Bismillahirrahmanirrahim..
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..
Cukup. Cukup dengan segala yang kita punyai sekarang. Ya, saya dengar kata hati anda semua kerana saya juga begitu. :p
Aku tak dapat pakai mini cooper lagi..
Ala, enpon cikai macam ni je ke..
Ala, teringin jugak nak ada rumah atas tanah, asik tak pijak tanah je..
Begitu banyak keinginan yang tersusun rapi mengikut tahap keistimewaannya di hati. Semua manusia pasti mengimpikan sesuatu yang dicita-citakan bertahun lama nya sehingga mampu mengecapinya.
Adalah tidak salah mempunya iltizam dan cita-cita yang mendorong ke arah kebaikan diri mahupun sejagat.
Yang tidak sihat nya, SEKIRANYA, motivasi atau iltizam sudah berubah tiga ratos enam puloh darjah nya kepada yang NAFSU.
Mungkin belum tiba masanya kita untuk ke arah itu. Kita merancang tetapi ada yang telah mempersiap siagakan rencana perjalanan kehidupan kita. Dia yang pasti mengatur molek dan baik benar agar kita mampu serasi dan benar-benar belajar mengenai kehidupan..
Bagi saya,
Saya menggunakan My Vi, akan tetapi, saya selalu merasakan saya sedang menaiki Mini Cooper, kereta idaman, berbumbungkan Dam haji. hihi.
Tetapi saya bahagia..
Kerana apa?
Kerana bagi saya, bukan nilai atau rupa itu yang menjadi taruhan, namun erti memiliki sebuah kenderaan sendiri dengan titik peluh sendiri, dengan izin Tuhan lebih menjadikan My Vi itu merupakan sebuah hadiah yang sangat berharga untuk diri ini. Alhamdulillah.
Mudah-mudah, kita mampu sentiasa berasa cukup.
Dengan kecukupan ini, inshaAllah, He will give us more and more.
Salam sayang,
Penulis kerana lily
4 comments:
bersyukur dengan apa yang ada je kan
:)
rindu mimito...xoxo
sentiasa bersyukur dgn apa yg ada...
Assalamualaikum Mimito.
Yup Insya Allah semoga kita bersyukur.
-wina1979-
assalamualaikum mimi....alhamdullilah syukur dgn semuanyakan...:)
Post a Comment