Tuesday, June 11, 2013

# Nota 47 ~ Soretan Sore

Bismillahirrahmanirrahim..






Di suatu petang,
Terdengar aku derapan,
Derapan apa itu,

---Jangan tegur orang sana bilang

Mungkin ilusi dan imaginasi aku sendiri,
Yang pasti,
Aku mahu aku berjalan di jalan itu yang satu,
Aku tidak mahu,
Aku diganggu,
Oleh jalan yang dua, tiga atau apa-apa sahaja.


Aku terdengar lagi

---- ish, jangan tegur!


Aku tidak mahu sesiapa pun mengawal aku,
Aku tahu aku perlu kawal diri aku,
Sebelum aku dikawal yang lain,

Jangankan yang lalu,
Yang masa kini juga belum tentu,


--jangan dikenang yang lalu


Aku bukan mengenang yang lalu,
Yang lalu itu aku,
Yang sekarang juga aku,
Pijaknya langit ini oleh aku,
Yang lalu dan yang masa itu,

Maka,
Aku masih yang sama,
Nanar dan samar mencari jalan.



Kita semua manusia yang sama yang ingin mencari tujuan dan arah tuju sendiri. Tuhan itu sendiri meminta kita sendiri yang mencari diri sendiri. Jangan pernah ada ruang yang gelap yang mempengaruhi arah tuju ini walau sekecil kuman itu.

Tapi kita kan manusia?

Siapa kita yang menidakkan lemahnya nafsu, bergegar nya iman, bila mana kita di duga rencaman jiwa dan raga. Maka,perlunya sokongan, untaian, rantaian yang penuh dengan mutiara kasih dan sayang yang berpandukan Dia yang satu.

Saya juga seorang yang sangat terhuyung hayang. Adakalanya baiknya seakan tidak mempercayai, adakah ini aku yang berbuat baik ini. Adakalanya jahat, seakan, mahu mengeluarkan segala nanah, kudis yang merasuki diri ini.

Sungguh pilu.

Aku mohon, aku menjadi yang biasa-biasa sahaja. Aku mahu menjadi seorang yang di tengah-tengah, yang mampu mendidik diri menjadi sesumpah, yang boleh bertukar warna, mengikut keadaan dan waktu.

Sesumpah yang baik. Baik sahaja.

Ohhh~ panjang hari ini aku sudahi dengan muhasabah diri aku yang kelam..





# Nota 46 ~ mai secawan

Bismillahirrahmanirrahim..






Dek secawan kopi,
Bermula setiap pagi.

Dek secawan kopi,
Jangan lupa mandi.

Dek secawan kopi,
Betulkan niat ikhlas kan hati.

Dek secawan kopi,
Tingkatkan prestasi majukan diri.

Dek secawan kopi,
Selagi belum mati jangan pernah lupa diri.


coffee by ~ armony20



# Ohh, saya amat la, amaaat sangat. Ha, sudah la amat, sangat lagi. Ish2 penggunaan bahasa yang salah ye adik-adik sekalian. Saya amat menggemari kopi.Ok. NI baru betul. haha. Maka setiap pagi saya mulakan kerja-kerja di opis dengan secawan kopi. 


#Kopi saya boleh digantikan dengan nescafe or indocafe.  Tapi saya lebih prefer indocafe dek ringan sikit berbanding nescafe. haha. Tapi kalau minum kopi opah lagi baguihhh sebab pure kopi, tanpa campuran yang pelik ;)


# Kopi ssetahu saya la kan, anti oksidan. awww~ good kan? Sudah ciptaan Dia tidak pernah merugikan semuanya berpekdah-pekdah belaka. Use it wisely!


# Selamat pagi kalian di luar sana ;)

Monday, June 10, 2013

# Nota 45 ~ tarikh keramat

Bismillahirrahmanirrahim..






Hari 1 Syabaan,
Moh la kita berpuasa,
Hidup bukan letakkanya diserban,
Hidup letakkannya dijiwa ada Dia.


Hari ini hari sejarah,
Bukan sejarah tetapi keramat,
Orang bilang ada hikmah,
Inilah dunia manusia sejagat.





# hari ini hari yang emmm, tak tahu nak definisikan sebagai hari apa. Sebab semua nya salah sendiri. Mungkin memang not RM 155.00 bukan milik ku..huhu. redha. Itukan hak milik Dia?

# senyum. Jangan mudah melatah apabila terjejas dek satu dakwat hitam. Kerana yang lain masih putih. Apalah sangat dengan 1 titis  hitam itu kan ?







Saturday, June 8, 2013

# Nota 44 ~ Pen Merah Pen Biru

Bismillahirrahmanirrahimm..




Pen marah,
Pen biru,
Aku marah,
Engkau buat-buat dungu.

Pen marah,
Pen biru,
Hari ini aku sergah,
Esok engkau mati kutu.

Pen marah,
Pen biru,
Bukan aku tak endah,
Tapi terkadang aku malu.

Pen marah,
Pen biru,
Perginya hari yang indah,
Hadirnya jiwa aku kembali layu.


Pen merah,
Pen biru,
Selalu sangat mengarah,
Kelak lusa terkunci membatu.

Pen merah,
Pen biru,
Jangan pernah cepat menyerah,
Itu bukan anak Melayu.




#Buat hilang kemengantukkan di kala keadaan pejabat yang sangat, sayu, luyu,dan tuyu. Ok. Itu salah -.-

# Mohla berhujung minggu dengan sesuatu yang mendatangkan pekdah-pekdah nohhh ;)

#Time tengah menaip ni menjerit-jerit "setiaaaaa hinggaaaa ke hujjuuuuungg nyawaaaaa" di Hot FM. Awww~ oke, semua kita keep setia sehingga menemuinya Dia yep !


Friday, June 7, 2013

# Nota 43 ~ Selamat Berjaya mimi!

Bismillahirrahmanirrahim..






green by ~ moronaromadesign



Tudung hijau pucuk pisang,
Bersedondon,
Baju kurung shifon, lining hijau pucuk pisang jua,
Tas tangan putih,
Sepatu kuning mutiara,
Menemani mu~

ohh~

Juga doa dari kalian,
dan ,
yang lebih,
dan lebihhh bermakna,
daripada ibu tercinta..

Semoga aku berjaya!






                                                                          

Thursday, June 6, 2013

# Nota 42 ~ ini jalan aku


Bismillahirrahmanirrahim..




Taip..
Padam..
Taip..
Padam..
Taip, taip, dan taip lagi,
Padam, padam dan padam lagi


Haha, senario yang melanda diri saya dan roh saya di kala ingin memulakan kembali ber blogging, ber repek-repek, ber bebel-bebel dan se gerup dengannya la kan..


Tup..
Tap...
Tup.....
Tap.......

baaacccckkkkkkkkseeepaaaceeeee... ;p

Ok!
Setop!
Jangan membuang masa lagi~
Esok hari penting~ 
lalala~ 
sekali lagi ingin ditemu ramah ~ 
Bismillahirrahmanirrahim ~ 
doakan saya yep =.<



# Hakikat manusia ini selalu ingin menjadi manusia lain.
Dia cuba
dan cuba
berpatah
duduk
Arghhhh
Buat apa jadi orang lain
Aku kan aku
Bangun kembali dan jalan ke hadapan, ke kiri dan ke kanan

Berjumpa lagi dengan adegan beberapa hari yang lalu
Ulang kembali frasa pertama

Geleng kepala 360 darjah.


#Cuba dan cuba lagi,
Paksa dan paksa,
eh--
Nanti dulu,
Paksa dengan penuh manja dan kelembutan.

Sayang,
Redhalah dengan rezeki Dia
Apa jua yang hadir,
Senyum,
Ya, inilah jalan aku,
Aku perlu habiskan,
Sehingga aku sudah,
kehabisan petrol.

;)