Sunday, February 1, 2015

lembaran baru

Bismillahirrahmanirrahimm..




Dengan nama Tuhan yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani..


Setapak demi setapak
Selangkah demi selangkah
Seiring masa yang begitu tuntasnya beredar..
tanpa perlu toleh lagi ke masa yang lalu..
Bermula sekali lembaran baru..
Lembaran yang menjadi peluang dan ruang
Untuk yang ke berapa kali kah..
10 jari ini masih belum tentu cukup menjadi perkiraannya..

2015..
Moga kami masih diberikan nafas untuk kami tebus segala yang noda kami..
Jijik kami..
Dusta kami..
Nista kami..
Kepada yang indah segalanya..
Mudah-mudahan..

Tuhan,
terima kasih atas lembaran ini..
Kami semua pendosa yang mahu mencari jalan pulang..


No comments: