Bismillahirrahmanirrahim,
Semalam aku bermimpi lagi,
Aku diheret dalam belantara,
Di mana aku?
Apa, ada manusia lagi seperti aku tika ini?
Jangan-jangan hanya aku..
Kiamat kah ini?
Pinta aku,
Rintih aku,
Berlalu dengan angin menyapa pipi
Tiada jawapan,
Tiada alasan,
Adakah
Aku diseksa kerana dosa ku,
Hina
Aku sungguh hina
Aku..
Aku...
Aku...
Rebah..
=)
Kadang-kadang, tiba suatu saat dan ketika, kita tidak pasti kita berada dalam keadaan yang bagaimana, di mana kita sendiri tidak tahu apa yang sedang berlaku, apa yang diri ini mahukan..
Dan akhirnya diri mampu termenung dan termenung mengheret kembali memori dan kiasan semalam yang tidak lagi mampu diubah.
Apakah itu?
Pencernaan?
Penghadaman?
Atau krisis dalam diri?
Acap kali menggangu hidup sehingga menimbulkan kebuntuan yang amat dalam. Seandainya diri ini sendiri tidak mampu mengubah, siapakan lagi yang mampu mengubah?
Masalah terbesar masyarakat homosapien ini adalah, mereka tidak tahu apa yang mereka tidak tahu. Arghhh, parah! Parah!
Kadang kala diri ini juga begitu. Ya, aku tidak tahu, saya lagi tidak tahu. Tapii.... bagaimana aku mahu tahu apa yang aku tidak tahu itu sedangkan aku sendiri berkali-kali menampar diri sendiri. Kesal. Aku tidak tahu apa yang aku tidak tahu itu.. Siapakan lagi yang dapat membantu diri ketika ini?
Siapa?
Cuba cerita. Cuba terjemah. Cuba singkap.
Ohhhh ~ rumit sekali isi catitan hari ini :p
Alkisahnya ~ seandainya diri ini ditimpa sebulat "ANUGERAH". ANUGERAH?
Ya, mungkin kita boleh cuba tukar masalah itu kepada ANUGERAH.Kenapa ANUGERAH? Apabila berkisarkan ANUGERAH, sedikit demi sedikit, ada segerombolan roh gumbira sedang bersarang di jiwa.
Yay! Aku ada istimewa,
Yay! Aku kuat,
Yay! Aku juga unik,
Nampak tak kesan di situ?
Jangan cuba peritkan neuron dengan menghentam bertubi-tubi mereka dengan jutaan soalan, kenapa, kenapa, kenapa dan kenapa..
Cuba sekali tukar kenapa kepada bagaimana.
Bagaimana kita harus selesaikannya?
Bagaimana aku mampu hadapi ini? Apa aku perlu orang lain untuk bantu aku?
Kenapa itu bikin gundah gulana,
Bagaimana itu keamanan surga jiwa tiada neraka.
Maka, pilihlah sayang~
3 comments:
Salam singgah. Puisi yang menarik. Suka2. Studioous.blogspot.com
Salam
makin puitis.. :)
http://pemudattbc.blogspot.com/2013/05/ustaz-zainul-asri-minuman-rasullullah.html
the power of positive mental attitude :)
Post a Comment