Bismillahirrahmanirrahim. ..
Getirnya hati
Bagai mahu meruntuhkan
Selautan langit
Menyelimut bumi ini..
Namun langit itu tegar
Tegarnya di atas lautan
Tanpa tiang
Atau benteng
Bagi menampung wilayahnya
Begitulah hidup
Walau getir
Nanah
Duri
Asakan demi asakan
Berlawan mahu menepis hidup
Hati ini
Semua terpaku dihati
Walau dilenyek
Walau dipijak
Diketak
Namun
Hati ini yang akan
Berhempas pulas
Menggerakkan sekujur roh
Yang cantumnya bersama jasad
Melangkah
Walau terpaksa menangis dalam senyum
Indahkan hati itu?
2 comments:
salam ramadhan ^^
indah... mulia.. jugak fitrah... jgn kotori hati dengan berkeluh kesah.. (pesan utk diri sendiri juga..)
Post a Comment