Saturday, April 27, 2013

# Nota 33 ~ happy birthday my heart!

Bismillahirrahmanirrahim..




Hirupnya si hitam kopi,
Walau Hitam idaman hati,
Berbuat baik tidak bertepi,
Sungguh itulah pengingat mati


=)




I Love You v.3 by brenditaworks




Selamat Hari Sabtu!

Selamat Hari COti! (bagi yang bercuti lah, heeeee~ )


Fuhhhh~

Setiap hari mesti pekena kopi. Lagi pekat, pahit tu biar lebih dari manis, emmm, enak sungguh! Haaaa ~ wahai penggemo kopi, meh la kita beramah mesra, mengikat persahabatan ceh waaahhh~

Amboiiii :p


Hari ini, hari kebahagian insay yang saya sayangi sehingga tiada waktu lagi yang wujud di dunia ini.. Insan yang menjadikan saya "Aimie Amalina "


wee wuuu!


Selamat hari lahir mama,
Semoga mama selalu menjadi seorang yang lebih tabah dan kuat,
Dan bertambah kuat,
Mama sentiasa seorang yang terbaik, dan terbaik...
Semoga mama selalu dilindungi-Nya,
Dijaga dan dipelihara oleh-Nya,

Mama ...


huuuuu... belom abis taip ni.. jangan nangis lagikkk..wuuuuu~


Tak pernah sambut birthday ngan mama kan? alahaiii ~ apa kan daya, senantiasa berjauh dengan mama  :'(




makaaaa..



Jom topin hadiah birthday mama! yay!

Friday, April 26, 2013

# Nota 32 ~ "Horror" Friday

Bismillahirrahmanirrahim..



Bermusim bunga,
Sejuk mencengkam,
Aduh..
Aku hadam,
Agar aku bisa menjejaki,
cakaran maya yang menghempap tubuh..

Jumaat ini,

Ayuh~ abadikan...


=)




two little snowdrops in green and white by Visiting Fahrrad



Salam jumaat kalian!

Setelah sekian lama jari ini tidak menaip bait-bait kata untuk Jumaat. Ya, Penghulu segala hari, hari Kiamat juga pada hari Jumaat. Hari yang mengundang doa-doa manusia ini dimakbulkan. Hari yang disunatkan melaksanakan segala yang menokok nambahkan amalan yang tertaip di bahu kiri dan kanan ini ~

Fuhhhhh~


Bukan mudah nak tunggu jumaat datang setiap minggu, kan? haha. Dari hari Isnin, melalui hari-hari yang layu, sayu, mayu, luyu, tuyu, sehinggalah berjumpa Selasa. Ohh, hari kedua, sedikit gagah berbanding semalam. Melihat kiri dan kanan, mulakan semangat.

Sehingga bertemu Rabu pula. Aihh, baru Rabu ka? Aduhai, okay, okay. Rilek la.. Cool bebeh. Okeh, sehingga la bertemu Khamis. Fuhhh, semangat dah setinggi dada sehingga ke lutut. Sangat bertenaga..

Esok? aihh..esok apa, hari nilah. Jumaat! Yay! Jumaat datang tiba, makanya esok dan lusa cuti! Yay, dabel yay! (hokay, terpaksa separa Yay, sebab esok saya kerja hokay!wuwuwu)

Fuhhhhhh~


Sukarnya menemui Jumaat.. Tapi..

Sedarkah, dengan hadirnya Jumaat..
Apakah yang kita sudah isi selama 4 hari yang lalu?
Adakah berfaedah?
Adakah sangat2 "mengelat"? (toink! bagaikan menghempuk dahi sendiri =.=)
Adakah siap siaga yang perlu di siap siaga kan?
Apa kemajuan yang dicapai dari Isnin ---- Jumaat? Cukup?
Apa yang berjaya dikurangkan dari Isnin ---- Jumaat? Berjaya dak?
Iman? Ha, macam mana keadaan 4 hari yang lalu?
Andai hari Jumaat ini hari "terakahir", so how?



Fuhhhh ~


Jumaat..


Macam-macam ada ~


Sehingga berjumpa lagi! =.<

Wednesday, April 24, 2013

#Nota 31 ~ Tangisan Bumi

Bismillahirrahmanirrahim...




rain by azuzephre



saya : Awak, tolong jangan sakit
aku : Iye, baiklah, awak tolonglah jaga diri saya..
saya : hokay! Please raise up your soul until infinity
aku : emmmmmmmm



=)



Kadangkala, kita sering bermonolog sendirian. Kadangkala ke masalah nya? Macam tak je. Haha. Macam selalu je bercakap dengan sendiri dek tiada orang di sisi kiri dan kanan, mahupun depan dan belakang.

Bermonolog membawa maksud, bercakap dengan diri sendiri, yakni, hanya diri sendiri yang mendengar akan kata-kata itu (hakikatnya Tuhan pong dengar hokay! )


Bermonolog ini boleh membawa kesan sampingan sehinggakan mampu mengubah keputusan di saat-saat akhir ~ wow!

Dasyat tak kesannya?


Maka kesimpulan disini, jangan lah bercakap yang bukan-bukan dengan diri sendiri hokay! Tak de faedah satu butir hama pong. Makanya, cakap yang indah-indah sahaja.

Indah purnama,
Indah jiwa,
Keji kata,
Merana jiwa ~


peace! =.<

# Nota 30

Bismillahirrahmanirrahim..




Adakalanya mungkin kita perlu sendiri itu..
Sendiri ke menyendiri? :p

Sendiri nilai,
Sendiri amati,
Apa bez keduanya itu..

Sendiri,
dan 
Menyendiri,

Paling
dan
Berpaling,


Aku harap aku tahu membezakannya itu..


=)





24 Tahun 6 Bulan 6 Hari ini..
Dewasanya ini..

Ecewahhhh ~


Tak payah nak bersajak sangat la mimi hoiii~
Asenye cek mimi perlu kembali berblogging la kan.. 
Kembali riang ria aktif seperti dahulu ~
Menyediakan ruang khas hanya untuk berblog 



"SILA JANGAN AMBIL WAKTU INI"

MUngkin =.=
Saya perlukan kawan-kawan ~ 
berkongsi segala ruang legar minda ini
Kalau tidak mungkin 4 hingga 5 jam
Mungkin perlu sejam sehari



Sejam? Amboiii ~ lamenyeeee...

Sejam itu singkat ~ 
sangat singkat untuk memperkasan perkara yang diminati, 
betol dak kawan2? :p

Saya harussss ~
Saya perluu ~~ 
Tolonggg saya ~

Thursday, April 18, 2013

# Nota 29

Bismillahirrahmanirrahim.



Pernah bertanya..
Itu dan ini..
kenapa dan mengapa..
Mereka tidak seperti ini..
Dan akhirnya mereka menjadi seperti ini..
Kecewa..
Marah dan sedih..
Tidak lagi terungkap..
Tidak lagi terjawab..
Hanya diam..
Bisu..
Dan biarkan hilang dimamah kilasan masa..

Apakah..



=)



Amboii~

Kemain berkias itu ini..

Hakikatnya, kita selalu terfikir dan berfikir, lalu memikirkan hal sedemikian.. Mengapa mereka tidak berlaku seperti mana yang kita harapkan..

Owhhh..ohhh.. kenapaaaaaaa...

Malangnya, kita bukan empunya kuasa mampu memberi arahan dan kuasa untuk mengubah mereka itu. Seandainya kita memiliki tapak kaki mereka, barangkali kita juga bertindak sedemikian rupa..


Ohhh tidakkk ~ tidakkk..

Bolehlah ditidakkan sekarang, esok? lusa?


Jangan pernah buang masa sehingga kiamat memikirkan hal sedemikian..

Mungkin kita yang perlu ubah. Mungkin kita yang perlu cari posisi, bahtera,persekitaran, keperluan bagi mengisi ruang-ruang kosong yang seperti kita harapkan daripada mereka itu..

Kerana, hanya kita dan Dia yang mengetahui, apa yang kita inginkan sebenar-benarnya. Maka hanya kita yang mampu mengubahnya, dengan izin-Nya, in sha Allah ;)

Senyum bahagia seumur usia dikandung badan 
(sungguh ayat macam Nepal -.- )

Seandainya tidak mampu, beroleh kemampuan itu dengan usaha himpunan jari-jari yang menadah sesuatu rahmat dan berkat dari-Nya, in sha Allah ;)

Tidak pernah sekali dikecewakan. Yakin! Yakin! Yakin! Aku akan perolehnya suatu hari nanti =)


Seandai timbunan kayu itu mampu mengubah keadaan nya menjadi perahu layar, cuba bayangkan apa yang bole dijana daripada infiniti neuron-neuoran manusia


;)


Senyum ^___^

Wednesday, April 17, 2013

# Nota 28

Bismillahirrahmanirrahim..



Hidup ini tidak akan pernah puas ~
Puas hanya akan hadir andai syukur dinikmati
Syukur
Syukur itu
Syukur ini
Muhammad Syukur
Segalanya syukur

Syukur
Menerima dengan seadanya,
Apa yang ada,
Cukup,
Tidak lagi meminta,
Berlebih-lebihan tiada dalam diri
Senyum..
Nokhtah
~



=)



Fiuhhhh~ sampai opis, bukak itu, bukak ini, termenung sesaat dua saat, baru bermula arena bunyi2 mendayu..

"ketukkkkk..ketekkkk..ketukketukketuk..ketekketekkketekkk..."

Haha

Irama keyboard ;p


Sendiri punya irama, mahu tiru saya benarkan, sila ambil tidak perlu "kredit" ~~ amat JELIK!! disituu.. macamlah Super Diva Mimi kan :p
Semoga DIa menyebarkan rahmat-Nya buat kita pada hari ini ya? inshaAllah

Kalau nangis derai menemani semalam,
Serikan Tawa gembira pagi menuju embun malam..

AWAS ~

Ada yang sentiasa memerhatikan anda ~ keke (punyai cita2 Pegawai Penguatkuasa ^_ ^ )


Tuesday, April 16, 2013

# Nota 27

Bismillahirrahmanirrahim..




Berhabuk berangkali teratak ini..
Yang dahulunya kuning..
Putih..
Aneka lontaran warna bertabur..
Kini,
Penulisnya juga tidak lagi berwarna..
Apakah..

Ada yang kata saya terlalu sepi..
ada yang kata saya kian membiarkan diri saya bergelumang dengan kesepian itu..
apakah..


=)


Sejak beberapa catitan yang lalu, banyak kata-kata daripada dalam hati sehinggalah tiada lagi kata kan? Adakah faktor usia cek mimi hoiiiii =.=

Cek mimi pun tidak mampu mencerna, menghadam diri sendiri, apatah lagi orang di sekelilingnya ini kan?

Aihhhh ~

Rindunya zaman di kala, tangan, jari jemari ini sibuk menekan barisan-barisan petak yang berlabel kan aneka karakter untuk menggembirakan mereka yang lain, berkongsi rasa dan pengalaman..

Mungkin "medan" ini tidak sesuai untuk cek mimi gamaknya kan? =.=


Orang kata, orang kata, bukan cek mimi kata, " Mereka yang suka bercakap, tidak pandai menulis. Tetapi orang yang kurang bercakap, menulisnya sehingga tidak tahu di mana titik nokhtah itu akan dijumpai.."

Betulkah? ;p

Biarlah orang yang kata, asal diri sendiri tahu, apa yang diri sendiri mahu tahu dan sentiasa tahu. Tengok! Ayat pon dah macam keling.. Upsss~ Tiada unsur permusuhan kaum ye.. heee. Mohon maaf. ;)

Ini adalah kesan dan impak maksima di kala tidak berada di paras hormon yang normal. Ada kurang di mana-mana. Tolong tambahkan boleh? ;p


Dengan ini, saya mengakhiri catitan ini dengan sepatah dua kata, errr :-


" Synchronize your brain together with your heart, as how your manage your cable to carry enough current to flow through it.. ''


erkkkk. paham ke idok? :p


kalau tak paham bole roger2  di pesbuk, kikiki  ^_^