Thursday, February 20, 2014

# nota 2014 (10) ~ part time

Bismillahirrahmanirrahim..




Ditelan mati emak,
Diluah mati ayah,
Mana mungkin kedua nya,
Akhirnya berteleku,
Tuhan,
Beri aku ilham-Mu..


---------------------------------------------------------


Ohhh, adakah bunyinya sungguh kritikal? haha ~ 

Tidaklah sedemikian, akan tetapi begitulah, keadaan diri seperti di atas itu, huhu. Sungguh pun kini sudah memiliki pekerjaan yang boleh dikatakan, tetap la kan, (dah dibayar gaji, haruslah tetap, hihi) tetapi terbit suatu perasaan yang sukar. Haihhhhhh..

Adakah perlu mengisi kegundah gelana an hati ini  dengan pekerjaan separuh masa? Siapa setuju hangkat tangan, siapa tidak, hangkat hidung. -.-

Ditambah dengan faktor kehidupan yang semakin lama semakin menjulang ke Everest, menguatkan lagi keinginan di hati.(ayat macam nak terbang ke langit dah haih ~)

Syukur, Ya, itu lafaz paling utama. Dengan sumber rezeki dari Dia sekarang ni, alhamdulillah. Tidak terjangka yang akan mendapat 'nilai' sedemikian. Alhamdulillah. Tapi.. aihhh.. kenapa mesti ada tapi itu? why? porke? -.-

Ohh, omma pasti tidak mengesyorkan keinginan ini, " takpelah ina, tak yah susah-susah. Ina tu dah la selalu sakit, bla..bla..bla.." (oppss..sori omma, heee)

Maka.. marilah 'tanya Tuhan'.


Hari ini genap 2 tahun menjadi jurutera. Alhamdulillah. Masih banyak yang tenggelam. Ayuh kayuh lagi sehingga benar-benar timbul di dasar.




2 comments:

Faarihin said...

Syukurlah Amalina dah pun berjaya jadi Jurutera. =)

Akak ni.. masih lagi terkapai-kapai macam dah tak ada haluan je sekarang. Huhu..

Dulu cita-cita akak menggunung tinggi nak jadi Jurutera secepat mungkin. Tapi sekarang nampaknya harus ditangguhkan lagi. Dan mungkinkah akan ada harapan itu lagi?

Kalau Amalina rasa mampu untuk buat part time. Buatlah. Tapi kalau dah rasa tak mampu tu. Hentikan. Utamakan yang mana utama dulu.

Apa-apa pun yang Amalina pilih. Semoga Allah s.w.t permudahkan segala urusan.

[^__^]

Lea IsNawi said...

wiwit jurutera
gaji mahal tuu