Thursday, February 12, 2015

kasut

Bismillahirrahmanirrahim..




Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..



Sesekali aku terpana
dan termenung
kenapa dia punyai yang bertali dan aku tidak..


----------


Kenapa kita masih melihat kasut orang lain, sedangkan kita sedang memakai kasut yang sama?




space shoes by fullmoonblackout



Something that need to be wonder..



Salam sayang,
Penulis kerana lily

Wednesday, February 11, 2015

yang ke 3 tahun

Bismillahirrahmanirrahim..



Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..



Dalam setiap perjalanan kami, pasti akan kami sertakan nama-Mu,
Zat- Mu,
kerana apa adanya kami tanpa-Mu
Subhanallah..



Alhamdulillah. Setelah sekian terlalu yang amat lama menjadi sepi di ruang ini, sekali lagi 10 jari ini sedang mengetuk petak querty ini dengan kelajuan yang sederhana, termenung, berhenti menaip dan terus menaip. Ada yang masih rindu kah si bulan ini?


;)


Sekarang umur ini semakin menginjak ke 27 tahun. InshaAllah. Nikmat ini diberi untuk saya, kita dan kami ini seakan semakin pendek jaraknya kita dengan Dia yang senantiasa memerhatikan kita dan bila-bila masa akan menghentikan waktu dan detik ini. Semoga kita masih sempat menjadi jajahan-Nya di sana nanti ya? ;)


Yang ke 3 tahun ya?

Apa itu?


Ulang tahun kelahiran? kekasih? perhubungan? atau apa?


-------



Selamat yang ke-3 tahun menjadi pekerja seperti ayah mu, makcik mu, guru mu, keluarga mu, dan sesiapa juga yang sudah menjadi pekerja dari sejak anak rambut nya hitam sehingga menjadi warna putih kini.



Iya, tiada kejayaan dan tiada kan rasa manis tanpa rasa pahit, masam dan masin. Baru 3 tahun dan begitu panjang masa perjalanan ini seandainya diizinkan oleh-Nya, inshaAllah.


Semoga kita semua masih mampu mengisi ruang dan kelapangan diri ini dengan perkara yang kita minati dan yang paling penting berkat daripada kedua ibu bapa dan semestinya Pencipta kita ini.


semoga masih ada jodoh kita kan?

;)


selamat malam!



Salam sayang,
penulis kerana lily



Sunday, February 1, 2015

lembaran baru

Bismillahirrahmanirrahimm..




Dengan nama Tuhan yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani..


Setapak demi setapak
Selangkah demi selangkah
Seiring masa yang begitu tuntasnya beredar..
tanpa perlu toleh lagi ke masa yang lalu..
Bermula sekali lembaran baru..
Lembaran yang menjadi peluang dan ruang
Untuk yang ke berapa kali kah..
10 jari ini masih belum tentu cukup menjadi perkiraannya..

2015..
Moga kami masih diberikan nafas untuk kami tebus segala yang noda kami..
Jijik kami..
Dusta kami..
Nista kami..
Kepada yang indah segalanya..
Mudah-mudahan..

Tuhan,
terima kasih atas lembaran ini..
Kami semua pendosa yang mahu mencari jalan pulang..