Bismillahirrahmanirrahim. .
Dingin
Tenang
Tiada pekikan lolongan
Tiada jeritan
Yang ada
Hanya kicauan burung mulai terbang
Mengembara mencari beberapa butir suapan untuk si kecil yang masih merah-merah itu..
Alhamdulillah
Nikmat apa lagi yang kamu dustakan?
-------------------
Subuh adalah waktu yang amat hening dan mendamaikan. Kan? Kerana itu segalanya bermula dari subuh ini..
"Berpagi-pagilah dalam mencari rezeki"
Apa yang orang dahulu madahkan itu bukan hanya madah temberang. Madahnya asal dari asam garam kehidupan mereka sendiri.
Dia terlebih dahulu telah sentuh hal ini beribu tahun lamanya dalam kitabnya :)
Subhanallah. Maha Suci Allah. Sayangnya Dia dengan kita. Tidak sedikit pun membiarkan kita merasa tidak cukup dalam mencari rezeki. :)
Tapi dah kenapa kau masih kat katil amalina?
Degil. Jawapan muktamad. Haha. Aihhh, ini bukan lagi kes syaitonirrajim. Ini kes hawanafsutakcukuptidur.huhu
Bangunlah eh..jom solat dhuha pulak :)
No comments:
Post a Comment