Sunday, November 22, 2015

Kembali

Bismillahirrahmanirrahim...

Melihatkan post yang terakhir tanggal 26 Februari 2015, waktu itu saya masih lagi solo. Haha..

Aduhai..

Begitu lama tidak menjejakkan tapak kaki sendiri ke ruang sendiri yang sebegitu meriahnya suatu ketika dahulu (dahulu sangat..padahal baru 2 3 taon ni je ha berblog, haha).

Dan sekarang, kehidupan saya pun dah bertambah daripada 1 menjadi 2 dan mungkin menjadi 3 dan 4..haha..inshaAllah :)

Alhamdulillah, tanggal 7 mei 2015 yang lalu, dengan izin-Nya,  saya sudah pun selamat diijabkabulkan dengan seorang lelaki yang biasa-biasa sahaja orangnya 😊

Majlis pun biasa-biasa. Haha..sungguh pantas masa berlalu, tidak menyedari kini sebumbung dengan lelaki yang bernama suami sudah 6 bulan yang semakin menjangkau ke setahun..

Alhamdulillah. Semoga Dia, berkat doa mak ayah, sahabat-sahabat, memanjangkan lagi usia perkahwinan ini sehingga ke syurga..inshaAllah 😊

Macam tak pecaya pon ada..hihi..

2 comments:

Sheila Adziz said...

allhamdulillah... semoga diberkati till jannah :)

Muhammad Naim Abdullah said...

Alhamduillah.
Tahniah ya.
:D