Sunday, July 28, 2013

#Nota 60 ~ buang

Bismillahirrahmanirrahim. .

"Dan sangkaan kamu yang demikian,
Yang kamu sangka terhadap TUHAN kamu,
Itulah yang telah membinasakan kamu
(dengan sangkaan kamu yang salah itu),
Maka menjadilah kamu daripada orang rugi.." ~ surah fussilat ayat 23

Maka
Berhentilah
Jauhkanlah

Buang terus
Itu lebih dari yang ada

Yang hitam itu
Yang pahit itu
Berkata yang nista

Mengundang derita
Menambah luka ..

Cukuplah
Dengan apa yang
Dia
Gerakkan untuk kalian

# Nota 59 ~ manusia itu

Bismillahirrahmanirrahim..

Manusia itu

Kadang kala
Peel nya

Begini..

# Nota 58 ~ that's what you get

Bismillahirrahmanirrahim

You hating
You crying
You laughing
You walking
You bumbling
You judging

Watever are you
That's what you get

Never across the bottom line
You will laying
Dark side ~

Friday, July 26, 2013

# Nota 57 ~ masih adakah

Bismillahirrahmanirrahim

Sudah 17 hari
Masih adakah ruang
Di langit itu
Untuk aku penuhkan
Setiap lohong
Dan kosong nya kepulan jiwa
Yang rapuh digigit duri..

Masih adakah?
Kian nazak
Dan sempit
Tika ini.

Tapi aku
Masih berdiri di  satu landasan
Yang membenarkan segala
Yang benar
Yang melenyapkan
Segala yang lemah

InshaAllah
Tuhan
Beri aku sedikit
Ruang di langit itu
Untuk aku ini

Aku perlu...

Tuesday, July 23, 2013

# Nota 56 ~ engkau

Bismillahirrahmanirrahim. .

Jika
Engkau
Bukan aku punya
Ya..
Sudah pasti engkau bukan harta kebendaan ku
Bukan jua nyawa ku
Dan bukan jua kepunyaan ku

Namun
Engkau selaku berada di sisi
Di pinggir
Di celah liuk lekuk
Seluruh hidup ku
Sejak aku mula mengenali mu

Aku tahu
Aku juga pasti
Yang engkau hidup nya
Pasti tidak tahu
Penghujungnga
Jatuh ke bulan yang ke berapa

Namun jua
Aku
Tidak akan sesal berdarah
Seandainya
Suatu hari nanti
Engkau bukan yang Dia pilih
Untuk tegar menjadi senyuman ku

Kerana aku tahu
Engkau adalah waktu kegembiraan ku
Kesedihan ku
Kekecewaan ku
Kegelisahan ku
Kealpaan ku
Ke nanaran aku
Dalam aku mengusaikan
Setiap bait patah perkataan takdirku

Alhamdulillah
Engkau laksana
Pulut yang mengindahkan susunan
Mangga dan santan
Dalam hidangan pencetus selera

:)

Semoga engkau dijagai-Nya..

Tuesday, July 16, 2013

# Nota 55 ~ sabar itu ramadhan

Bismillahirrahmanirrahim

Masuk
Langkah umpama sejauh sebatu

.....
Dan buka seluasnya
Rongga
Dan saluran
Makanan manusia
Lalu
Keluarlah
Suatu gema
Yang 'menghangatkan' jiwa dan raga.

Huh!

--Sabar miee...
--ini bulan kan bulan Ramadhannn

Satu suara singgah menyapa
Sedar
Lalu senyum itu kini dibibir

Aihhh~ bulan ramadhan sememang layak diuji segalanya..sabar mimi. Sabar.

Monday, July 15, 2013

# Nota 54 ~ indah hati itu

Bismillahirrahmanirrahim. ..

Getirnya hati
Bagai mahu meruntuhkan
Selautan langit
Menyelimut bumi ini..

Namun langit itu tegar
Tegarnya di atas lautan
Tanpa tiang
Atau benteng
Bagi menampung wilayahnya

Begitulah hidup
Walau getir
Nanah
Duri
Asakan demi asakan
Berlawan mahu menepis hidup

Hati ini
Semua terpaku dihati
Walau dilenyek
Walau dipijak
Diketak

Namun
Hati ini yang akan
Berhempas pulas
Menggerakkan sekujur roh
Yang cantumnya bersama jasad

Melangkah
Walau terpaksa menangis dalam senyum

Indahkan hati itu?

Thursday, July 11, 2013

# Nota 53 ~ takkan

Bismillahirrahmanirrahim. .

Walau terpijaknya kaki
Masa
Tempat
Dan waktu
Yang seakan sama
Suasana yang masih jauh seakan lalu

Namun
Yang lalu tidak mampu
Menyamai
Yang ini

Yang lalu itu lalu
Yang ini kekal ini

Walau peradabannya seakan
Tiada berbeda

Namun
Takkan

Rindu
*sakit dengan rindu..

Wednesday, July 10, 2013

# Nota 52 ~ isi perot pertama

Bismillahirrahmanirrahim. .

Maka
Bermulalah
Era
Membuka periuk nasi
Menanak sepatut yang perlu ditanak
Pada jam 5 pagi
Untuk bekalan esok hari

Berjuanglah

Day 1 :)

Monday, July 8, 2013

# Nota 51 ~ ah lan wa sahlan

Bismillahirrahmanirrahim. .

Kali ini
Kita berjumpa lagi
Alhamdulillah

Moga
Aku
Dia dan kamu

Kamu lihat siapa?
Ya..
Kamu

Mengakhirinya
Sehingga tersenyum
Penuh membaris ke telinga

InshaAllah

Salam Ramadhan al mubarak :)

# Nota 50 ~ senin lagi

Bismillahirrahmanirrahim. .

Tiap kali mahu menaip
Bermula dengan ' # '
Tetapi '$'
Tertera
Apa aku mulai suka $ ka?
Nauzubillah

Jauhi..
Kita perlu '$'
Tetapi '$' bukan pembukanya
Luhur hati itu
Perlu disulam
Dianyam
Bertapa terus membatu dalam hati

Tuhan
Bantu aku..

Nota jejari:
As sebenonye keypad ni dedekat sangat antara '#' dengan '$'. Haha. Jari ku gemok dan gebu melampau :p

Sunday, July 7, 2013

# Nota 49 ~ redha

Bismillahirrahmanirrahim

Sekiannya aku hidup
Aku rasa
Aku masih nanar
Dan culas dalam tindak tanduk aku

Kenapa aku
Tidak menjadi seperti
Yang dahulunya
Manusia itu hamba

Maka tidak lagi
Aku sujud
Aku mahu terus dalam erti redha

Redha
Ungkap semudahnya gugur dedaun kuning
Geraknya pasti itu belum

Kenapa
-kerna buta dek mata
-kerna tuli dek telinga

Mana iman?
Senyum

Cari kembali sehingga jumpa
Pasti redha itu kembali menemani

InshaAllah..

# Nota 48 ~ se akhirnya

Bismillahirrahmanirrahim....

Seakhirnya,
Esok
Lusa
Dia datang lagi...
Moga aku
Berkesempatan
Kerana
Ini yang aku tunggu
Aku ingin dia
Dan dia

Insha Allah
Moga kesempatan itu Dia kurnia
Buat kesemua..