Saturday, December 31, 2011

Berarak mendung awan Biru

Bismillahirrahmanirrahim..






Sudah tidah tahu corong mana lagi mahu disumbatkan segala keresahan, kerisauan dihati. Mungkin hanya ayat-ayat ini yang mampu mengubat hati.. Penat?

Tak baik nak mengeluh. Tapi kadang-kadang mengeluh jugak. Letak tangan di dahi, bila kan sampai waktu aku ni. Aku nak jugak merasa macam kehidupan orang lain. Tapi tak pelah.. Tuhan lebih tahu yang terbaik buat diri kan.

Hasrat dihati mahu mempunya kerjaya sendiri seperti orang lain yang ditanam sejurus 24 September 2011 (selepas graduasi) nampaknya tidak dapat dicapai 100%. Walau 0.01% pon ke cek mimi? Pengalaman diintebiu mungkin. Dah sampai krem otak diintebiu. Tapi jawapannya, hanya Tuhan saja yang menentukan arah tuju nya.

Semoga ayat ini mampu menenangkan jiwa. Berusaha selagi termampu dan yang terbaik yang mungkin. Dan Dialah yang melaksanakan rencana-Nya buat kita kan? Kadang2 pikir, optimis sangat ke hati ni sampai kebal jek bila orang tanya macam2..

Tapi nak buat macam mana. Selagi manusia tu tak berada sama duduk nya dengan keadaan kita, kita tak boleh nak salah kan orang lain. Orang lain hanya nampak lapisan pertama. Diri sendiri yang melalui lapisan kedua, ketiga ,keempat dan seterusnya..

Walaubagaimanapun, disisipkan doa yang terbaik buat seluruh sahabat, agar dipermudahkan segala urusan kalian, menjelang 2012 ini. Semoga rezeki-Nya yang terbaik dilimpahkan buat kalian jugak ye! Sama2 lah berusaha :))


Maaf kalo ase mendung2 jek bace entri ni taw..emmm..

5 comments:

  1. salam alaik akak

    besa la 2 akak..

    jom rilek2 di sini
    http://pemudattbc.blogspot.com/2011/12/qasidah-lantunan-mahabbah-rasuillah.html

    :)

    ReplyDelete
  2. hmm..
    semoga cik aimie dpt kerja cpt2..
    berusaha lagi..

    ReplyDelete
  3. berarak mendung kelabu
    mengekori langkahku
    sepanjang kehidupan
    penuh dugaan
    aku tetap aku

    ku cuba dan terus mencuba
    mencapai suria
    walau membakar jiwa
    walau aku dihina
    namun aku tetap aku

    ReplyDelete
  4. yer.. cam sedih pun ada bacanya.

    takper mimie.. rezeki Allah itu luas.
    DIA dah tentukan yang terbaik untuk kita.. yang penting kita berusaha.. InshaAllah.. ^^,

    ReplyDelete