Saturday, January 30, 2016

Part 3

Bismillahirrahmanirrahim..

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagu Maha Penyayang..

Sudah berapa kali tangan ni asyik nak menaip je tapi mengenangkan kena taip through phone, malasnya la aih..hihi..

Tapi...tapi..

Memandangkan malam yang ke 11 ni agak sunyi lagi bosan nya tak terkata dah, pujuk la jugak jari jemari buat senaman di keypad phone yang agak comel ni..hihi..

Pejam celik dan terus pejam celik, sudah 11 hari menjadi warga hospital selayang di unit O & G ni. Makanya dengan rasmi masih berbaki 10 hari menuju hari keramat sayangku si comel melihat dunia ;)

InshaAllah..

Jujurnya la kan..

Sepanjang berada di sini, banyak jugak hikmah dan ilmu yang dipelajari..alhamdulillah..terasa mungkin ini sedikit sebanyak nikmat yang mungkin Allah ingin kita cari dan hargainya.. mudah-mudahan begitulah kan? :)

Setiap hari melihat ibu-ibu menahan kesakitan untuk melahirkan zuriat sudah cukup membuatkan diri ini bertanya kembali kepada diri sendiri

Aku ni dah cukup bersedia ke nak jadi ibu?

Apa yang dah aku sumbangkan untuk ibu ayah aku yang bersusah payah nya lahirkan aku, terutama ibu yang menanggung kesakitan luar biasa tu?

Dah cukup ke amal ibadat ku kalau-kalau umur aku mungkin tak panjang apabila aku melahirkan zuriat aku..

Apa aku dah mohon maaf ke kat semua orang sebelum aku berjuang ni..

Macam-macam segala bentuk soalan keluar masuk dalam kepala macam keadaan neuron yang laju bergerak tu.. subhanallah..

Mungkin dulu terlalu fokuskan kerja sehingga agak lalai dalam memikirkan soal yang lain..haih..sedih rasa :(

Moga masih ada kesempatan untuk diri ni kembali ke yang hakiki nya..

Benarlah orang kata..

Kalau tak mau hidup terpesong, ingatlah pada mati..

Okay, nanti sambung lagi nah :)

1 comment:

Sheila Adziz said...

Semoga sis tabah dan sabar stp apa yg dilalui adalah pengalaman utk kita mengenalAllah dgn ujianNya... Byk2 buat solat tahajut solat taubat sis... hope sis n bby sihat... Byk zikir juga... InsyaaAllah Allah sentisa disisi sis n fmly...