Wednesday, May 22, 2013

# Nota 38 ~ repekan asli

Bismillahirrahmanirrahim..



Salah kah aku meminta,
Salah kah aku merasa,
Segalanya yang ada,
Bukan aku yang paksa,
Mungkin itu jalan yang diundang,
Mungkin itu jua jalan yang dipahat dalam-dalam,
Berhenti
dan terkedu,
membisu,
laluilah dengan redha..




=)


Bila musim mahu menaip, laju dan laju menekan segala abjad yang tertera di lappy. Bila musim suram, suram dan suram lah si "kerana Lily" ini -.-

Kome!


Tiada apa yang menarik lagi tertarik untuk diceritakan. Haha. Saja mahu berkongsi perjalanan hidup.


Dunia kerja?

Umpppp...ummmpppp..umpppp.. haha. Kalau nak cite emang banyak ceritanya. Segala yang perlu saya ketahui, seharusnya saya ketahui. Sekiranya tidak, rugilah saya, setahun bekerja tidak menimba apa-apa pengalaman yang sebenar-benar pengalaman =)

Terkadang, bukan niat untuk mendabik dada. Niat di hati ingin berkongsi dan menerajui segala yang dilalui bersama mereka-mereka yang seangkatan senatero bersama.

Tapi..

Tidak mengapalah. Mungkin perlu berdiam. Membaca dan analisis sendiri untuk pengetahuan diri. Kan?


Lain orang lain bicara nya kan.


Cukuplah hanya diri yang berkata buruk, seandainya merasakan perkara itu buruk. Tidak perlu dikongsikan, disebarkan dicanangkan kepada yang lain. Diam dan tadah untuk halwa diri sendiri.


Fuhhh~ repekan demi repekan tiada teladan. Maaf kalian.

No comments: