Bismillahirrahmanirrahim..
Tiada siapa yang dapat menyangka sihat sakitnya manusia itu walau sesaat sekalipun. Mungkin tadi, mata ini melihat keadaan nya cergas sekali bereaksi, namun, tiada juga siapa yang dapat menduga atau menghalang akan jatuhnya dia sehingga tidak mampu untuk membuka mata untuk melihat dunia semula..
Begitu nikmat Allah itu, ternyata sekelip mata mampu hadir, sekelip mata juga mampu hilang kan? Takut memikir kannya. Sedaya upaya mempersiapkan diri, sebaik yang mungkin untuk menghadapi apa jua yang bakal menimpa.
Yang pasti, tiap yang terjadi pasti itu yang terbaik. Walau seberat mana dugaan itu, yakin dan ingat, itulah titi yang tercipta khas untuk menghubungkan Pencipta dengan hamba-Nya. Titi itu akan hadir dalam pelbagai rupa dan bentuk..yakin..yakin!
p.s:Entri ini khas buat cikgu yang sedang bertarung nyawa, menghidapi barah otak. T__T Keadaan semakin kritikal.. Macam tak pecaya je, hmmmmm.
Tapi siapa kita untuk menyangkal takdir Ilahi?
Cikgu..bertabahla ye. Kami, semua mendoakan yang terbaik untuk cikgu! Cikgu kena kuat..huuu. Walau tahu cikgu tak baca entri ni, tetap nak taip jugak..huuuuu...
6 comments:
assalamualaikum mimi...semoga cikgu mimi cpt2 sembuh yer...:)
barah otak? scary nya bunyi :(
moga tabah.
sobs sob sob
oph tisu plizzz
semoga cikgu cepat sembuh...
semoga dia cepat sembuh, lecturer ct pon ngah bertarung nyawa...pengsan dalam kelas..huhuhu...
saya goole saja nama Qarmal jadi jumpa entry ini. sekiranya betul orang yang di maksudkan di dalam enrti ini ..Cikgu Qarmal SMTJB ..dia telah kembali menemui Maha Pencipta tengah hari tadi sekitar jam 12++ . 27 Jun 2012 . Saya sempat menziarahi Cikgu Qarmal pada cuti sekolah yg lepas di Kg Pauh Pengkalan Chepa . Semoga segala ilmu yang telah dicurahkan kepada seluruh anak muridnya menjadi amal jariah yg berterusan buat Allahyarham Cikgu Qarmal . Al Fatihah
Post a Comment