Friday, June 29, 2012

a pleasant suprise

Bismillahirrahmanirrahim..





fortunate by ~  marcake


Patah tumbuh hilang berganti,
Hidup dan Mati,
takdir dan rezeki,
Milik Ilahi...


Hamboiiii cek mimi, sesuke hati adjust pepatah Melayu dedulu kan?hakhak, asal sedap, apa salahnyaaaaa ? ;)

Tapi betoi la kan? Tiada siapa yang menjangka kan apa yang akan berlaku esok, lusa, tulat, walau sesaat lagi sekalipun, tiada yang tahu apa yang akan berlaku, melainkan Ilahi, Maha Berkuasa atas segala mengikut kehendak-Nya..
Berita kehilangan arwah cikgu Qarmal yang juga tiada yang dapat menjangka.. Semoga arwah tenang di sana... T__T

Tapi kita yang masih hidup, seharusnya tidak bole secoet pong mensiakan waktu yang ada. Andai hari ini kehilangan sesuatu, ingat, pasti dan yakin, kita akan digantikan sesuatu yang lebih baik. Bila dan bagaimana?

Usah risau. Kerana itu semua pasti hadir pada waktu dan sesuai dengan keadaan diri kita. Betoi dak? Allah itu kan the great Planner for us? ;)

Pemberian sesuatu daripada-Nya untuk kita seolah-olah nak memberi kita kejutan yang membahagiakan kita. Kalau sekalipun mungkin kita terdesak atau tidak begitu gembira apabila menerima perkabaran Ilahi itu, mimi tersangat la sure, kita pasti akan tersenyum jugak di akhirnya nanti. ;)

Jangan terlalu cepat melulu menghukum sesuatu  keadaan yang menimpa diri kita itu sesuatu yang kejam! sesuatu yang membebankan kita, walhal kita tidak tahu, Dia ingin kita merasai suatu perasaan yang tidak mungkin dapat digambarkan dengan kata2 dengan sesuatu tanpa rasa kesal sedikit pong.

Sebab itu, amatlah digalakkan berbaik sangka = Husnuzon dalam apa jua keadaan sekalipun. Macam kome berbaik sangka yang cek mimi ni sangat comei! =.=

huwaaa, nak bebel lagi...tapi nantilah..heee..sayang semua! ;))



Thursday, June 28, 2012

SPontaNeoUs thursDay #15

Bismillahirrahmanirrahim..


Terasa kejam dengan diri, apabila menikmati kegembiraan di sini tanpa memikirkan kesedihan dan kesengsaraan orang yang disayangi... T__T




Wednesday, June 27, 2012

jangan

Bismillahirrahmanirrahim..





Stress by  ~  gotmyphilosophy


Perjalanan kehidupan berupaya berubah menjadi bengkang bengkok
setelah lurus bertahun lamanya..
Siap siaga menempuhi segalanya.


p.s: kAwan-kawan, walau ape yang berlaku, cuba untuk menangani stress anda dengan baik sekali ya.

USaha agar stress itu tidak mengawal pemikiran dan akhirnya mencederakan tubuh badan sendiri..

Kita ada Tuhan,
Kita ada keluarga,
Kita juga punya kawan-kawan,
Kita ada pelbagai cara,
Rekreasi,
Bersukan,
Menyanyi,
Menari,

Usah simpan stress itu berleluasa dalam diri..

Babai...