 .

    ReplyDelete
  6. menunggu ketemu dengan si dia..haha

    ReplyDelete
  7. Sabar menunggu dengan rasa cemas di dada. Sabar menunggu pengakhiran bagi sebuah kehidupan :')

    ReplyDelete
  8. ye.. masih menunggu dan terus menunggu.. bersabarlah hati.. =)

    ReplyDelete