Bismillahirrahmanirrahim. .
Jika
Engkau
Bukan aku punya
Ya..
Sudah pasti engkau bukan harta kebendaan ku
Bukan jua nyawa ku
Dan bukan jua kepunyaan ku
Namun
Engkau selaku berada di sisi
Di pinggir
Di celah liuk lekuk
Seluruh hidup ku
Sejak aku mula mengenali mu
Aku tahu
Aku juga pasti
Yang engkau hidup nya
Pasti tidak tahu
Penghujungnga
Jatuh ke bulan yang ke berapa
Namun jua
Aku
Tidak akan sesal berdarah
Seandainya
Suatu hari nanti
Engkau bukan yang Dia pilih
Untuk tegar menjadi senyuman ku
Kerana aku tahu
Engkau adalah waktu kegembiraan ku
Kesedihan ku
Kekecewaan ku
Kegelisahan ku
Kealpaan ku
Ke nanaran aku
Dalam aku mengusaikan
Setiap bait patah perkataan takdirku
Alhamdulillah
Engkau laksana
Pulut yang mengindahkan susunan
Mangga dan santan
Dalam hidangan pencetus selera
:)
Semoga engkau dijagai-Nya..
1 comment:
hidangan pulut mangga... sangat sedap kalau berteman santan dan gula melaka... manis..
manis lagi ikatan kau dan dia...
Post a Comment