Bismillahirrahmanirrahim..
Aku sedang
Menyaksikan rindu dan cinta
Sedang beradu
Asyik dibuai angin membayu..
Namun
Di suatu sudut
Aku sedang menyaksikan jua
Dendam dan galau
Erat bersatu
Apakah
Yang akan disisirkan di sudut ini
Apakah
Yang sedang berombak laju
Merempuh
Gigi pantai tika ini..
Apakah
---------------
Aku di sudut ini
Hanya memerhati
Dan tunduk
Aku mahu menjadi pasir pantai ini
Tiada betah menunggu
Raja mentari datang dan pergi..
2 comments:
Sedap puisinya..
Ku bisikan pada angin nan lalu.
Sampaikan rinduku ini pada DIA Yang Satu.
rindu dendam di tepian pantai...
Post a Comment