Dan kerana kesabaran mereka (mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan laranganNya), mereka dibalas oleh Allah dengan Syurga dan (persalinan dari) sutera. [al-Insan:12]
Monday, February 24, 2014
# nota 2014 (12) ~ ayuh
Dan kerana kesabaran mereka (mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan laranganNya), mereka dibalas oleh Allah dengan Syurga dan (persalinan dari) sutera. [al-Insan:12]
Sunday, February 23, 2014
# nota 2014 (11) ~ berikan aku..
Thursday, February 20, 2014
# nota 2014 (10) ~ part time
Sunday, February 9, 2014
# nota 2014 (9) ~ fitrah sudah begitu
Bismillahirrahmanirrahim
"...bertemu dan berpisahan...adalah..lalalalalla.."
--------##
Agak-agak ingat lagi anda lagu di atas?
Begitu lah fitrahnya kehidupan. Tiap yang bertemu pasti ada yang berpisah. Tiap yang datang, pasti akan pergi. Tiap mendapat yang baru pasti yang lama dibuang (erkk..ini untuk sesetengah perkara sahaja ye..heeee)
Begitu jugalah mereka dan saya yang sedang menjalani kehidupan bujang yang menyewa bilik ataupun rumah.
Teman rumah silih berganti datang dan pergi. Ada antaranya begitu terkesan di hati. Kerana..begitu dekatnya mereka dengan kita sehinggakan sudah sebatinya hidup ini dengan mereka seperri adik beradik sendiri.
Hari ini, seorang lagi teman rumah berpindah. Dan sekali lagi mungkin mendapat teman rumah baru..heeee..
Aihhh..cuti kian senja. Esok kerja?
Thursday, February 6, 2014
# nota 2014 (8) ~ jodoh berdua dan mungkin ber tiga
Garisannya penuh dengan pengharapan
Sentiasa dalam doaku
Menyimpan rasa ingin bertemu
Insan yang masih rahsia
Dan teristimewa
Pencarianku kini telah berakhir
Detik bahagia kini telah pun hadir
Sungguh aku percaya
Ketentuan Yang Esa
Jodoh berdua begitulah takdir
Yang terlihat kini hanya anugerah
Dan melafazkan janji yang terindah
Bersedialah menunggu di garis penghujung
Insya Allah ke syurga
Bersatu kasih kita
-------------------------------------
Bait lirik lagu Hafiz Hamidun menemani waktu rehat selepas 6 hari bercuti. Sungguh memerlukan kudapan, kekuatan, ke segala jenis ke untuk bergerak kembali mencari rezeki yang suci ini..
Jodoh berdua?
InshaAllah, setiap manusia itu akan ketemui jodohnya. Jodoh berkerja, jodoh menyambung pelajaran ke peringkat tertinggi, jodoh menemani ibu dan ayah sampai ke tua, jodoh bersahabat sehingga ke anak cucu, dan aneka perjodohan lagi.
Moga kita semua menemui titik- titik jodoh yang segar bugar dek zaman ;)
ku garabkan sepohon rindu
bersama-sama takdir jodoh ku
agar aku sentiasa merindui-Nya
dalam mencari jodoh ku..
1.59pm ~ lets start the work again (phiuhhhhhhh, lambatnya pukul 530pm)
Wednesday, February 5, 2014
# nota 2014 (7) ~ starting back
Bismillahirrahmanirrahim. .
And now
I'm waiting a tren to going kepongpong
And
Starting to build again the stairs
Up and up
For work
Thats call life
When having a beautiful holiday
It must be have a pleasant story to make yourself recharging again.
Huuuuuu..
Come on..
Have a passion of your work aimie!
Tuesday, February 4, 2014
# nota 2014 (6) ~ indie
Bismillahirrahmanirrahim. .
Ledakan buku indie?
Hee..saya salah seorang peminat buku -buku genre indie ini.
Kenapa?
Gaya pembangunannya dan penerbitannya..
Gaya bahasa? Mungkin ada benar kerana mereka menyampaikan isu yang mereka ingin bawa secara terus menerus. Walau adakalanya agak dingin, kasar dan tiada tapisan. Mungkin kerana bagi mereka, apa lagi yang disembunyikan kalau sudah faktanya begitu? :)
Ada sesetengahnya saya sangat setuju. Jika tidak, terus baca dan senyum. Ini nilai diri mereka, kita hanya penumpang bot mereka, cuba ingin merasa apa juga yang mereka rasa. Jika tidak, berhentilah di perhentian seterusnya.
Yang benarnya, tidak kisahlah genre sastera sebenar mahupun indie, kita semua bebas untuk menengahkan isu apa jua sekalipun asal kita tahu di mana kita.
Peace!
# nota 2014 (5) ~ cuti semakin singkat
Bismillahirrahmanirrahim. .
Menjengah alam yang nyata
Bukan bererti layu di maya
Menongkah bait udara yang rapuh
Bukan leka menapak di darat yang rapat ini..
Begitulah hidup. Yang pasti ada suka..ada duka..bukan yang suka sahaja ditadah rapi, yang duka juga adakalanya disambut sepi.
Mungkin ada di antara nya kita ini menganggap yang duka itu sedih belaka. Namun yang duka itulah lebih mengajar erti hidup.
Esok berangkatlah saya ke keyel yang sesak gegak itu. Setiap kali bercuti balik ke rumah, tiap kali itu jugak mengatur kembali kekuatan di dada berjauhan dengan keluarga.
Bukan itu yang dikesahkan, tetapi hidup nya seorang membuatkan diri fikir, "beginilah aku nanti di sana. Takde mama, takde apak. Tak pelah. Belajarlah ina. inilah hidup..terimalah.."
Kembali rutin asal, berdoplohnam di sana. Moga ada rezeki yang lebih berkat tahun ini.
Sunday, February 2, 2014
# nota 2014 (4) ~ cny 2014
Bismillahirrahmanirrahim. .
Lama sudah tidak menatap teratal lily ini yang usianya hampir mencecah 3 tahun (erk, agaknya lah...)
Percutian kali ini yang hampir seminggu jugaklah membuat kan saya pulang menhadap yang dimuliakan ibu dan ayah, serta si kecik adik tersayang.
Banyak juga yang singgah diingatan sepanjang percutian ini..
Berkesempatan ke kenduri sahabat waktu zaman jahiliah (baca: sekolah menengah), membuatkan diri berfikir, oh, aku sudah 6 tahun meninggalkan zaman keseronokan itu. Cepat.
Berkesempatan meluangkan masa bersama keluarga membuatkan terfikir betapa aku sudah tidak punyai peluang yang begitu luas untuk bersama mereka 24 jam selama 365 hari. Use it wisely aimie!haha. Jangan dok leka sangat na..
Sudah hampir 2 tahun juga bergelar pekerja. Emmmm, apa yang sudah disalurkan untuk kebajikan? Aihhh, sampai tahun depan pun belum tentu habis fikirnya.
Gerakan hati semakin meronta untuk membuat sedikit perubahan dalam hidup. Cuba untuk bertahan dan bersabar, mungkin belum tiba di titik itu.
Akhir kata, selamat tahun kuda! Haha
# nota2014 (3) ~ erti hidup
Bismillahirrahmanirrahim. .
Selalunya apa yang diberi akan juga selalu didapatkan.. beringat jugak hati ini menyayangi insan itu tidak seharusnya juga dia akan menyayangi diri ini..
Masih mencari kekosongan disebalik kasih sayang ini. Masih dekatkah kita? Atau makin jauh?
Bulat hati ini mendengar si suara kecil mengatakan dia akan bahagia walau aku tiada suatu ketika nanti..mungkin..
Tapi aku..mungkin hilang seketika..dan lenyap terus dalam kedukaan itu, kunci rapat-rapat, pegang erat-erat..
Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim. .
Sekali lagi aku mencari erti hidup..