Sunday, May 26, 2013

# Nota 41 ~ kasih terucap

            Bismillahirrahmanirrahim..

Kasih
Sayang
Kasih mesti dengan sayang
Kasih tanpa sayang
Jadi hilang satu
Sayang tanpa kasih pula
Jadi hilang dua

Maka

Kasih mesti bersama sayang
Dia telah mendidik kita
Menjadi
Kasih dan sayang
Sesama kita
Tanpa ade benteng sempadan

Sempadan itu
Harus
Dibajai dengan
Bunga-bunga kasih
Dedaun sayang
Lenyap kesumat dendam
Yang merajai jiwa

Manusia itu
Sama ertinya
Dengan kasih dan sayang
Dan binatang
Tidak..

Saturday, May 25, 2013

# Nota 40 ~ Perkhabaran

Bismillahirrahmanirrahim..






Dunia ini tidak lah kejam mana,
Adakala kita mendongak,
Adakalanya juga kita didongak,

Seronok menjadi yang mana?


----

Aku rasa seronok apabila mendongak,
kurang dosa,
tambah pahala,
galas segala usaha dan rasa,


Tapi


Adakalanya mendongak bisa menepis yang didongak,

----


Mana-mana pun sama
Jangan pernah hukum.



=)



Jumaat lepas, menerima perkhabaran gembira.
2 khabar gembira,
Alhamdulillah.

~





Selamat berhujung minggu kalian =.<





Thursday, May 23, 2013

# Nota 39 ~ Anugerah & Bagaimana

Bismillahirrahmanirrahim,




Semalam aku bermimpi lagi,
Aku diheret dalam belantara,
Di mana aku?

Apa, ada manusia lagi seperti aku tika ini?
Jangan-jangan hanya aku..
Kiamat kah ini?
Pinta aku,
Rintih aku,
Berlalu dengan angin menyapa pipi

Tiada jawapan,
Tiada alasan,


Adakah
Aku diseksa kerana dosa ku,
Hina
Aku sungguh hina
Aku..
Aku...
Aku...

Rebah..





=)



Kadang-kadang, tiba suatu saat dan ketika, kita tidak pasti kita berada dalam keadaan yang bagaimana, di mana kita sendiri tidak tahu apa yang sedang berlaku, apa yang diri ini mahukan..

Dan akhirnya diri mampu termenung dan termenung mengheret kembali memori dan kiasan semalam yang tidak lagi mampu diubah.

Apakah itu?

Pencernaan?

Penghadaman?

Atau krisis dalam diri?


Acap kali menggangu hidup sehingga menimbulkan kebuntuan yang amat dalam. Seandainya diri ini sendiri tidak mampu mengubah, siapakan lagi yang mampu mengubah?

Masalah terbesar masyarakat homosapien ini adalah, mereka tidak tahu apa yang mereka tidak tahu. Arghhh, parah! Parah!


Kadang kala diri ini juga begitu. Ya, aku tidak tahu, saya lagi tidak tahu. Tapii.... bagaimana aku mahu tahu apa yang aku tidak tahu itu sedangkan aku sendiri berkali-kali menampar diri sendiri. Kesal.  Aku tidak tahu apa yang aku tidak tahu itu.. Siapakan lagi yang dapat membantu diri ketika ini? 

Siapa?


Cuba cerita. Cuba terjemah. Cuba singkap.


Ohhhh ~ rumit sekali isi catitan hari ini :p


Alkisahnya ~ seandainya diri ini ditimpa sebulat "ANUGERAH". ANUGERAH?

Ya, mungkin kita boleh cuba tukar masalah itu kepada ANUGERAH.Kenapa ANUGERAH? Apabila berkisarkan ANUGERAH, sedikit demi sedikit, ada segerombolan roh gumbira sedang bersarang di jiwa.

Yay! Aku ada istimewa,
Yay! Aku kuat,
Yay! Aku juga unik,

Nampak tak kesan di situ?


Jangan cuba peritkan neuron dengan menghentam bertubi-tubi mereka dengan jutaan soalan, kenapa, kenapa, kenapa dan kenapa..

Cuba sekali tukar kenapa kepada bagaimana.

Bagaimana kita harus selesaikannya?
Bagaimana aku mampu hadapi ini? Apa aku perlu orang lain untuk bantu aku?



Kenapa itu bikin gundah gulana,
Bagaimana itu keamanan surga jiwa tiada neraka.

Maka, pilihlah sayang~






Wednesday, May 22, 2013

# Nota 38 ~ repekan asli

Bismillahirrahmanirrahim..



Salah kah aku meminta,
Salah kah aku merasa,
Segalanya yang ada,
Bukan aku yang paksa,
Mungkin itu jalan yang diundang,
Mungkin itu jua jalan yang dipahat dalam-dalam,
Berhenti
dan terkedu,
membisu,
laluilah dengan redha..




=)


Bila musim mahu menaip, laju dan laju menekan segala abjad yang tertera di lappy. Bila musim suram, suram dan suram lah si "kerana Lily" ini -.-

Kome!


Tiada apa yang menarik lagi tertarik untuk diceritakan. Haha. Saja mahu berkongsi perjalanan hidup.


Dunia kerja?

Umpppp...ummmpppp..umpppp.. haha. Kalau nak cite emang banyak ceritanya. Segala yang perlu saya ketahui, seharusnya saya ketahui. Sekiranya tidak, rugilah saya, setahun bekerja tidak menimba apa-apa pengalaman yang sebenar-benar pengalaman =)

Terkadang, bukan niat untuk mendabik dada. Niat di hati ingin berkongsi dan menerajui segala yang dilalui bersama mereka-mereka yang seangkatan senatero bersama.

Tapi..

Tidak mengapalah. Mungkin perlu berdiam. Membaca dan analisis sendiri untuk pengetahuan diri. Kan?


Lain orang lain bicara nya kan.


Cukuplah hanya diri yang berkata buruk, seandainya merasakan perkara itu buruk. Tidak perlu dikongsikan, disebarkan dicanangkan kepada yang lain. Diam dan tadah untuk halwa diri sendiri.


Fuhhh~ repekan demi repekan tiada teladan. Maaf kalian.

Saturday, May 11, 2013

# Nota 37 ~ huaaarggghhhhhhhh

Bismillahirrahmanirrahim...





Aku..
Terhenti,
Mencari,
Aku..
Yang sebenar..



=)





Huaargghhhhhhh~
Sedapppnyeee titooo kat siniiiii~

hukhukk~
ape gegar2 ni...~


Aihhh, datang dah  manusiaaa niiii....
Baru nak tido (padahal pukul 9 malam semalam lagi dah bertapa kat atas bumbung ni)

Yela-yela,
Aku blahhh laaa..(sambil membetulkan urat2 berselirat di tengkuk, meregangkan otot2 montok dan gebu)


Emmm..tido kat sini (dinding bangunan) pon sedap jugakkk..

Nuuunite!





haha, alkisah pagi tadi =)

Sempatla snap gambo nyanyaw ni, sonooookkkkk, sejukkkk, laliiii sungguh dia titon atas bumbung keta saya nohhhh.. hikhik. Sampai terteleng2 kepala ha. Punya nak cari kemasyukan titon..haha.

Sorilah encek nyanyaw gebu lagi manja, sila cari port lain ye, cek mimi mahu poie kojo..haha..


Comeikan? Sukaa sangat dengan nyanyawwww~


nyanyawwwww~

Friday, May 3, 2013

# Nota 36 ~ bulatan gula

Bismillahirrahmanirrahim..







Aku bisa menjadi bulatan warna,
Aku juga bisa bertukar warna,
kerana,
bulatan itu 
ajaib
tiada geseran antara sisi mereka
aku suka menjadi bulat
kenapa
apa perlu aku menjawab kamu
sedang aku juga masih mencari
erti bulatan warna itu
bulatan yang dihiasi kemanisan gula
ahh~
kencing manis juga asalanya gula
hidup biar gula senyuman
jangan gula sehingga sawan
yang pasti aku suka bulatan gula ini
ohhh
aku jatuh cinta sama kau bulat ~



=)


cerita bulat 
sebab aku bulat ~
dia yang kata,
suka sangat cakap saya bulat
tapi
saya suka bila dia cakap ~ -.-



# Nota 35 ~ Jumaat lagi yang ?

Bismillahirrahmanirrahimm..



Mendamaikan,
Tenang akan hati,
mata tidak menurut hati,
liar mencari identiti,

henti,

hela bayu embun,
jumuuah ini,


aku pasti,
hati dan mata mampu sekali ~



=)



crossing rails by ~ llllollll

Jumaaat tiba lagi!
Esok cuti..
Lusa Cuti..



Fuhh~ membahagiakan bagi mereka2 aka saya dan saya yang bekerja selang sabtu nihhhh...


Alhamdulillah ~ bertemu lagi Jumaat ~


Minggu ini pilihan raya Umum yang ke-13 untuk Malaysia kan?


Saya dan saya masih di sini..


Memikirkan nasib rakyat Malaysia,
Apakan sama seperti yang lalu?
Atau bikin satu PERUBAHAN?
Atau sebaliknya?

Atau ..


Entahlah, sudah penat untuk berteka teki. Kadangkala menjadi pemerhati dan pendengar merupakan satu pekerjaan yang best giller ahhh~ hakhak (asal la tak de gaji untuk kerja ni kan? keke)


Melihat perilaku, hakikat hati dan perasaan manusia itu sendiri. Mungkin tidak nampak hari ini, mungkin nampak besok. Ini bukan lah bermakna suka melihat kekurangan orang. TETAPI menjadikan diri ini lebih dewasa dengan sikap-sikap manusia ini.

Rambut memangla sama hitam.
Sama ke?
Aku hitam, kau perang,
ha.. kau lagi, shocking pink terus,
haha

Hakikatnya,
Hati manusia lain-lain..


Let's enjoy this PRU ~
tapi
masalahnya,


Enjoy ke?

haha ~


Wednesday, May 1, 2013

# Nota 34 ~ babai cek GG

Bismillahirrahmanirrahim..



29 April 2013,
Aku abadikan,
Sejarah hidup ku,
Hilang nikmat-Nya satu buat ku,
Apa,
Aku harus waspada,


Waspada,
Ini satu AMARAN,
Bukan lagi,
OMONGAN kosong,

Yang dilemparkan mereka,
Ingat,

Ingat..



=)






Alkisahnya,
Si geraham mimi,
Telah berjaya dibadikan di klinik pergigian doc ..upssss~

Sila baca di atas ye..

Emmm, terimas doc,



Terimas mengurangkan lagi satu kekusutuan hidup saya,
Terimas juga,
Membuatkan saya lebih menghargai, ingat dan ingat dan ingat dan betapa perlu beringat,

Nikmat-Nya hanya sekali,
Tidak akan datang berkali-kali,

Once gone,
It will never turning back,
Believe,


Ohhh~ geraham, sangat sakit hokay! tapi dua hari EMC hokay.. (1 hari doc bagi, 1 hari cutikk sendirik sebab saya pekerja, yay! haha )



Akhir kalam,



Jagalah gigi anda, 
Sebelum terlambat.


ok, tata! ^__^