Tuesday, February 4, 2014

# nota 2014 (6) ~ indie

Bismillahirrahmanirrahim. .

Ledakan buku indie?

Hee..saya salah seorang peminat buku -buku genre indie ini.

Kenapa?

Gaya pembangunannya dan penerbitannya..

Gaya bahasa? Mungkin ada benar kerana mereka menyampaikan isu yang mereka ingin bawa secara terus menerus. Walau adakalanya agak dingin, kasar dan tiada tapisan. Mungkin kerana bagi mereka, apa lagi yang disembunyikan kalau sudah faktanya begitu? :)

Ada sesetengahnya saya sangat setuju. Jika tidak, terus baca dan senyum. Ini nilai diri mereka, kita hanya penumpang bot mereka, cuba ingin merasa apa juga yang mereka rasa. Jika tidak, berhentilah di perhentian seterusnya.

Yang benarnya, tidak kisahlah genre sastera sebenar mahupun indie, kita semua bebas untuk menengahkan isu apa jua sekalipun asal kita tahu di mana kita.

Peace!

2 comments:

zacky786 said...

owh.. sy ni pula jenis kurang membaca.. huhu

Faaeinz said...

Lama juga tak layan buku2 indie.
Tapi serius luahan hati mereka lagi mudah untuk diterima walaupun kadangkala pahit nak ditelannya.