Tuesday, November 27, 2012

my journey!

Bismillahirrahmanirrahim..






Asenya dah masuk 11 bulan saya bekerja, tapi tak pernah nak share ape2 yang menarik dalam industri bidang kerja saya kan? eerrrrkk (angguk pleasee..kekee :p)

Ade jugak yang bertanya, ade jugak yang dah tahu, ade jugak yang bertanya tapi agak2 dah tahu, dan mungkin ade jugak yang tidak tahu langsung..kekeke..

Tidak mengapa my dear frens! Today, sempena dengan ke tidak begitu bizinya saya..  Maka adalah sedikit hajennye diri ini ingin berkongsi : " Scope Of Work ".

Saya bekerja di sebuah Construction Firm, atau dengan mudahnya, Kontraktor Elektrik. Yelah, udah amik bidang elektrik, makanya kerja dalam bidang elektrik la. Bidang pekerjaan ini tidak begitu 100% seperti apa yang saya pelajarui di uni tercinta aka UTM, tapi once become engineering student, all the basic still same.

Saya pong tak taw kenapa bos agak berani mati mengambil worker yang tiada kaitan langsung dengan Power Electrical, hanya berbekalkan ilmu2 basic electrical, mungkin ini namanya rezeki, maka sampai sekarang, saya masih di sini.. Alhamdulillah ;)

Okeh, next ---- > scope of work!


1) tendering , documentation and costing

Udah nama kontraktor, mestilah cuba untuk fight merebut tender2 yang daripada the highest figure until the lowest figure. Sebab dengan tender inilah, datangnya money! profit! income! company, ye dak?

Maka dapat drawing yang gedabak beso tu, start untuk calculate measurement. Lepas siap calculate measurement, bermula arena costing..

Errr.. costing ni yang leceh sebab nak kene tunggu harga dari supplier la itulah inilah, nak kena isi schedule of unit rates la, schedule of technical data la..

Cite pendek2 jela nohhh.. ;)


2) Design

Inilah yang palinggggg mencabo. Di sinilah nak menguji tahap kefahaman yang telah kita pelajari since sains sekolah rendah, lepaih tu, amik sains PMR, tak cukup, pi tambah fizik, kimia, add math, math sampai la masuk Uni .




Ha.. tengok gambo atas ni.. Inilah antara yang BOS saya design. Mendesign flow of electricity from the source until the final load ;D

Saya masih berada di anak tangga pertama dan hopefully, from this steps, I can be like him, someday ;) InsyaAllah..

Dan banyak perkara yang perlu di ambil kira.. Dan saya jumpa buku ini :



Ha... buku ini ibarat KITAB yang menjadi sumber rujukan untuk mendesign segala circuit.. Heheh.. Sistem british?  Of course la, kita kan, jajahan negara kolonial itu..

Unless, kalau ade sesiapa yang dapat challege all the rules inside this book.. Ade beraaannnnnn?hiihihi :p


3) Report/ Technical submission.

Haa.. ini yang den lomah sangat nihhh.. Sebab ia umpama Thesis untuk kali ke-dua, ke-tiga dan seterusnyaa dalam hidup ini :





Tengok tu, dah bape kali dibetoikan, entah bape kali di tong sampahkan, masih ade minor2 error..

PEMINAAN ------> PEMBINAAN la.. grrrrrrr

Agaknya perlu tambah power spek kot.. Dah, tak yah nak mengada. Sendiri yang careless nak salahkan power mata.. hakhakhak..

Kadang2 client nak minta proposal atau pon technical report. Macam kat atas ni, technical report, macam mana kita nak pilih kabel elektrik yang betol untuk sesuatu sistem elektrik tu. So, cite la, blablablabla, lengkap dengan prove semua from A until Z.

Tak ke macam thesis tu? huuuuu...


4) Procurement

Ha.. aku ingat bile dah masuk engineering tak yah masuk pasai bisness.. Ade jugakkk.. Grrrrr.. Tak pelah... Extra ilmu and skill kan, ye dak?

Hee.. saya juga, orang yang bertanggungjawab mengeluarkan Purchase Order tiap kali pembelian apa2 material untuk sesuatu subjek. So, kena check costing, within in budjet/ not, memang perlu beli atau tak, sesuai ke beli jenama2 ini, atau nak kena brand yang mahai2 ka..

Pendek cite, membantu bahagian akaun dalam urusan pembelian, penghantaran dan sebagainya..heeee...



Huwaaa..panjang jugak pengalaman saya selama 11 bulan ni..kekee.. Panjang lagi, tapi inilah the MAJOR Scope of work saya selaku pekerja di sini.. Position ape? mestilah kuli bos..hehe.. Kalo bos, dekat LONDON dah sekarang nihh..hahah :p


Kome! share la apa kome belaja, apa kome keje , very pleasure to read your journey! :D



Cintai .......

Bismillahirrahmanirrahim..




semoga kalian bahagia
dengan jalan yang kalian pilih...



Terkadang diri ini menjadi nanar,
Menahan sakit dalam selumbar yang menyesakkan dada ini..


Nanar kerana apa,
Tidak pernah mahu menunding nanar itu jatuh ke riba sendiri..


Terkadang juga membatu mengeras diri,
Dek seerat mana diri ini dengan yang lain..

Akhirnya aku tetap sendiri..
Sendiri menuju hingga ke akhirnya...



cewaahhh, ayat nak berbunga bungi.. nak berbuah buih..hakhak.. Wujud lagi rupnye belog ini..kekeke...

Macam la ade orang yang baca. Entah sendiri taip, sendiri yang baca.. keke.. Mengenangkan jasa baik jiran yang sanggup mendesign belog ini.. atas kenangan yang tersimpul rapi di sini.. Atas kenangan membina sebuah keluarga blogger di sini juga..

Maka insyaAllah tidak akan disia-siakan penulisan belog ini walaupun tidak sekerap yang lalu.. Rindunya zaman waktu itu =.=

Sudah makin menuju ke akhir 2012..

Masih menghitung dengan jari apakah, banyak sudah perubahan ke arah kebaikan yang dibuat untuk diri sendiri dan orang lain?


Asssebeno nye, entri ni entah bape kali taip..hold kejap, jadi draf..sambung taippppp balik.. pastu hold jap jadi draft.. lepas tu save.. simpan lagi..

Hakhak.. harap yang kali ke berapa ini, dapat lah jadikk sebuah entri..hakhak.. Dah tax taw ape sindrom ni.. dah lame tak menaip di ruangan Blogger.com gamaknye kot 0.0


Seperti biasa, nak share sumtin, sebab dah jarang2 berbelog annn..heee ~ 


“Jika Allah mencintai seorang hambaNya, Dia memberitahu kepada Jibril:  Sesungguhnya Allah mencintai si fulan, maka cintailah dia’. Jibril pun mencintai si fulan tersebut kemudian dia menyeru di kalangan penduduk langit: ‘ Sesungguhnya Allah mencintai si fulan, maka cintailah dia’. Seluruh penduduk langit pun mencintai si fulan tersebut. Kemudian, seluruh penduduk bumi juga mencintai si fulan tersebut.”
( Riwayat al-Bukhari no.3037 dan Muslim no.2637)


Sungguh berbunge dan ingin dicintai kan?  Jadikan diri ini dicintai-Nya.. Susah kan? Tak delah susah kalau set kan hati ini  seindah kalimah2-Nya..

Sekejap timbul, sekejap tenggelam, itu yang payah tu kan? Tidak cakap tentang orang lain, bercakap dengan diri sendiri yang begini =.=


Aku mahu dicintai-Nya..
Aku mahu dicintai rasul-Nya..
Aku mahu dicintai malaikat-Nya..
Maka..
Aku terlebih dahulu perlu mencintai Dia, rasul dan malaikat-Nya....

Terasa rindu mahu mentarbiyah diri bersama orang2 yang soleh.. ~




Sunday, November 11, 2012

indahnya ketidak sempurnaan itu ;)


Bismillahirrahmanirrahim..






pejamm..
celikk..
pejamm..
celikk.
timbul..
tenggelam..
timbul..
tenggelam..




Aduhai, itulah keadaan diri mimi sekaramg..hakhak..Macam bos cakap, " hidup you, ha, macam ombak,  datang ombak, you serabot, sangat super duper bizi, bila laut itu tenang you free, boleh terbang terbang.. boleh main itu farmville.." errkk..kantoi main game =.=

Maka,begitu la jugak corak berbelog saya, macam ombakk.. Tidak lagi air sungai yang laju, tenang melalui batu bata pinggiran sungai. cewaaahhh! (nak jugak kias2 peribahasa gitu..)

So, far, macam-macam yang berlaku dalam hidup, setelah nak masuk 9 bulan saya menjadi pekerja.. 9 bulan dah eh? macam sat je kan?heee..

Time will come..
Time also will go..
Never stop until the end..
This is LIFE!

Dan tak lama lagi...suatu perkara besar jugak bakal dilalui dalam hidup saya. One step to be.. Hakhak.. Ape dia? Tak taw.. Tak taw... semoga jalan yang dipilih itu, jalan yang diredhai-Nya... ;)

Nak kongsi sumtin la.. heee.~ macam dah lama tak buat post yang ilmiah sikit..heeee.. Let move!

 "Adakah kamu menyangka bahawa Kami menciptakan kamu sia-sia dan bahawasanya kamu tidak akan dikembalikan kepada kami? " ~ Surah Al Mukminun, ayat 115.


Andai mendapati diri kamu kurang.. memang kamu benar
Andai kamu mendapati diri kamu lebih..seharusnya kamu lebih waspada..
Hanya Dia yang sempurna..
Hanya Dia yang berhak menentukan sesuatu kesempurnaan itu..

Kita perasan tak, dengan ketidaksempurnaan kita, kita sentiasa dapat teruskan hidup. Dengan kata lain, esok kita bangun pagi, kita akan capai satu lagi perkara untuk hidup kita, secara langsung dan tidak langsung.. ;)

Misalnya:

Esok pagi nak pegi makan eskem pelangi lah.Maka esok kita kan berusaha mencapai hajat itu dengan mencari eskem pelangi sampai dapat. Misal la, hari-hari kita dapat makan eskem pelangi, hajat tu dah tak menjadi suatu kenikmatan apabila kita memakannya..

Yelah, hari-hari dah makan, ape nak kesah kan?

Maka dijadikan ketidak sempurnaan nya hidup ini supaya kita sentiasa berusaha dan berusaha, secara langsung mendidik diri ni menjadi seorang yang cekal, tabah dan tidak mudah berhenti sekerat jalan.. ;)

Ini terjadi secara langsung dan tidak langsung. Kadang-kadang mulut ni merepek nak bagai bile tak dapat sesuatu, tapi nak tak nak, kita push gak diri kita nak mencapai sesuatu tu, See? Dah capai satu titik menjadi seorang yang kuuat! ;)

Allah is the Great!

Apa yang dijadikan itu adlah yg terbaik utk kita, proud to be human, alhamdulillah ;)

selamat berhujung minggu!





Wednesday, November 7, 2012

malam ku lagi

Bismillahirrahmanirrahim..

Tiap kali bait menari..
Tiap kali itu juga,
Bicara malam kian mula menyepi kembali..

Ya..aku takut dengan kelam itu..
Takut akan kelam waktu hadapan ku..
Takot gelap akan siangku..

Sesungguhnya..
Malam itu buat aku akur dengan hukum-Nya..,
Kun faya kun..

Terkadang tersipu membisu..
Pekak berdarah kian berlalu..
Namun..
Sedikit pun tidak mampu menemani ku..

Terus aku kelam sendiri..
Mungkin yang lain tidak melihat ku sebegitu..
Biarlah hanya Dia yang tahu..

Kerana hanya Dia berhak akan akar umbi hidup ku..
Bicara ku hanya sunyi dengan-Mu..
Aku tahu..
Engkau selalu memayungi ku..

Sakit sekalipun...
Aku tahu aku mampu..

Tuhann..
Tolong aku....

Published with Blogger-droid v2.0.8